Ramai wanita yang mengalami masalah senggugut sewaktu kedatangan haid setiap bulan. Kedatangan haid bukan sahaja menyebabkan pendarahan haid, tetapi ia juga boleh menyebabkan rasa sakit di bahagian abdomen, rasa kembung perut, sakit kepala, muntah – muntah, sakit pinggang dan pelbagai lagi masalah. Ada juga yang terlalu teruk sehingga terpaksa mengambil cuti setiap bulan.

Sekiranya anda bekerja, secara tidak langsung ini akan mengganggu aktiviti harian kita. Jadi apa kesudahannya?

 

period pain 2

 

Wanita yang mengalami senggugut dan sakit belakang ketika haid adalah perkara biasa. Tetapi ada juga yang terlalu kuat sehinggakan tidak boleh berbuat apa – apa aktiviti. Selain berasa sakit di bahagian bawah perut (suprapubic), ia boleh juga dirasai pada bahagian tengah pinggang (lower backpain).

Kebiasaannya bermula beberapa hari sebelum atau selepas kedatangan haid dan akan hilang selepas beberapa hari. Ia tidak mendatangkan bahaya dan bukanlah satu masalah besar.

Apakah Punca Senggugut dan Sakit Pinggang Ketika Haid?

Senggugut ini berlaku ketika datangnya haid dan pesakit akan merasa sakit dibahagian abdomen atau ari – ari (suprapubic). Ia dianggap normal kerana homon Prostaglansi telah “menjalankan tugasnya” untuk mengecutkan rahim bagi mengeluarkan haid. Pengeluaran yang berlebihan akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan dan ini menyebabkan sakit pada bahagian ari – ari  dan sakit pinggang.

 

angry boss

Saya masih ingat lagi, sahabat saya sewaktu saya masih bekerja dahulu. Beliau mengalami senggugut yang amat teruk. Setiap bulan beliau pasti akan mengambil cuti sakit (MC). Kesakitan yang melampau sehinggakan beliau tidak dapat buat apa – apa aktivit. Sehinggalah sewaktu hari beliau menerima surat amaran dari bos. 

Jika difikirkan semula, adakah majikan suka bila pekerja sentiasa mengambil cuti sakit? Oleh yang demikian, apa yang harus anda lakukan untuk memperbaiki kehidupan harian anda. Adakah anda nak biarkan sahaja masalah tersebut berlanjutan? Mahukah anda terus dimarahi oleh majikan? Atau lebih teruk lagi anda akan dibuang kerja!

Jangan risau! Ada beberapa cara yang boleh anda amalkan untuk mengurangkan kesakitan senggugut. Yang penting anda perlu mengubah cara hidup anda kepada gaya hidup yang sihat dan mengamalkan pemakanan yang sihat.

 

7 Tips Kurangkan Senggugut dan Sakit Pinggang Ketika Haid

1) Mengambil Susu atau Kalsium Magnesium

Wanita memerlukan kalsium untuk tubuh sebanyak 800mg setiap hari, manakala magnesium pula antara 400-450mg setiap hari. Kalsium mampu untuk mencegah ketegangan dan menstabilkan cecair didalam tubuh.

2) Amalkan Sikap Positif dan Tenang

Jangan fokus kepada kesakitan tersebut dan cuba fikir benda – benda yang boleh menenangkan seperti berdoa dan berzikir. Selain itu, luangkan masa bersama keluarga dan rakan – rakan . Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.

3) Banyakkan Berjalan dan Kekal Aktif

Pakar kesihatan mengesyorkan wanita kekal aktif ketika tiada haid dan meneruskan sehingga haid datang akan dapat membantu mengurangkan kesakitan. Kebiasaannya sakit senggugut ini lebih terasa bagi mereka yang kurang cergas.

4) Tuam Perut

Gunakan pad pemanas bagi mengelakkan kesakitan di bahagian perut. Selain itu anda juga boleh mandi air panas suam untuk mengurangkan kesakitan.

5) Minum Banyak Air Suam

Elakkan ais dan minuman sejuk. Lebih baik sekiranya anda mengamalkan minuman halia madu. Semasa air baru mendidih, campurkan dengan 5 hiris halia dan 3 sudu besar madu.

6) Urut 

Mengurut mampu melegakan kesakitan kerana kontraksi otot – otot dibahagian rahim. Gunakan minyak angin dan urut dengan lembut dibahagian yang sakit.

7) Berjumpa Doktor

Berjumpalah dengan doktor jika sakitnya sangat teruk. Kerana senggugut sekunder merupakan salah satu tanda untuk penyakit lain seperti endrometriosis, fibroid, jangkitan kuman pada otot pelvik dan macam – macam lagi.

 

Semoga tips yang saya kongsikan bersama dapat membantu serba sedikit mengurangkan senggugut. Selain daripada tips – tips diatas.  Shaklee juga mempunyai beberapa suplemen yang boleh membantu anda mengatasi masalah senggugut dan sakit pinggang ketika haid. Saya sendiri mengamalkan produk shaklee ini. Sekiranya saya mengalami ketidakselesaan ketika haid, saya pasti akan mengambil Ostematrix, B Complex dan GLA Complex.

wahm (1)

Walaupun saya suri rumah, tetapi saya memerlukan tenaga untuk membuat kerja rumah, memasak, urusan perniagaan dan lain – lain.. Saya juga mempunyai 2 orang anak kecil. Cuba bayangkan sekiranya seharian saya hanya menahan sakit dengan hanya tidur  dan hanya melayan “mood” saya yang “ke laut” tu. Apa akan terjadi pada anak saya? Tentunya seharian mereka tidak makan dan akan kelaparan sepanjang hari.

Maka sebab itu lah, saya berani dan sangat menggalakkan anda mengamalkan 3 produk hebat shaklee ini. Pastinya anda akan kekal cergas dan ceria sepanjang haid akan datang 😉

Apakah hebatnya 3 produk ni? Saya akan terangkan..

i) Ostematrix

ostematrix

Ostematrix adalah kalsium yang lengkap dengan Magnesium, Vitamin D, Boron, Zinc, Mangan dan Tembaga. Fungsi Ostematrix adalah melegakan kekejangan, sakit belakang, gementar, melancarkan saluran darah dan pelbagai lagi khasiat.

Kalsium dan magnesium akan saling membantu dalam penyerapannya bila terdapat dalam jumlah yang cukup dan seimbang. Kedua mineral tersebut bekerja secara berlawanan (antagonistik). Sekiranya anda hanya mengambil kalsium tanpa magnesium, umpamanya anda sedang membina tembok tanpa simen.

Magnesium terdapat di dalam sel (intraselular),

Kalsium banyak terdapat di luar sel (ekstraselular). 

Dengan mengamalkan magnesium, ia dapat membantu melegakan kontraksi otot sehingga dapat meringankan atau menghilangkan gejala-gejala senggugut.

 

ii) B Complex

b-complex

B Complex Shaklee lengkap dengan 8 Vitamin B iaitu

  1. Thiamin (B1)
  2. Riboflavin (B2)
  3. Niacin (B3)
  4. Pantothenic  Acis (B5)
  5. Pyridoxine (B6)
  6. Asid Folik (B9)
  7. Cobalamin (B12)
  8. Biotin

Apakah Kebaikan Vitamin B Shaklee Daripada Vitamin Lain?

Selain lengkap dengan lapan kumpulan B, B Complex Shaklee dilengkapi dengan sistem penyerapan Bioaktif Berpaten.
  • Membantu untuk mengawal emosi dan kelesuan
  • Mengurangkan stress
  • Membantu menstabilkan saraf
  • Meningkatkan proses pemikiran
  • Menukar makanan kepada tenaga
  • Menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.
  • Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina
  • Menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik

Bagus amalkan setiap hari untuk mengurangkan rasa stress, marah tak tentu pasal dan perasaan cepat “sentap” ketika haid.

 

iii) GLA Complex

gla-complex

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Berfungsi untuk mengimbangi tahap hormon dan membantu mengawal penghasilan prostaglandin.

GLA juga membantu untuk mencergaskan tubuh dan membantu anda berasa lebih selesa semasa haid. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, menormalkan semula kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

Bahan yang terkandung di dalam GLA Complex Shaklee tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pamanis atau pengawet.

 

Ini beberapa testimoni pesakit yang mengamalkan GLA Complex Shaklee kerana senggugut dan lain – lain.

period pain

period pain 5

period pain, cantik, hamil

 

Jadi tunggu apa lagi? Hilangkan rasa sakit yang selalu mengganggu anda setiap bulan. Hilangkan semua rasa ketidakselesaan dan perasaan ingin marah anda. Hidup dengan sihat dan gembira adalah keinginan setiap insan.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan barangan Shaklee, anda boleh hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 atau klik sahaja icon di bawah.

 

order-sekarang-juga

ATAU

Pengedar Shaklee dan Cod Shaklee Ipoh

 

 

Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

Dilla Jalil (Facebook)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

COD : KFC Medan Gopeng

>> GLA COMPLEX UNTUK BACAAN WANITA SAHAJA! (KLIK SINI)

>> INGIN CANTIK DAN AWET MUDA? (KLIK SINI)

>> HILANGKAN SAKIT KEPALA DENGAN PEMAKANAN YANG SEIMBANG (KLIK SINI)

Tagged with →  
Share →

3 Responses to Cuti Habis Gara – Gara Senggugut Dan Sakit Pinggang Ketika Haid

  1. maria says:

    dulu pernah sorang kawan ni period pain sampai tak boleh jalan…kesian.
    syukur bila diri sendiri tiada masalah ni…

    • MamaQaireen MamaQaireen says:

      kesian dekat mereka yang kena hadapi period pain yang teruk setiap bulan.
      kawan saya masa study dulu sampai muntah2.

  2. eyka says:

    .. Hye .. Sya selalu sakit pinggang yg myebarkn bdan sy ketar3, rasa nk muntah ,dah alahan yg kuat pada bauan .. Apaa yg wajib saya laku kn ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge