Soalan yang sering saya terima berkenaan supplement..

“Bila makan Shaklee saya jadi bertenaga, kulit pun cantik, stress pun tak ada. Kalau saya stop, saya jadi penat, moody… adakah itu tandanya saya bergantung pada suplement?”

OK pertama sekali ayuh kita kenali apakah itu suplemen dengan lebih mendalam lagi. Saya beri analogi pokok.

Keperluan asas pokok untuk hidup ialah – udara, air, tanah dan cahaya matahari. Dari udara pokok mendapat karbon dioksida, cahaya matahari untuk fotosintesis membuat makanan, tanah dan air untuk bekalan mineral dan air.

Cukup, pokok boleh hidup.

Tapi bagi orang yang mengambil berat tentang pokoknya, misalnya seorang peminat pokok bunga yang mahukan bunga2 mekar tumbuh di tanamannya, peladang yang mahu menghasilkan buah-buah yang baik dan elok.. mereka tidak cukup dengan yang asas itu. Paling kurang mereka akan tambah BAJA.

Adakah baja diperlukan? Pada asasnya tidak. Tanah mampu menyediakan keperluan untuk sepohon pokok. Buktinya pokok2 di hutan tumbuh subur tanpa baja.

Tapi kenapakah pokok yng ditanam secara komersial dan pokok2 di rumah memerlukan baja?

Ini kerana tanah pertanian bukan seperti tanah di hutan. Tanah di hutan adalah ‘milik mutlak’ pokok itu secara eksklusif. Pokok A tumbuh di hutan B bertahun-tahun tanpa berpindah, tanpa dituai, tanpa diusik sesiapa. Tapi pokok C yang ditahan di ladang D, saban tahun dituai, dipindah, dibiak, etc. Pokok C lebih ‘fatigue’ dari pokok A kerana proses pertanian yang dilaluinya.

Begitu juga dengan kita. Orang zaman dulu, mereka hidup dalam keadaan udara yang bersih, tiada stress, tidak makan makanan berunsur bahan kimia, tiada ubat berunsur dadah.. jadi tak sama dengan kita hari ini.

Jadi, kita andaikan baja itu sebagai suplemen vitamin. Orang yang seperti pokok di hutan, ya dia tak perlukan suplemen. Tapi orang2 seperti saya, yang menjani hidup hectic seperti pokok di ladang, kita perlukan suplemen.

Bergantung pada suplemen?

Pertama sekali, suplemen bukan ubat dan bukan stimulant. Suplemen vitamin membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh kita yang TIDAK CUKUP. Jadi bila kita merasa ada berubahan dengan suplemen, misalnya badan bertenaga, itu sudah cukup menunjukkan makanan kita tidak mampu membekalkan nutrien optimum untuk tubuh kita.

Bolehkah kalau tidak mahu mengambil suplemen tapi mahukan kesan yang sama? Boleh. Untuk mendapatkan khasiat yang sama dengan sebiji vitamin C Shaklee (contoh ya) anda kena makan buah lemon, oren, limau gedang, rose hips, acerola, seaweed.. setiap 2 jam sekali. Kenapa? Kerana vitamin C yang larut air sering hilang dari tubuh kita.

Eh, saya dah hidup 20-30 tahun OK je, tak ada pernah kekurangan vitamin…

Jika pengambilan kita di paras EAR (estimated average requirement), yang mana jauh ke bawah dari paras RDA (recommended dietary allowance), kita takkan melihat gejala kekurangan secara fizikal. Berada di bawah paras EAR adalah seperti mereka yang kurang zat makanan dan nampak dari segi fizikal.

Kekurangan vitamin peringkat EAR-Marginal melibatkan selular. Ia boleh dilihat bila mengalami krisis misalnya stress, luka yang lambat sembuh, sering gelisah dan sebagainya.

Pendekata, mengambil suplemen atau tidak, umpama memberi baja kepada pokok di rumah anda. Pilihan masing-masing 🙂

vitaminsemulajadi

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan mama.

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel admin@mamaqaireen.com

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-565755

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Tagged with →  
Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge