Biasa tak pergi shopping mall atau kedai makan dalam keadaan macam ni, anak berlari2, anak jatuhkan barang atau air atas meja, anak berguling2 atas lantai dan macam2 lagi aksi hebat yang mereka lakukan.

Orang sekeliling jangan cerita lah, mereka semua dah mula pandang,

“tak reti jaga anak ke?”

“pujuklah anak tu”

“kenapa biarkan anak tu menangis tak henti2?”

Diorg tak tahu dalam hati kita ni, punye tebal tahan sabar! Hai..macam mana lah cara mudah nak atasi anak kuat mengamuk dan menjerit ni yek?

anak kuat mengamuk dan menjerit

Tahukah anda?

Anak yang berusia 1.5 tahun sehingga 3 tahun sememangnya suka memberontak, campak barang, merajuk, mengamuk, menjerit dan macam2 lagi drama yang diorg ni suka buat.

Daripada pembacaan saya yang saya dapat daripada Dr. Rozieta Shaary anak2 kita ni sebenarnya sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Biasanya bila anak tak dapat sesuatu yang mereka nak, mereka akan rasa kecewa dan sedih. Bila dah kecewa dan sedih, lepas tu pula tak dapat layanan yang sepatutnya maka bertambah membuaklah perasaan tu.

Akhirnya mereka akan hilang kawalan dan mengamuk lepas tu menjerit, berguling-guling, baling dan campak barang dan buat apa saje sampai mereka puas hati.

Selain tu, kadang2 mereka ni mengamuk sebabnye, mereka tak dapat bermain aktif di luar rumah, menjerit, berlari dan sebagainya. Asyik terperap dekat rumah je, so mereka ni bosan. Bila dah bosan mulalah tak tentu arah.

Anak no 2 saya Hasya pun macam tu juga. Bila dah duduk rumah sepanjang hari atau 2 ke 3 hari memang dia buat perangai hebat. Cuba bawa berjalan2 main dekat luar atau main dekat tempat lapang atau padang. Ceria bukan main lagi. Mama pun dia tak heran tau 😉

Lagi satu daripada pengalaman saya sendiri, bila anak kita ni lapar dan mengantuk. Betul tak? Lagi2 kalau mereka dah penat dan mengantuk. Semua benda tak kena, asyik mengamuk je sepanjang jalan.

Bagaimana Pula Peranan Ibu dan Bapa?

Bila mereka sering mengamuk dan menjerit, kita sebagai ibu dan bapa tidak boleh sesekali mengambil pendekatan yang kasar seperti marah, merotan, memukul dan mencaci mereka.

Kalau kita selalu marah mereka, mereka ni akan pendam perasaan marah juga. Ye mungkin mereka akan berhenti menangis sebab mereka sakit dipukul atau takut.

Tapi tanpa kita sedari mereka ni tengah memendam perasaan terhadap ibu dan bapa mereka. Kebiasaannya mereka akan lebih memberontak dengan lebih teruk lagi bila remaja nanti.

So sebab tu bila anak mengamuk, kita kena gunakan pendekatan yang bijak. Tegas, tenang dan penuh kasih-sayang.

 

9 Cara Mudah Atasi Anak Kuat Mengamuk dan Menjerit

1) Letakkan Anak Di atas Riba

Ambil anak dan dudukkan dia di atas riba anda. Pegang dia dari belakang seperti gambar di bawah. Anda boleh membawa kepalanya bersandar di dada anda.

anak kuat mengamuk dan menjerit

 

2) Bisikan Sesuatu

Bisikan pada anak anda, beritahu dekat dia yang anda sayang sangat dekat dia dan understand perasaan dia.

3) Membaca Doa

Bagi yang Muslim boleh membaca ayat Quran dan A’uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepada anak anda. Bagi yang bukan Muslim, anda boleh membaca doa anda.

4) Kata2 Kasih Sayang

Terus tenangkan dia dengan kata-kata kasih sayang, tapi kena ingat, anda pun perlu tenang juga 😉

5) Jangan Marah

Jangan sesekali marah dan menjerit atau memukulnya konon2nya untuk mendisiplinkan dia. Ini akan menjadikan dia anak yang pengecut atau lebih suka memberontak.

Tidak mustahil juga, anak yang kuat menjerit kerana dia sudah biasa dengan keadaan rumah atau ibu dan ayah yang kuat menjerit.

 

Bagaimana Pula Jika Anak Tidak Mahu Dipegang?

atasi anak muat mengamuk dan menjerit

6) Biarkan Seketika

Anda duduk tidak jauh daripada anak itu, biarkan dia melayan perasaan sendirian untuk seketika.

7) Ucapkan Kasih Sayang

Sebutkan anda sayang dia dan dia boleh merengek dan menangis untuk melepaskan rasa tidak puas hatinya.

8) Beri Sedikit Ruang Kepada Anak

Katakan sekiranya dia dah puas mengamuk dan menjerit, dia boleh datang kepada anda dan dia boleh bercakap dengan baik apa yang dia hendak dan waktu ini, peluklah dia.

9) Nasihat

Bila dia sudah tenang, barulah beritahu dia bahawa lain kali dia tidak perlu mengamuk lagi, dia hanya perlu datang dan memberitahu anda apa yang dia mahu.

Jika boleh anda akan memberi apa yang dia nak.

Jika tidak alternatif lain akan difikirkan.

Semasa ini juga anda boleh menyatakan bahwa anda juga boleh hilang sabar jika dia suka mengamuk. Namun, berilah tahu dengan tenang tanpa menakut-nakutkan mereka.

Tenang dan kawal diri, itulah kunci paling penting untuk kita sebagai ibu dan bapa. Memang kalau ikutkan hati kita pula nak mengamuk kan? hehee.

Macam dalam video ni. Haaaa nanti jangan kita yang dewasa ni pulak yang mangamuk dan menjerit.

Lawakkan video ni. Memang tergelak2 saya tengok. Hahahaha…buruk bebenor kalau dah tua2 mengamok 😀

BACA : IQ Kanak – Kanak Tinggi Bila Rapat Dengan Ayah 

Ohhh ye, seperkara lagi, sebenarnya anak2 kita tu mengamuk sebab dia sebenarnya juga takut kepada ‘monster’ di dalam dirinya itu.

Itu sebab bila memarahinya bukanlah jalan yang terbaik. Bila anda bijak menangani anak-anak kecil anda mengamuk dan menjerit. Apabila anak itu remaja, dia akan lebih tenang dan mudah mendengar kata. InsyaAllah.

Kita doakan yang terbaik untuk anak2 kita.

 

 

____________________________________________

******

 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

Dilla Jalil (facebook)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat berbisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

Tagged with →  
Share →

6 Responses to 9 Cara Mudah Atasi Anak Kuat Mengamuk dan Menjerit

  1. Siti says:

    Thanks 4 the info..But how can we handle kids if the don’t want we touch them??n my daughter always crying every night n almost 1 hour..kdg2 lebih lama..bile sntuh lgi mngamuk..mcmne nk handle ye??tak tahu nak bt apa dah..

  2. Mimi says:

    Anak lelaki brumo 3 taun 7 bln….sntiase mengis sprti kerasukan….mngamuk…sdikit silap shj dh xtentu arah….saye bkerja…dan hampir stiap mlm blik mlm…de pula kdg2 mnabahkn stress…saye xdpt tgani…stiap kli de mngis sye akn pukol….dri info yg sye dpT ni sye sedar besa kesilapan ni….didikan scara kasar…
    Saye akn mngis slpas memukol beliau….kdg2 saye pkir yg sye ni bkn ibu yg bek…

    • MamaQaireen MamaQaireen says:

      Umur sama dengan anak saya no 2. Biasanya budak2 yang berusia 3 tahun memang akan melalui fasa tersebut. Banyakkan bersabar ye 🙂

  3. Yana says:

    Sya kdng stress anak sya klu menangis,mengemuk, sya pulak tgh pregnant, sya kdng biar jer dia nangis,malas nk layan, tp kdng kecian sakit badan dia nangis ngamuk camtu, tkt gak kena sawan tangis org tua ckp,

  4. Azie says:

    Anak sy umo 2 tahun…drpd kcik nk ape2 ngamok.. Kami ni tahan je telinga…kdg xlayan dia ngamok2,eh dia pkul kami ibu ayah dia…tu tahan lg..bila kat kg,kat kdai mkn,fuh…mncabar…smua mata mandang kitowg… Kerap jgk cari info cmne nk handle anak cmni…bole kira stiap hr ngamok..pdhal kami xde pkul,xde jerit,xde pn bkasar…bila pjuk,lg dia tnjuk ex.bila xlayan,skampung dgr suara dia… Tp bila dia pndai sebut A-Z,1-10,nyanyi2 …sjuk je hati ni..semoga kita smua sbr mnjadi ibu dan ayah.

    • Miera says:

      Ya allah sama sgt perangai anak sy.. Adam 1thn 8bulan,kuat sgt memberontak.. Suka pukul mama papa dia.. Campak brg n byk lg perangainya..lg pujuk LG menjadi2..Mak Mertua ckp aktif budak ni, cerdik kena Tang dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge