Apakah jaundis?

– Keadaan kuning yang berlaku pada kebanyakan bayi baru lahir
– Kelihatan pada mata, kulit atau muka
– Disebabkan oleh kandungan paras bilirubin yang tinggi dalam darah

Faktor risiko
– sejarah jaundis pada kelahiran terdahulu.
-sejarah pertukaran darah pada anak lain
– kelahiran secara forsep atau vakum
– susuan ibu tidak mencukupi
-bayi lahir kurang berat badan (kurang dari 2.5kg)
– bayi yang dilahirkan oleh ibu diabetis
-bayi Down Syndrome.

Penyebab jaundis teruk
-masalah kekurangan enzim G6PD pada sel darah merah
-perbezaan kumpulan darah ibu dan bayi (ABO incompability)
-pendarahan dibawah kulit kepala (cephaloaematoma)
-kurang air dalam badan (dehidrasi)
-kelahiran pra matang
-jangkitan kuman
-pengambilan ubatan tertentu

Adakah jaundis merbahaya?
Jika tidak dirawat, jundis yang teruk boleh mengakibatkan:
-kecacatan pada otak
-kelumpuhan
-kesukaran bertutur
-terencat akal
-terencat pertumbuhan
-hilang pendengaran
-sawan
-masalah pembelajaran
-masalah koordinasi pergerakan
-kematian

Penilaian tahap jaundis
sedikit – kuning pada bahagian mata, muka sehingga paras dada
sederhana – kuning dari muka ke pusat
teruk- kuning dari muka ke kaki

Panduan mengesan jaundis
-bawa bayi ke tempat cerah dan lihat di bawah cahaya biasa
-lihat warna kekuningan di mata. Untuk kesan lebih jelas, tekan kulit di bahagian dahi, tulang pipi atau dada selama 5 saat dan lihat warnanya
– sekiranya jaundis dikesan, bawa bayi segera ke hospital atau klinik kesihatan untuk rawatan lanjut

Rawatan
-fototerapi
-pertukaran darah sekiranya tahap jaundis teruk

Amalan yang mesti dielakkan
1. jemur bayi di bawah cahaya matahari
– cahaya matahari menggelapkan warna kulit dan menyukarkan pengesanan jaundis
-menyebabkan suhu badan bayi naik mendadak
– merosakkan mata bayi
-menyebabkan dehidrasi

2. Mandian air teh/daun buah keranda cina
– boleh menukarkan warna kulit bayi dan menyukarkan pengesanan jaundis

3. minum susu kambing
-susu kambing tidak sesuai untuk penghadaman bayi

Amalan berikut boleh mengurangkan jaundis
1. Amalkan susuan ibu sebaik sahaja dilahirkan
2. susukan bayi sekerap mungkin
-amalkan penyusuan bayi sepenuhnya
– mengikut kehendak bayi
– susukan 2-3 jam sekali
3. Kesan awal dengan memerhati kekuningan di mata dan kulit bayi
4. Pemerhatian lebih teliti bagi bayi yang berisiko contohnya
– bayi lahir pra matang
– bayi kurang berat lahir

 

sumber:Unit promosi pendidikan
Jabatan kesihatan negeri, Kedah Darulaman


Tagged with →  
Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge