Assalamualaikum.

Rasanya masih belum terlambat saya nak ucapkan salam Aidiladha. Semalam saya bersama family beraya di rumah Opah Qaireen Hasya di Kampar. Macam biasa, selama 6 tahun bergelar isteri orang ni. Pagi raya lepas solat sunat kami terus balik ke Kampar.

Kebetulan kedua ibubapa saya dah lama meninggal, so memang senanglah. Tiada istilah bergaduh waktu balik kampung..hehee.

 

pikat hati ibu mertua

 

Biasalah bila dah bergelar isteri ni, tanggungjawab kita yang paling utama ialah ke atas suami, keluarga suami dan yang last sekali baru mak ayah kita. Nak buat macam mana? Dah memang itu yang kita perlu patuhi kann?

Tapi si suami janganlah pula ambil kesempatan. Amboiii mentang2 diorang berkuasa, pastu suka suki nak arahkan itu dan ini. Tak boleh lah macam tu. Si isteri pun masih ada mak dan ayah juga. Bertimbang rasalah sikit, tak gittu? 😉

Tahu tak? Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu, bapa dan juga mertua. Juteru itu, tanggungjawab tersebut tak boleh di abaikan oleh menantu lelaki juga tau. Baru lah adil.

IMG_3419

Kebetulan subuh semalam saya masakkan roti jala untuk ibu mertua. Actually memang dah janji dengan dia. Dilla masak roti jala, mak masak kari. (daku pilih yang senang je..kekeke)

Pastu ada lagi satu permintaan ibu mertua, dia nak sangat kek prune, tapi tak sempat pula nak buat. Saya pun bawalah semua bahan2 ke Kampar. Malangnya, oven ibu mertua saya, jenis oven lama. Ye lah..dia bukan buat kek tiap2 hari pun.

nak pikat hati ibu mertua

Ok, daku dah kompius..camne nak baca suhu ni? LOL

So nak, tak nak..saya kena buat lah juga. Sekali..ini hasilnya..opssssss! Selepas 30minit, berasap oven tu. Habis hitam legam kek prune daku. 1st time buat kek hitam jadi macam ni.

nak pikat hati ibu mertua

Kek ni elok cantik dan berkilat dengan warna hangit terbakar .

Nasib belah dalam elok boleh makan. Emmm..sorilah ye mak, nanti Dilla buat lagi. Bakar siap2 dari rumah 😉

Nak ambil hati ibu mertua punye pasal, udah hangit pulak kek yang dibuat. Nasib badannnn……

Ohh ye, sebelum saya nak cite camne cara saya pikat hati ibu mertua, saya cite sikit serba sedikit cabaran mula2 dapat ibu mertua ni. Asyik cite yang best je, tak syok lah pulak kan? Kita cite yang realitinye.

Arwah mak ayah saya orang Perak, manakala mertua saya orang Kelantan. Ok dekat situ korang dah boleh nampak perbezaan tempat, cara dibesarkan, makanan, percakapan dan macam2 lagi.

 

pikat hati ibu mertua

Bergambar bersama Family Mertua

 

Mula2 kawin tu susah gak tau. Helloooooooo dari lahir dah biasa “makan tempoyak”, tiba2 kena “makan budu”. Kau rasa? hahaha..sendiri boleh fikir.

Tapi saya cuba mempelajari cara kehidupan “orang Kelantan”. Ok Alhamdulillah, pelan2 lama2 saya boleh masuk. Ternyata bila makan tempoyak + budu = Sedap Giler!

 

6 Tips Paling Senang Saya Nak Pikat Hati Ibu Mertua

1.0) Belajar Masak

Mula2 kawin rasanye kita bukan pandai masak sangat pun. Kebetulan saya ni ada ibu mertua je. So saya terpaksa merajinkan diri dan buat muka tak malu belajar masak dengan ibu mertua.

Walaupun kita boleh google, berlambak je resepi. Tapi untuk mengeratkan lagi hubungan, korang tanye je lah dekat ibu mertua. Ambillah hati sikit.

2.0) Rajin Bersembang

Kalau dah balik umah ibu mertua, janganlah buat muka ketat. Pastu melepap dalam bilik. Yang peliknya, orang laki tak pe pulak yek? Orang pompuan tak boleh.. emmmm tak adil betul. Geram juga ahkak.

Dah sampai umah ibu mertua saje tanye khabar. Mak sihat ke? Walhal dia elok je tengah menyapu sampah. Lantak pi lah…janji tanye khabar.

3.0) Tolong Di Dapur

Ramai daripada kita ni, kalau balik umah ibu mertua tak mo ke dapur. Alasan tak reti nak masak. Alaaa, tak yah masak pun. Korang cakaplah “tak pelah mak, biar saya basuh pinggan” walaupun yang sebenarnye korang ni memang meluat giler nak basuh pinggan.

Kalau takut tangan kasar, kering atau bersisik. Bawa pencuci pinggan dari rumah. Hadiahkan dekat ibu mertua. “Mak saya bawakan dish wash, sabun ni 100% semulajadi. Kalau pakai, tangan mak lembut je nanti”.

Senang kan? Korang janganlah cakap tangan korang sensitif, cakap nak bagi tangan ibu tu jadi lembut. Sejuk sikit hati orang tu 😉

4.0) Bawakan Makanan

Kalau tak reti masak, beli lah apa2. Beli kerepek ke, beli kuih ke, beli kek ke..atau apa2 je. Orang tu ni memang suka kalau kita bagi makanan. Nak senang, bagi je serunding. Cakap dengan dia, senang mak nak makan. Masak nasi je, tak payah masak lauk. (walaupun kedengaran seperti orang malas masak..tapi kita bersangka baik lah)

5.0) Belikan Hadiah

Sebelum raya, bagilah kain baju kurung ke, tudung, telekung, kain batik, beg, kasut, jubah (jangan bagi jubah zawara udah le..hehee) atau apa2 jelah. Bagi mereka seronok sikit. Nanti kalau ada jiran datang, mesti jiran cakap. Ehh cantiknya tudung, mana beli? Pastu ibu mertua cakap, menantu aku yang bagi. Haaaaa….kembang kuncup tau perasaan ibu mertua. 😛

6.0) Bawa Berjalan

Yang ni ikut bajet. Kalau ada bajet tinggi, bawalah gi jenjalan luar negara. Kalau kurang bajet bawa gi dalam Malaysia pun ok. Kalau tak de bajet, bawa gi berkelah pun ok apa?

Janji ada hubungan disitu.

 

______________

Itulah serba sedikit tips paling senang saya nak pikat hati ibu mertua. Tapi tu lah kan…lain orang lain ragamnye. Kebetulan rezeki saya dapat ibu mertua yang ok. Kebetulan juga ibu mertua saya dapat menantu yang “hantu” macam saya ni. 😉

Apa pun rezeki kita, kita perlu terima dengan hati yang terbuka. Kena ingat, kalau kita buat yang tak baik dengan mereka. Tak mustahil suatu hari nanti kita juga akan terima balasan yang sama. KARMA, jangan lupa tau.

Kalau ibu mertua kita jenis yang..emmmm (tak yah citelah). Nasihat saya, anda kena banyakkan berdoa. Bincang dengan suami, cakap dengan suami apa yang buat hati anda tersinggung. Cuba baiki hubungan anda bersama ibu mertua. Doa banyak2 k.

BACA : Peluang Melancong Percuma Ke Bangkok

Tanda sayang Dilla pada mak, Dilla hadiahkan mak Pakej Umrah 5 Bintang daripada Shaklee hujung tahun ni.

11951344_10153751317533814_4231486972261517516_n

Salam sayang dari saya menantu yang cool 🙂

 

 

**********

Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!

 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

Dilla Jalil (facebook)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

Tagged with →  
Share →

7 Responses to 6 Tips Paling Senang Saya Nak Pikat Hati Ibu Mertua

  1. bukharimalek says:

    boleh praktis tips ni sebelum kawin.
    hahahahahah
    bukharimalek menulis…Pilih Bulan Sesuai Ke Korea! Kenapa?My Profile

  2. Ana says:

    Suka baca. Olahan sempoi jek

  3. Ana says:

    Suka baca. Olahan sempoi jek. Tq

  4. mamamia says:

    Assalam, salam perkenalan from org bt gjh dok kl…..
    sama la kite, somi kite org kelantan gak…..alhamdulillah dah 10 tahun kawin, ragam mil ni mmg xleh nak predict….redha je lah…cuma ada tips tak kalau diorang ziarah kite kan, camane nak layan kasi 10 stars haa dengan kite keja kuar umah 6.30 am sampai umah 7.00 pm….alahai……kdg2 segan x wat brekfas….tapi dah tebiat mcm tu…huhu (bkn malas tau….x sempat) *alasan

    • MamaQaireen MamaQaireen says:

      Wsalam, maaf lambat pula reply.
      Kadang2 memang tak terkejar nak siapkan semua tu waktu pagi kan?
      Cadangan saya..kalau nak sedikan juga makanan untuk mereka.
      Masak nasi lemak. Siapkan sambal & telur rebus dari malam.
      Pagi tu masak nasi & potong timun je. Sambil nasi tu tengah masak,
      kita sempat juga mandi dan buat kerja lain..hehehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge