Tulang yang sihat menjadi idaman setiap individu terutamanya bagi wanita. Pastikan anda mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi dalam menu anda setiap hari.

image

Tidak kira sama ada dengan cara minum susu, yogurt, ambil suplemen atau apa sahaja makanan yang tinggi kandungan kalsiumnya. Inilah yang membantu menguatkan tulang.

Kalsium juga sangat penting untuk wanita yang hamil dan menyusukan bayi. Ini kerana sewaktu hamil, bayi didalam kandungan telah “mengambil” kalsium dari ibunya. Maka dengan itu, wanita perlu mengambila kalsium setiap hari untuk mengelakkan daripada sakit pinggang, sakit lutut, sakit gigi, gigi rapuh, kaki kejang ketika hamil dan sebagainya.

Kepadatan tulang kita akan menurun apabila usia mencecah 30 tahun. Untuk itu kita memerlukan kira – kira 200mg kalsium setiap hari. Untuk kesan terbaik, gabungkannya dengan magnesium.

Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge