Diet Atkins?? Apa tu?? Actually mama pun tak tahu..heheee (apa teruk aku ni??)..tapi lepas baca kisah sahabat mama Along barulah mama tahu apa itu Diet Atkins. Nak diringkaskan cerita, yang tak berapa nk ringkas ni,hehee..jom kita baca kisah Along berdiet untuk kuruskan badan.
________________________________________________________________

Gambar Along yang comel 
(along..jangan marah dilla ye? jangan “meroyan” ye..kekekeke)

 Berat nanti saya update ye (90++kg)
Hari ini saya nak share mengenai program diet yang telah pun bermula pada 13 April 2012 di mana saya memilih untuk apply Diet Atkins yang sememangnya agak kijam dan strict pemakanannya. Untuk makluman saya telah pun membaca blog SAYA NAK KURUS semenjak tahun lepas lagi dan hati saya terbuka untuk melakukannya semalam (Jumaat).  Apakah DIET ATKINS? Saya share di bawah ye (malas nak taip hahahah so copy paste je).

************************************************************


Thanx kpd penulis asal yg perkenalkan diet ni Galabriel dan lepas aku buat research betul2 pasal diet ni dan tawu lebih lanjut lagi pasal diet ni,baru aku buat blog ni,so,kalau nk tahu ape2 pasal diet ni,tgk blog ni ok..edited by dzul on 25 mac 2010…
SELAMAT DATANG KE taknakgemuk.blogspot.com …..woohooO!!

Peringatan: Pregnant ladies dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet!!! Consult doctor anda sebelum mengamalkan diet ini…!

Atkins Diet ialah jenis pemakanan sihat yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins untuk membantu korang mengurangkan berat badan dengan menggunekan konsep mengurangkan karbohidrat…Cerite banyak pun tak gune kan kalo takde bukti? Nanti korang kate aku saje je wat crite sebab nak standby April fool untuk korang..aiseh..tgk nih…

Gamba di bawah ialah gamba aku sendiri,kalo korang rase aku tipu dan ini gamba korang,tahniah,korang ialah kembar aku:

Bile kite mengurangkan pegambilan karbohidrat,badan kite akan mule membakar lemak sebagai tenage…macam yg kite slalu blaja kat skula rendah yg diajar oleh cikgu sains kite,badan kite perlukan karbohidrat sebagai tenage…seperti ape yg rakyat malaysia amalkan sekarang,kite mengambil jumlah karbohidrat yg amat tinggi…TINGGI PUNYE!!!
So,ape yang berlaku?bile kite melakukan keje atau pun bersenam,badan akan membakar karbohidrat sebagai bahanapi(betul ke aku eje)…. so,ape jadi dengan lemak2 dalam badan kite? Ia akan maintain dalam badan kite,,,plus,kite makan lagi lemak,lagi la bertambah….kan3?
Jadi,bile badan kite membakar lemak sebagai bahanapi ataupn tenage,automatik la lemak dalam badan kite akan berkurang dan menyebabkan!!! Kite lebih hensem dari dulu…:D

Dr. Atkins dah pn perkenalkan diet ni dari taon 70an lagi,tp tak dpt sambutan sebab ketike itu ramai menggunekan diet Low Fat…bile mengamalkan low fat,kite akan berase lebih lapar dan susa untuk kite maintainkan berat badan…plus,walaupun kite menggunekan low fat,tapi kite stil mengambil karbohidrat yg tnggi,jadi,lemak tak akan bertambah dan tak akan berkurang…so,macam mane nk kurus?? jumpe bomoh?

Atkins diet terbahagi kpd 4 peringkat

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
*Induction sekurang kurangnye 2 minggu..itu kalau setakat nak kurang 2-3 kg boleh la…kalau banyak nak turun,lame la induction ok?


Induction ialah bahagian yang paling penting dalam atkins kerane ia ialah tapak asas kepade diet ini…tak buat induction,sori,gemuk la smpai bebile…huhu…

Ape yang berlaku tyme induction? Berlakunye proses KETOSIS..proses dimane badan menukar daripade menggunekan karbohidrat sebagai tenage kepade menggunekan lemak sebagai tenage..waktu ni memang biase kalau korang rase lapa sebab ini adelah perubahan drpd pemakanan x senonoh yang korang buat…tapi percaye cakap aku,korang takkan rase lapar da selepas itu sebab dalam diet atkins nih,calory tak dikire…jadi,makanlah seekor ayam pun kalau suke dan banyak duet…huhu..:D

Untuk induction,20 gram karbohidrat sehari sahaje dibenarkan..
Biasenye penurunan berat badan yang mendadak akan berlaku ketike induction,dan lebih bagus jike diteruskan berterusan untuk jangke mase yg lame…

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula – gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan 


5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal,ataupun kacang je soalan exam…. 


8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam – panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan – sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis…

3.) Semua daging – rusa, lembu, kambing – buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai… asalkan halal.

4.) Udang – bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari..

6.) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari..

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..

8.) *edit…jangan ambil daging burger..carbs agak tinggi..kecuali brand beef pride..carbs rendah..tapi hargenye mahal,4keping rm8..ade bran nak beli? huhu

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan. – bab ini saya akan kongsi dengan anda yang ingin cepat turun kerana saya sedang mengamalkannya.


Diingatkan! Air bole cepatkan proses pembakaran kalori..jadi,minum!!! Banyak!! Air kosong k…
AIr mestilah lebih daripade 10 gelas sehari dan mesti diminum sebelum makan atau pun ketike dalam keadaan perut kosong…
Mesti air kosong..kalau minum air manis,boleh la buat blog taknakkurus.blogspot.com pulak…huhu
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus – 1 biji – (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice – 2-3 keping – (0.0 grams carb)
3.) Air suam – 1-2 glass – (0 gram carb)
4.) Keju – 2 keping – (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang – 1-2 keping – (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam – 1 mangkuk – (0.5 – 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng – 1-2 ketul – (0.5 – 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau – 1 mangkuk – (1 – 3 grams Carb)
5.) Telur goreng – 1-2 biji – (1 – 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi – 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !

InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu,hasil yg mendadak akan kelihatan…fuyoh! 

Suplemen Untuk Membantu Percepatkan Proses Induction 

Omega Guard – untuk memecahkan lemak jahat dan mengUPkan lemak-lemak baik di dalam tubuh badan. Omega juga memanaskan badan so saya memang terasa ingin minum air sahaja di mana AIR KOSONG sangatlah penting untuk percepatkan proses penurunan di samping segala racun, toksin akan dibuang dan ia akan bantu memudahkan serapan suplemen. Bila kita banyak ambil air masak maka secara automatik kita kurang rasa lapar. Omega juga bagus untuk kita yang selalu hilang fokus, menguatkan ingatan dan masalah kegatalan saya juga sebenarnya makin kurang kerana di dalam Omega ada EPA yang mengurangkan inflamasi atau keradangan pada kulit sprt pesakit eczema, fungus, alergik. Ia juga bagus untuk mereka yang ada bronkitis, asthma, paru-paru berair, kerap selsema dan juga untuk kuatkan antibodi kita.

Alfafa – ia adalah sejenis tumbuhan herba dan juga bersifat fiber di mana ia akan angkut segala lemak-lemak jahat melalui proses pembuangan air besar maknanya perut kita akan lawas. Tetapi bukan itu sahaja ia juga membantu kurangkan keputihan, mengetatkan ehem ehem kerana ia berfungsi seperti kacip fatimah (mak suka nokSSS bab ketat-ketat ni), mengurangkan gout, diabetis, cuci darah, meningkatkan kesihatan pencernaan dan juga buang angin-angin dalam badan. Tapi AWAS ye Alfafa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE dan bagi mereka yang punya masalah darah pekat kerana ia tinggi vitamin K. U have to drink lot of water ye!

Herba Lax – ia diambil seminggu sekali sahaja untuk proses detoks ataupun senang cakap untuk mengeluarkan segala mak nenek toksin dan racun di dalam badan. Pengambilannya adalah 4 biji sehari tetapi untuk diri saya yang terlebih comel ni saya amalkan 5-6 biji dan selepas 6 jam kita akan terasa nak membuang dengan lancar gila-gila huhu. Ambil air masak banyak juga ye kalau tidak perut anda akan memulas-mulas kesakitan. Tidak boleh makan hari-hari sebab nanti kita mengajar perut kita malas membuang dengan sendiri. Tetapi saya buat hehari kalau saya terasa saya terambil lebih makan hihi. Do with ur own risk ok!

B Complex – ramai orang kata B Complex ni menaikkan nafsu makan tapi jika kita kaji betul2 penggunaannya ia sangat membantu untuk proses turunkan berat badan. Ia berfungsi sprt spark plug iaitu ia membakar gula menjadi tenaga dan YES ia mmg sesuai dgn diet ATKINS ni kerana kita nak bakar lemak2 yang ada di dalam badan secepat mungkin. Lain fungsi ia bagus untuk saya yang mudah panik, kelam-kabut, mudah stress (no stress anymore ye nanti cepat kedut), perbetulkan hormon yang selalu swing dan untuk kecantikan dalaman. Kalau rasa murung ambillah 2-3 biji ye. So far untuk 2 hari ini saya tidaklah rasa macam nak makan orang sebab saya serasi dengan diet ini.

Air Masak  – saya pastikan sebelum makan saya habiskan 1 liter dahulu untuk kurangkan rasa lapar dan baru makan. Saya akan pastikan saya minum sehari 4 liter ye.

MENU HARI PERTAMA

Pagi
air masak 1 liter + telur rebus 2 biji (putih shj)

Tengah hari 
air masak 1 liter + cencaru bakar 1 ketul + telur rebus 2 biji (putih sahaja)

Malam
air masak 1 liter – ayam sup rebus 2 ketul (sup jgn hirup no no no)

_______________________________________________________

Tu dia..seksa gak ye. Tapi apa2 pun mama harap along dapat menurunkan berat badan dengan jayanya!InsyaAllah ^_^
Untuk kisah Along hari ke dua..anda boleh baca Di Sini.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan mama.

1. LIKE fanpage MamaQaireen Shoppe

2. PM saya di fb, Dilla Jalil

3. Emel admin@mamaqaireen.com

4. SMS/ Whatsapp saya di 017-565755



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tagged with →  
Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge