masker rambut

Masker Rambut

 

Tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak jika anda inginkan RAMBUT CANTIK. Manfaatkan sahaja beberapa bahan yang terdapat di rumah anda. Selain MUDAH dan MURAH, ia juga berkesan merawat rambut rosak. Mungkin kesannya sedikit perlahan tetapi caranya tidak susah.

 

Pisang

Pisang

1. SMOOTHIE BANANA

Ia kalau dapat dijakan minuman memang lazat. Tetapi masker ini ternyata mempunyai lebih banyak kebaikan unutk merawat rambut. Antaranya masalah rambut bercabang dan kering di bahagian hujung.

Bahan yang digunakan untuk membuat masker ini adalah pisang, sebiji telu, 2 sudu madu, 3 sudu susu tepung dan 5 sudu minyak zaitun. Sebatikan kesemua bahan kemudian lumurkan kepada bahagian kepala. Biarkan selama 15 hingg 30 minit. Kemudian bilas.

2. SANTAN

Gunakan 50ml santan pekat dan lumurkan ke seluruh rambut anda. Balut rambut dengan tuala suam. Biarkan selama satu jam. Bilas dengan air suam dan cuci dengan syampu. Selepas itu, bilas dengan air sejuk.

Avokado

Avokado

3. MASKER AVOKADO

hancurkan sebiji avokado dan campurkan dengan 1 sudu madu dan 2 sudu minyak zaitun. urut dengan lembut di kepala anda dan biarkan selama 20minit. Syampu sperti biasa dan bilas hingga bersih.

4. MASKER MADU DAN SUSU

Campurkan 100gram susu tepung dengan 1 sudu madu. Lumurkan ke seluruh rambut sambil mengenakan urutan lembut. Biar selama 15 minit. Cuci dengan syampu kemudian bilas hingga bersih.

5. YOGURT

Pukul Putih Telut sehingga buih. campurkan dengan 6 sudu yogurt. Lumurkan ke serata bahagian rambut dan biarkan selama 15 – 30 minit. Cuci dengan syampu dan bilas hingga bersih ya!

6. MADU DAN MINYAK ZAITUN

Banyak kegunaan minyak zaitun dalam master rambut rupanya. Boleh juga digunakan bersama madu. Campurkan 3 sudu minyak zaitun bersama 2 sudu madu. Biarkan selama 15 minit dan bubgkus dengan shower cap. Cuci dengan syampu dan seperti biasa, bils hingga bersih.

Minyak Zaitun

Minyak Zaitun

7. MINYAK ZAITUN

Pukul 2 biji telur dan campurkan dengan 5 sudu minyak zaitun. Lumurkan ke serata rambut dan tutup kepala dengan shower cap. Biar selama 30 minit dan rasakan bagaimana panas tubuh membuat ramuan itu meresap ke dlaam setiap rambut. Seperti biasa, cuci rambut dengan syampu dan bilas hingga bersih.

8. TELUR

Pukul 2 biji telur dan campur dengan air panas. Urut ke seluruh kepala. Gunakan hujung jari dan bukan dengan kuku. Biarkan selama 10 – 15 minit. Basuh dan bilas dengan air sejuk.

9. PISANG DAN MINYAK BADAM

hancurkan pisang dan titiskan beberepa titis minyak badam. Lumur ke seluruh bahagian rambut dan biar selama 15 – 30 minit. Aktir sekali cuci dengn syampu dan bilas hinga bersih.

 

Cuba masker ini dua minggu sekali untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik.

Tagged with →  
Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge