Setiap insan di dunia ini inginkan tubuh badan yang sihat dan cergas. Tetapi disebabkan oleh gaya hidup sekarang ini yang terlalu sibuk, kadang – kadang kita terlupa atau tiada masa nak melakukan senaman.

Maka saya akan kongsikan bersama, 9 tips mudah untuk kekal SIHAT DAN CERGAS DENGAN MUDAH.

 

naik tangga1) AYUH PILIH TANGGA
Sebaik sahaja anda berdiri daripada duduk, tenaga akan mula meningkat.
Berjalan kaki boleh meningkatkan tenaga sebanyak 150%. Oleh itu, gunakan tangga berbanding lif kerana ia boleh meningkatkan tenaga sebanyak 200%

 

skipping

2) LOMPAT TALI TAHAN LAPAR
Jika keinginan untuk makan tetap hadir walaupun anda baru selesai makan, lakukan senaman lompat tali. Kajian dari Jepun menyatakan, mereka yang melompat menggunakan tali skipping sebanyak tiga set menunjukkan kadar lapar yang rendah berbanding berbasikal. Ini kerana apabila anda letih, keinginan untuk makan akan berkurang.

Denyut-Nadi

3) UKUR DENYUTAN NADI ANDA
Untuk tahap kecergasan aerobik anda dengan mengambil kadar nadi rehat anda.
Sangat Cergas = Bawah 50 denyutan seminit
Cergas = 51 – 69 denyutan seminit
Sederhana = 70 – 80 denyutan seminit
Tidak Cergas = Lebih daripada 80 denyutan seminit

dance

4) 30 MINIT BAKAR 180 KALORI
Mahu lebih langsing? Menarilah mengikut irama lagu kegemaran anda.
Tarian yang dilakukan selama 30 minit atau kira – kira 7 atau 8 lagu, ia mampu membakar kalori sebanyak 180 – 266 kalori

senaman kaki

5) BERI PERHATIAN LEBIH PADA KAKI
Otot – otot di bahagian bawah seperti betis dan pinggul sebenarnya mempunyai jisim yang lebih daripada otot – otot di bahagian lengan dan dada.
Untuk memastikan saiz pinggang anda mengurang, beri banyak perhatian kepada otot di bahagian bawah kerana latihan rintangan di bahagian tersebut akan membakar lebih banyak kalori berbanding bahagian atas.

deria bau

6) LINDUNGI DERIA BAU
Bila tubuh sihat, maka deria bau kita juga sihat.
Senaman yang dilakukan secara konsisten dapat mengurangkan risiko aterosklerosis iaitu pembentukan plak dalam arteri darah.

shoes

7) KASUT YANG BETUL
Pilih kasut yang sesuai dengan kaki sebelum melakukan aktiviti larian. Elakkan membeli kasut pada waktu pagi dan malam. Ini kerana saiz kaki akan mengalami pengecutan waktu itu.

happy family

8) CUMA 1 KALORI SEMINIT
Ubah gaya hidup anda. Amalkan gaya hidup yang aktif, berjalan lebih pantas, naik turun tangga, lebih kerap bersukan dan bersenam. Kurangkan masa menonton televisyen atau bermain komputer kerana tubuh hanya mampu membakar 1 kalori seminit dan ianya sama kuantiti dengan kalori yang dibakar semasa tidur.

bersenam

9)  BILA PERLU BERSENAM

Satu soalan yang anda kerap tanyakan kepada pelatih senaman anda, “bila saya perlu bersenam?”. Penyelesaian terbaik adalah anda mempunyai masa. Jika anda mempunyai waktu sekitar 20 minit pada waktu pagi, lakukan latihan senaman anda sebelum pergi kerja. Jika anda berasa lebih baik pada waktu petang atau malam, maka lakukannya pada waktu tersebut.

Tetapi pastikan senaman anda konsisten, ya!

 

 

Tagged with →  
Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge