Ibu hamil yang sedang menunggu hari bersalin tentunya tidak dapat lari dari dihantui kebimbangan koyakan pada bahagian perineum atau digunting (episiotomi) ketika bersalin.

Mulalah terbayang besar mana akan terkoyak, berapa banyak jahitan akan dijahit dan macam – macam lagi. Kebiasaannya ibu-ibu akan panik dan lupa teknik – teknik yang dipelajari sebelum ini untuk meneran dengan betul ketika bersalin.

Kenapa koyakan perineum boleh menjadi banyak?

push bersalin 1

 

Episiotomi adalah kaedah memotong sedikit bahagian antara faraj dan lubang dubur ketika kepala bayi mula keluar dari faraj. Kaedah ini bagi memudahkan laluan bayi untuk keluar.

Tetapi tak semua ibu yang melahirkan perlu untuk menjalani episitomi ini. Biasanya doktor akan melakukan ke atas kes – kes seperti kelahiran sulung, kelahiran songsang, sebelum vakum atau forceps.

Dalam artikel ni saya akan bincangkan bersama anda tentang beberapa tip yang berguna untuk anda praktikkan nanti.

  • Penjagaan Luka Episiotomi
  • Tips Mengelakkan Koyakan
  • Cara Meneran Dengan Betul Ketika Bersalin
  • Penjagaan Luka Episiotomi

Sekiranya doktor telah melakukan episiotomi, kita perlu menjaga dengan betul luka tersebut. Lebih – lebih lagi apabila ia melibatkan saluran darah. Pendarahan boleh menjadi banyak dan luka lambat sembuh.

Kebiasaannya risiko lain berkaitan episiotomi adalah seperti jangkitan kuman, darah beku, jahitan terbuka dan sakit semasa melakukan hubungan suami isteri.

Risiko seperti itu yang membuat ramai ibu hamil bertambah takut nak bersalin. Oleh itu amalkan beberapa tips ini :

  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama.
  • Elakkan duduk bersila atau berbaring terlalu lama. Bangun sesekali dan berjalan – jalan dalam bilik.
  • Letakkan pek ais pada luka yang dijahit. Ais akan menyebabkan kawasan disekitar luka menjadi kebas dan pada masa yang sama akan mengurangkan sakit dan bengkak.
  • Tukar tuala wanita dengan kerap.
  • Biarkan faraj terdedah kepada udara dengan lebih kerap bagi membantu luka cepat kering.
  • Pastikan luka episiotomi kering setiap kali selepas mencuci bahagian kemaluan mahupun selepas mandi.
  • Rendam punggung dalam air suam yang dicampurkan dengan larutan antiseptic bagi membersihkan kotoran disekitar luka.
  • Ambil setiap hari suplemen zinc bagi mempercepatkan lagi penyembuhan pada luka.
  • Amalkan minum banyak air untuk mengurangkan masalah sembelit
  • Banyakkan makan makanan berunsurkan fiber
  • Amalkan senaman Palvic Floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuatkan luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100 – 200 kali sehari. Anda akan dapat melihat perubahannya.

Pastikan tiada jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya anda mengalami masalah seperti ini. Yang paling penting sekali jangan percaya pada mitos!

Mitos seperti minum banyak air akan menyebabkan peranakan berair atau makan sayuran akan menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali.

Minum air secukupnya penting kerana selepas 1 – 3 hari bersalin badan secara semulajadi akan membuang lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air mendadak. Jika berterusan ibu akan sembelit dan kekurangan susu badan.

 

Tip Mengelakkan Koyakan

1) Senaman Kegel

Senaman ini penting untuk mengelakkan koyakan perineum di samping membantu proses meneran ketika bersalin. Senaman ini dilakukan pada usia kehamilan 7 bulan ke atas bagi menguatkan otot pelvik. Mudah diamalkan di mana – mana sahaja. Sebaiknya, amalkan dengan kerap setiap hari.

Bagaimana untuk membuat senaman kegel? Senang je..

  • Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing
  • Tahan selama 2 – 3 saat
  • Lepas tu, anda lepaskan perlahan – lahan dan rehat
  • Buat 25 kali setiap satu sesi. Anda boleh buat 3x sehari
  • Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan

2) Sapuan Minyak Zaitun

Sapukan minyak zaitun pada bahagian perineum dan rajin – rajinlah lalukan urutan perineal bagi membantu mengurangkan trauma episiotomi. Urutan ini didapati efektif bagi mengurangkan risiko koyakan tahap ketiga dan keempat.

3) Bernafas Dengan Betul Ketika Bersalin

  • Ketika merasakan kontraksi awal bersalin (Braxton Hicks), tarik nafas dalam – dalam melalui hidung. Lepaskan perlahan menerusi mulut
  • Kemudian, ketika mula merasakan kontraksi semakin kerap dan sakit, ubah pernafasan menjadi pendek – pendek. Bernafas ikut mulut dan lepaskan cepat – cepat mengikut mulut (kaedah seperti termengah – mengah). Jangan kosongkan paru – paru sebaliknya, terus tarik nafas pendek seterusnya.
  • Apabila dah nak meneran, tetapi bukaan belum 10cm lagi. Tarik nafas dua kali mengikut hidung dan lepaskan sekali mengikut mulut.
  • Tiba masa betul – betul nak teran, tarik nafas dalam – dalam ikut mulut dan lepaskan sekali nafas secara perlahan – lahan mengikut mulut juga. Ini bagi mengelakkan kepala bayi masuk kembali.
  • Pastikan proses meneran dalam keadaan duduk bersandar sedikit (katil diangkat atau suami membantu untuk ampu bahagian belakang badan / kepala). Pastikan posisi kepala lebih tinggi daripada berbaring.
  • Suami boleh membantu menekan lutut isteri agar isteri tidak mengangkat punggung ketika meneran. Ini bagi mengelakkan koyakan besar pada vagina.

4) Meneran Dengan Betul

Belajar cara meneran dengan betul dan selamat bagi mengelakkan koyakan perineum atau digunting. Elakkan mengangkat punggung ketika meneran. Pegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat ketika meneran.

Dalam keadaan panik dan sakit, kadang – kadang kita boleh lupa dengan petua ni. Cara terbaik ialah, pesan awal – awal kepada suami. Minta tolong suami untuk ingatkan kita ketika meneran dan pada masa yang sama suami juga membantu si isteri.

 

Cara Meneran Dengan Betul Ketika Bersalin

Kebiasaannya koyakan besar terjadi disebabkan oleh cara meneran yang salah. Apa yang harus anda lakukan? Oleh itu, anda boleh mencuba beberapa teknik yang saya kongsikan ini.

  • Angkat kepala sehingga mencecah dada
  • Mata pandang ke perut
  • Tangan pegang pergelangan kaki
  • Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran
  • Jangan sesekali angkat punggung agar luka koyakan tidak menjadi besar pada vagina
  • Tarik nafas dalam – dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar. Pastikan anda tidak keluarkan nafas dengan kuat.
  • Teran sekuat – kuatnya selama yang boleh.
  • Curi nafas dan sambung teran disetiap kontraksi
  • Dengar arahan jurujawat dan doktor
  • Elakkan menjerit – jerit dan ingat pada Tuhan sehingga semuanya selesai.

Terus terang saya katakan..

Bersalin adalah satu proses yang memenatkan. Oleh itu sebelum bersalin saya nasihatkan anda mengambil B Complex dan Vitalea untuk membekalkan tenaga pada tubuh anda.

Pengalaman saya sendiri melahirkan 2 orang anak. Kebetulan kedua – dua anak saya lahir pada pukul 2 petang dan kedua – duanya secara normal. Semasa melahirkan anak pertama, saya mengalami kontraksi selama 14 jam.

Sakit bermula dari 12 tengah malam, keesokan harinya pada pukul 2.35pm barulah saya dapat melahirkan anak sulung saya. Masa ni saya tidak mengambil apa – apa suplemen untuk menambah tenaga.

Berlainan pula dengan anak kedua, saya mula terasa sakit sedikit pada pukul 4am. Selepas subuh saya masih boleh buat kerja rumah seperti lipat kain, sapu sampah, basuh pinggan dan lain – lain.

Paginya lebih kurang dalam 8am saya pergi breakfast bersama suami dan saya mengambil 1 biji B Complex dan 1 biji Vitalea. Pada jam 12.30 tengah hari kontraksi mula kuat dan waktu ni saya dah berada di dalam labour room.

Tak sampai 2 jam saya berjaya melahirkan anak ke dua saya.

Perbezaan Anak Pertama dan Anak Kedua

Anak Pertama

  • Saya tiada tenaga
  • Selepas bersalin saya seperti nak pitam dan saya nyaris nak terjatuh di bilik air
  • Luka lambat baik
  • Badan lemah
  • Tidak ceria

Anak Kedua

  • Saya lebih bertenaga dan semasa doktor sedang menjahit saya masih boleh gelak ketawa bersama suami dan doktor
  • Saya boleh bangun sendiri dari kerusi roda untuk baring di atas katil
  • Luka cepat baik
  • Badan bertenaga dan saya berpantang sendiri. Semasa dalam pantang saya boleh mandikan bayi dan buat kerja rumah yang ringan – ringan
  • Sentiasa ceria

Ini kerana sewaktu mengandungkan anak pertama saya tidak mengambil shaklee lagi. Berbeza dengan anak kedua, saya amalkan Shaklee dari mula merancang, hamil, bersalin, dalam pantang, menyusu dan hingga kini saya masih mengambil Shaklee setiap hari.

Alhamdulillah dengan izin Allah semuanya dipermudahkan.

 

BACA : Testimoni Set Berpantang Shaklee 

 

Jika anda masih tercari2 lagi Set Berpantang, anda boleh hubungi saya Dilla Jalil 017-565 7552. Saya boleh ceritakan kepada anda daripada pengalaman saya sendiri bagaimana saya berpantang dengan Set Berpantang Shaklee.

Semoga perkongsian ini memberi sedikit sebanyak info yang berguna. Saya guna doakan semoga anda dipermuhakan untuk bersalin.

Sharing is Caring.

Salam sayang dari MamaQaireen.

 

 

 

 

********

_________________________________________________

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat berbisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

Tagged with →  
Share →

11 Responses to Cara Meneran Dengan Betul Ketika Bersalin Supaya Tak Terkoyak Besar

  1. Faiz Saaid says:

    Sebenarnya aku first time temankan ainul bersalin normal, tapi memang tak nampak apa pun , last last baby kena vacuum tapi masa tu aku duk luar dah hahaha
    Faiz Saaid menulis…Cara Menurunkan Kolesterol Dengan MudahMy Profile

    • MamaQaireen says:

      Mula2 mesti takut kan?hehee..orang cakap kalau 1st time nak teman isteri..berdiri sebelah isteri..jangan tengok waktu baby nak keluar..karang takut bapa pula yang pengsan..hehee

  2. ohcikgu says:

    okeh.

    betul-betul baru tahu nih..
    ohcikgu menulis…Buat Duit Di iLancee.comMy Profile

  3. hahahhahaah..masa anak 1st baca buku punyalah banyak .eksesais macam2 .. tapi dah nak beranak boleh x tahu macamana nak teran.. heheheh. sudahnya kena potong kat bawah . anak kedua plak dah ingatkan jgn angkat bontot tapi entah macamana terangkat gak.. pengalaman..pengalaman ..semuanya buat ibu tersenyum bila ingat macamana nak melahirkan

    • MamaQaireen says:

      hehee, kadang2 sebab panic n takut yang buat orang lupa tu.
      saya masa nak bersalin siap pesan dekat suami, ingatkan saya tau
      jangan kasi saya angkat punggung..hikhik..

  4. Azeni Ahmad says:

    Meneran memang kena tahu teknik yang betul. Nak-nak cara bernafas yang betul.
    Kalau nafas tak betul, kepala bayi duduk keluar masuk je.
    Lagi bahaya sebab bayi akan lemas.
    Pula dengan kehilangan tenaga semasa sakit kontraksi.
    Azeni Ahmad menulis…Sakit Kontraksi: Bagaimana untuk Hadapinya Samada di Rumah atau di Bilik Bersalin?My Profile

  5. Fuziah says:

    Meneran tu saat paling tak boleh nak bayangkan dah selepas settle baby keluar.. Fuhhhhhh lega yg amat sgt.
    Fuziah menulis…13 Tips Atasi Masalah Sakit BelakangMy Profile

  6. Azeni Ahmad says:

    Teknik pernafasan tue yg penting kan.
    Ngeri bila pikri anak pertama dulu mmg banyak koyak pun..
    Jahit banyak.
    Azeni Ahmad menulis…Cara Elak Koyakan Semasa Bersalin Dengan Elastikan PerineumMy Profile

  7. Sofea says:

    Penting sangat teknik meneran ni, sebab ada kawan yang cerita dh sakit tapi tak tahu teran. Lastly czer walaupun kepala baby dh nampak. Sedihkan rasa

Leave a Reply to MamaQaireen Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge