Assalamualaikum

Mula2 sekali nak minta maaf sebab lambat nak promote pasal booth khas babywearing dan breastfeeding ni. Bulan ni saya busy sangat2. Actually entry ni dah siap draf, tapi disebabkan saya baru dapat berita yang mengejutkan semalam. Saya terus blur tak tahu nak edit atau macam mana.

Sebelum itu jom sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada adik Mirza Elena (anak kepada Pn. Sheila Shafie) yang telah kembali kepadaNya semalam. Semalam masa pergi rumah ibu mertua Sheila, konon2 tak nak nangis. Sebab tak nak Sheila bertambah sedih. Ternyata Sheila lebih kuat dari saya.

Saya masuk je pintu rumah, nampak Elena..terus menitis air mata tanpa henti. Elena adalah “saham” yang tidak ternilai untuk Shiela dan Suami untuk disana nanti.

booth

 

Ok lah, tak nak buang masa lagi, saya akan ceritakan serba sedikit tentang booth babywearing (BW) dan breastfeeding (BF) di Karnival Perdana Kesihatan Mental Ipoh Perak ni.

Tempat : Mydin Meru Raya, Ipoh Perak.
Tarikh : Sabtu, 17hb Oktober 2015
Masa : 8.00 am – 5.00pm

Anda semua dijemput hadir ke booth BW dan BF untuk memeriahkan lagi suasana.

Bukan setakat meriah sahaja, malah kami juga menyediakan :

  • Door gift
  • Flyers
  • RS, SSC, Wrap dari pelbagai jenama untuk disewa
  • Jualan seperti keychain, CD, pantyliner, makanan dll
  • Sesi mewarna untuk kanak – kanak pun ada
  • Dan macam2 lagi yang manarik

Best kan!

booth 1

Apa Yang Ada Di Booth BW?

Wakil daripada pakar BW yang akan sama2 menyertai booth ini adalah :

  • Dr Huda
  • Pn. Sheila
  • Pn. Lynn Linda

Jika anda ada sebarang persoalan atau nak belajar macam mana nak kendong anak dengan betul dan mudah. Tunggu apa lagi? Ini lah masa yang paling sesuai untuk anda.

Malu dan takut orang ramai yang memerhati? Jangan risau..kami siap bawa tirai dari rumah lagi tau. So anda boleh sorok2 atau nak berposing ikut macam mana yang anda suka dekat belakang tirai tu. Hehe..

 

Apa Yang Ada Di Booth BF?

Anda ada masalah berkaitan dengan penyusuan?

Tak tahu macam mana nak kumpul stok EBM?

Susu makin sikit?

Inilah masanya untuk anda bertanya sendiri segala permasalahan anda berkaitan dengan penyusuan. Wakil daripada Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Perak (MBfPC) juga akan bersama2 di booth kami.

Antaranya :

  • LC Azlina
  • PC Dilla Jalil (saya sendiri)
  • PC Rahuda

Anda yang sedang hamil juga amat kami galakkan untuk turun hadir. Ini kerana, ilmu penyusuan perlu dipupuk daripada awal lagi. Ilmu tersebut perlu dipelajari daripada bayi dalam kandungan, bagi memudahkan anda menyusukan bayi anda selepas melahirkannya.

Kami juga menyediakan beberapa gadget untuk ibu menyusu seperti :

  • pam susu
  • botol
  • nursing pillow
  • dan macam2 lagi.

 

BACA : Kenapa Anak Saya Nak Menyusu Sebelah Payudara Sahaja?

 

217022_10150172226443814_1775365_n

Di Changi Airport, berkejar nak naik fligh..tapi Qaireen dah tak sabar2 nak susu pulak. Masuk dalam RS terus susukan dia. Senang kan?

Tunggu apa lagi? Cepat mark calendar pada hari Sabtu ni bersamaan 17hb Ogos 2015 dan datang ke Mydin Meru Raya.

Ajak kawan2, saudara mara dan orang2 kampung untuk hadir sama. Jangan lupa share di FB juga tau. Lagi ramai, lagi syokkk.

Jejomssss..

Jumpa anda disana..disana..disana 😍

 

 

 

Tagged with →  
Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge