Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya nak share berkaitan dengan masalah ibu yang mempunyai anak yang hanya nak menyusu sebelah payudara sahaja. Kadang2 ibu sampai bengkak susu sebelah. Lebih sedih lagi, ibu tersebut sehingga putus asa untuk meneruskan penyusuan susu ibu.

 

Kenapa Anak Saya Nak Menyusu Sebelah Payudara Sahaja?

 

Jangan risau, anda masih belum terlambat lagi.

Ada beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk memujuk bayi anda menyusu kedua2 belah payudara. Cumanya, terus terang saya katakan. Proses memujuk dan melatih bayi untuk menerima kedua2 payudara memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang tinggi.

Perlu diingatkan, anda tak boleh sesekali memaksa bayi untuk menerima dan menyukai payudara bermasalah dalam masa singkat. Jangan paksa bayi anda.

Kenapa?

Contoh atau analogi yang mudah saya berikan.

Kita yang dewasa ni pun ada cara tersendiri atau ada keselesaan sendiri untuk tidur, cara nak duduk, cara buat kerja dan sebagainya..betul tak?

Bayangkan anak kita selesa tidur mengereng belah kanan, tapi kita ni paksa dia tidur hala ke kiri pula. Mestilah mengambil masa sedikit kan?

Macam saya, saya kidal. Sampai sekarang kadang2 terlajak juga ambil atau memberi barang dekat orang dengan tangan kiri. Benda ni bukan sengaja tau. Tangan kiri ni lajuuuuu je nak bergerak. Adehhhh..

Mungkin benta itu juga yang terjadi pada bayi anda.

 

5 Tips Memujuk Bayi Yang Gemarkan Menyusu Sebelah Payudara Sahaja

1.0 Sentuhan Kulit ke Kulit

Mulakan dengan sentuhan kulit ke kulit antara bayi dan anda. Biarkan bayi meneroka tubuh agar dia dapat mengenal dan mengecam bau anda. Proses ini harus dilakukan sekerap mungkin.

2.0 Susukan Dengan Bahagian Yang Digemari

Susukan bayi menerusi payudara yang digemarinya terlebih dahulu. Apabila susu mula dirembes laju di kedua-dua belah payudara, secara perlahan-lahan,tukar posisi bayi ke payudara yang kurang digemarinya.

Dengan cara ini, bayi tidak akan menolak payu dara tersebut kerana aliran susu adalah lancar.

Anda juga boleh memulakan penyusuan dengan payudara yang bermasalah setiap kali penyusuan. Namun lakukannya ketika bayi di dalam keadaan hampir tertidur, selesa atau tidak terlalu lapar.

3.0 Memerah Payudara Bahagian Yang Digemari Terlebih Dahulu

Anda digalakkan untuk memerah payudara yang kurang digemari terlebih dahulu bagi menggalak bayi menyusu dengan selesa daripada payudara tersebut. Malah sepanjang proses menggalak bayi menerima payudara yang tidak disukainya, jangan lupa untuk memerah susu daripada payudara sebelah lagi agar rangsangan sentiasa ada dan mencukupi.

4.0 Tempat Menyusu

Lokasi penyusuan memainkan peranan penting. Suasana di sekeliling lokasi yang tenang dan selesa banyak mempengaruhi kejayaan anda melalui proses memujuk bayi.

5.0 Jangan Putus Asa

Proses ini tidak akan berhasil dengan sekelip mata. Ia memerlukan beberapa hari atau minggu. Jangan sesekali berputus asa. Yakinlah diri bahawa anda boleh! hati perlu cekal dan minda mesti kuat.

 

BACA : 5 Cara Mudah Kumpul EBM Untuk Anak Kuat Menyusu

 

Posisi Biasa Ketika Menyusu

Posisi biasa yang kita sering lakukan ketika menyusukan anak kita. Bayi lebih gemar baring mengikut keselesaan mereka.

Kenapa Anak Saya Nak Menyusu Sebelah Payudara Sahaja?

Kenapa Anak Saya Nak Menyusu Sebelah Payudara Sahaja?

Anda boleh biasakan memberi susu kepada bayi anda dengan cara seperti gambar di bawah untuk memudahkan anda mengubah atau memberi bayi menyusu ke payudara sebelah yang mereka tidak gemari.

Kenapa Anak Saya Nak Menyusu Sebelah Payudara Sahaja?

Seterusnya ketika bayi dah mula nak lena atau dah puasa menyusu, anda boleh tukar ke posisi seperti dibawah.

Kenapa Anak Saya Nak Menyusu Sebelah Payudara Sahaja?

Yang penting ibu2 jangan sesekali putus asadan stress. Kalau stress nanti susu pun “malu – malu” nak keluar. Doa saya semoga ibu2 berjaya menyusukan bayi dengan kedua2 belah payudara.

 

BACA : Sweetnya Imam Muda Hizbur Belikan Set Menyusu Untuk Isteri Beliau

Sharing Is Loving.

MamaQaireen 😉

 

 

 

________________________________________________

***********

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak berbisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

 

Share →

3 Responses to Kenapa Anak Saya Nak Menyusu Sebelah Payudara Sahaja?

  1. Azeni Ahmad says:

    Memang pun..
    Kadang2 sampai dekat 2 tahun nak menyusu sebelah je.
    Tue yang nampak besar sebelah tue.
    Hahaha.
    Azeni Ahmad menulis…Bawah Ketiak Gelap Ataupun Hitam? Apa Puncanya dan Cara AtasinyaMy Profile

  2. anis says:

    Ank sye suke nyusu belah kiri shje dn sye xmngalami bengkak susu..payudara belah kanan kecil shje mcm xde susu..ank mmg xsuke kdg2 smpi dy mcm nk muntah..puting belah kanan agk kdlm mngkin dy xselese nk nyusu..mcm mne ye??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge