Setiap ibu yang mengandung tentunya mahukan bayi yang bakal lahir menjadi anak yang soleh, sihat, ceria, bijak dan comel betul tak? Rasanya tiada seorang ibu pun nak tengok bayi mereka sakit. Untuk mendapatkan bayi seperti yang diingini, kita sebagai umat Islam boleh mengamalkan beberapa surah amalan ketika mengandung.

 

 

8 surah

 

Sebenarnya, apa yang kita amalkan tu bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk bayi dalam kandungan juga.

Sebab tu kalau tengah mengandung kita kena jaga tingkah laku kita. Bukan bakal ibu sahaja yang kena jaga tingkah laku tau, malah bakal bapa juga perlu memainkan peranan mereka.

Nak dapatkan anak kena ada ibu dan bapa..so nak dapat anak yang superb hebat, ibu dan bapa pun kena lah buat sama2 benda yang baik juga kan? Opss, laser plak hari ni 😉

Artikel hari ni saya akan share sikit beberapa tips untuk kaum bapa selain daripada 8 amalan surah ketika mengandung.

Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood bakal bapa ni haruslah melakukan beberapa perkara yang baik2 sepanjang isterinya mengandung. Lagi pun isteri tengah mengandung, emosi isteri ni tak berapa stabil. Mereka memerlukan lebih perhatian daripada suami yang penyayang.

Amalan Untuk Bakal Bapa

  • Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap isteri.
  • Hendaklah berlaku jujur dan setia kepada isteri serta hindari bersikap kejam terhadap isteri
  • Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku sebelum masuk tidur
  • Suami hendaklah kerap bersolat sunat
  • Suami hendaklan sentiasa doakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat
  • Suami memperbanyakkan lagi puasa sunat
  • Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut

la ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzilimin

Maksudnya : “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”

Bagi bakal ibu pula, anda juga perlu menjaga kesihatan dalaman dan juga luaran. Bakal ibu perlu pandai mengawal emosi dan jangan terlalu mengikut nafsu untuk melakukan sebarang tindakan.

Amalan Untuk Bakal Ibu

  • Sentiasa panjatkan doa pada Allah s.w.t
  • Sentiasa bertaubat dan beristigfar kepada Allah s.w.t
  • Rajin solat wajib dan memperbanyakkan lagi solat sunat
  • Banyakkan berzikir
  • Banyakkan membaca Al-Quran
  • Berbual – bual dengan anak yang berada dalam kandungan
  • Lakukan kerja2 ringan di rumah sebagai senaman bagi memudahkan proses kelahiran
  • Kawal emosi dan jangan stress
  • Menjaga adab
  • Makan makanan yang halal, baik dan berkhasiat
  • Jauhi sifat dendam, dengki dan tidak baik
  • Rajin mengukirkan senyuman
  • Jaga aurat

Ohhh ye, sebelum saya nak share 8 Surah Amalan Ketika Mengandung yang bagus untuk bakal ibu ni baca..apa kata kita tengok video ni dulu.

Video rakan saya Aya Chalo ketika hamil.

Aya Yang Degil from iReach HD on Vimeo.

Haaaa..anda kalau tengah mengandung jangan degil macam Aya yek..hehee…sori Aya 😉

Nasiblah kakak dia garang dan paksa dia. Dari video tu saya nak terangkan bahawa, ketika mengandung banyak benda yang kita kena jaga.

Bila kita mengandung, kita perlu sihat dan anak dalam kandungan juga memerlukan segala jenis nutrisi dari ibunya. Jangan terlalu mengikut hati, nanti boleh bahayakan kesihatan sendiri dan bayi dalam kandungan.

>> Masalah HB Rendah? Macam Mana Nak Kasi Naik? (klik sini)

 

Selain tu, perkara yang tidak boleh kita tinggalkan sepanjang mengandung ialah berdoa dan mengaji. Setiap hari kita kena buat 2 benda tu. Kita perlu minta kepadaNya.

Sebab Allah maha pemberi, mintalah apa sahaja tanpa rasa jemu.

8 Surah Amalan Ketika Mengandung Yang Bagus Untuk Dibaca Setiap Hari

8 Surah Alaman Ketika Mengandung

Buku peninggalan arwah mama saya. Cetakan pada tahun 1993. Buku ni memang akan ada je dalam henbeg saya masa saya mengandungkan Qaireen dan Hasya. Bagus buku ni, sebab ada beberapa surah pilihan yang kita boleh baca setiap hari.

Surah – surah tersebut adalah :

1.0 Surah Al-Fatihah

Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

2.0 Surah Maryam

Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat

3.0 Surah Luqman

Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa

4.0 Surah Yusuf

Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak

5.0 Surah Hujurat

Untuk memperbanyakkan susuibu dan anak bersifat berhati – hati

6.0 Surah Yaasin

Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

7.0 Surah Taubah

Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat

8.0 Surah an-Nahl

Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

(rujukan dari Ustazah Siti Nor Bahayah)

Untuk melahirkan bayi yang soleh, sihat dan bijak. Semuanya bermula dari kita ibu dan bapa. Semoga perkongsian saya hari ni memberi beberapa tips berguna untuk kita semua.

Sesungguhnya yang baik hanya datang dari Allah dan yang mana tidak baik tu datangnya dari diri saya sendiri. Kalau anda mengalami alah yang teruk, amalkan makan kismis setiap hari. InsyaAllah sedikit sebanyak dapat kurangkan rasa nak muntah.

>> Atasi Masalah Kaki Kejang Sewaktu Mengandung (klik disini)

Sekiranya anda rasa tips ini berguna, silalah Share di Facebook atau di mana saya anda berada.

 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

dillajalil@gmail.com (e-mail)

Dilla Jalil (facebook)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat berbisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

 

 

Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge