Bercuti memang menyeronokkan. Lagi-lagi musim cuti sekolah. Dah semestinya kita nak bawa anak-anak kita melancong. Bagi sesiapa yang mempunyai keluarga yang besar tentunya akan mencari homestay untuk bermalam betul tak? Pendapat saya lah kan..lagi jimat duit 😉

Masalahnya, homestay yang macam mana yang kita nak? Ok saya nak kongsi kisah saya bermalam di Homestay Sungai Petani, Kedah yang Murah, Cantik, Bersih dan Sangat – Sangat Berbaloi untuk anda sewa!

Homestay Sungai Petani

Pemandangan dari luar rumah. Ayu Sweet Homestay Sungai Petani.

 

Hari Sabtu 27hb dan Ahad 28hb Disember yang lepas saya ada Seminar Shaklee di Golf Club Bertam, Kepala Batas. Disebabkan lambat booking hotel, so semua hotel dan homestay yang berhampiran dah penuh. Akhirnya saya pun memilih untuk bermalam di Sungai Petani.

Nasiblah lokasi tak berapa jauh. Kepala Batas ni kiranya macam jiran sebelah jelah. Perjalanan dari Homestay yang saya sewa ke Golf Club lebih kurang 22km je.

Ok, tak nak cerita panjang tentang Seminar Shaklee saya. Tu nanti saya cerita di entry lain k.

Saya teruskan bercerita tentang bestnye Homestay  di Sungai Petani ni.

Sedikit maklumat tentang Ayu Sweet Homestay.

Alamat

No 68, Jalan Perdana 9/19,

Bandar Perdana,

08000 Sungai Petani,

Kedah

Kemudahan 

  • TV & Astro
  • Radio
  • Sofa
  • Kipas
  • Meja kopi
  • Iron & Iron Board
  • Peti sejuk
  • Mesin basuh
  • Meja makan
  • Kabinet dapur kering & basah
  • Double sinki
  • Peralatan memasak
  • cerek elektrik

Bilik Tidur

1.    BILIK TIDUR UTAMA

  • Katil Queen
  • Katil Single
  • Air Cond & Kipas
  • Almari Baju
  • Meja Solek
  • Penyidai Tuala
  • Sejadah
  • Bilik Air

2.    BILIK TIDUR 2

  • Katil Single
  • Kipas
  • Meja Solek
  • Rak Baju
  • Penyidai Tuala
  • Extra Bantal & Toto

3.    BILIK  TIDUR 3 (atas)

  • Katil Queen
  • Kipas
  • Meja Solek
  • Almari Baju
  • Penyidai Tuala

Hubungi 

  • 019-4131700
  • 019-4158700

Bayaran

  • RM160

Ni beberapa maklumat lah tentang Homestay yang saya sekeluarga sewa.

Saya sewa 4 hari 3 malam so dapatlah diskaun. Tuan empunye ambil RM150 je untuk semalam. Alhamdulillah semoga bertambah murah rezeki beliau.

homestay sungai petani

Mula – mula masa google, tengok dalam gambar. Dalam hati berkata – kata.. “banyaknye bunga rumah orang ni” hehee. Tapi bila dan masuk dalam rumah, Alhamdulillah semuanye ok, rumah ni pun selesa, sejuk dan bersih.

Masuk – masuk je Hasya dah buat macam rumah sendiri 😉

Bab bersih tu yang paling pentinglah kan..tak kan nak duduk rumah yang penuh dengan sampah dan terbiar pula.

 

homestay sungai petani

Ni gambar bilik utama dan bilik no 2. Tengoklah Qaireen bukan main suka lagi dapat tilam.

homestay sungai petani

Yang ni bilik no 3, kami tak guna pun sebab dekat atas. Cuma Hasya je yang asyik main naik turun tangga 😉

homestay sungai petani

Dapur pun agak selesa, especially kalau yang datang lebih dari 3 family. So kalau nak masak tak lah sesak dekat dapur. Lagi pun ada dapur basah dan dapur kering.

Tempat penyidai baju pun ada dekat belakang. Dah alang – alang duduk sampai 4 hari. Baju mestilah nak kena basuh. Senang bila balik rumah, semua dah siap basuh dan berlipat.

So tunggu apa lagi, penat nak mencari Homestay Sungai Petani yang murah, cantik dan bersih kan? Cepat hubungi owner Homestay Ayu Sweet ni sekarang juga. Sebelum penuh atau terlepas pula nanti.

Tapi kalau nak cari Barangan Shaklee boleh hubungi saya (sempat lagi nak promote diri sendiri..LOL) Dilla Jalil 017-5657552

order-sekarang-juga

ATAU

Pengedar Shaklee dan Cod Shaklee Ipoh

 

Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

Dilla Jalil (facebook)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat berbisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

Tagged with →  
Share →

3 Responses to Homestay Sungai Petani Murah, Cantik, Bersih dan Berbaloi Untuk Disewa

  1. Azeni Ahmad says:

    Lor awat tak habaq nak bermalam kat kedag?
    Kalau tak rumah kami, boleh ditadahkan buat bermalam.
    Dekat dah dengan umah kami nie.
    Aisehhh.
    Azeni Ahmad menulis…Parut Demam Campak Boleh Hilang Dalam Masa Sebulan!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge