Pada tahun 2013 saya dan suami berjaya mendapat 2 tiket Percutian Percuma Tajaan Shaklee bertafar 6 Bintang ke Kota Kinabalu, Sabah. Tetapi saya terpaksa menolak kerana sewaktu Percutian tersebut, saya baru sahaja lepas selepas melahirkan anak ke dua. Baru 2 minggu dalam pantang. Jadi pada tahun 2014 selepas mendapat 2 tiket Percutian Percuma Tajaan Shaklee Bertaraf 6 Bintang ke Los Angeles dan San Francisco, tentunya tidak akan saya menolak. Bukan senang untuk bercuti secara percuma!

US surat

Pihak Shaklee telah menghantar surat kepada Leader yang layak. Seramai lebih kurang 300 orang leader daripada Shaklee yang berjaya untuk bersama – sama menyertai percutian tersebut. Selamat 10 hari kami mendapat percutian secara percuma ini. Bermula dari 13hb sehingga 23hb Ogos 2014.

Hari Pertama :

Mula bertolak dari Malaysia. Saya dan suami menaiki pesawat China Airline. Lebih kurang dalam pukul 2.30pm kami berlepas daripada Malaysia. Selepas 5 jam perjalanan, kami transit sebentar ke Taipei. Waktu di Taipei masih sama seperti di Malaysia. Maka tiada kekeliruan masa akan terjadi. Selama 5 jam di Taipei kami sempatlah untuk bersolat dan berjalan – jalan di airport. Pada pukul 11.50pm kami memulakan perjalanan yang panjang, perjalanan selama 13 jam untuk sampai ke Los Angeles (LA). Alhamdulillah pukul 8.30pm (waktu LA) kami sampai.

 

Bilik Hotel

Hotel kami di US. Terasa seperti VIP, sebab kami tak perlu bawa beg masuk bilik. Semua diuruskan oleh pihak Shaklee. Malah tempat makan kami juga disediakan di hall yang berlainan. Mereka menyediakan makanan HALAL untuk kami yang beragama Islam.

1) Hilton Long Beach & Executive Meeting Center

2) Marriot Marquis San Francisco

Hari Kedua :

US NCSaya berjaya naik ke atas pentas sambil membawa bendera Malaysia dan memberi beberapa patah perkataan untuk berucap.

Pukul 9am kami dah kena berkumpul untuk pergi ke Arena, Shaklee Global Conference. Walaupun masa ni kami tengah jetlag, tetapi sedikit pun tak mematahkan semamgat kami untuk terus berada di dewan Arena. Mereka yang hadir ke sana, bukan daripada US sahaja, tetapi kami dari Malaysia, Indonesia, China, Canada dan ramai lagi dari negara lain. Rasa bangga sangat bila saya dan suami salah seorang wakil dari Malaysia.

Hari Ketiga :

US Disneyland

Kami berpeluang untuk berhibur di Disneyland. Pelbagai permainan juga yang kami bermain. Kami pula menjadi seperti kanak -kanak. Seronok sangat, Disneyland ni adalah Disneyland pertama di dunia. Berada di Disneland teringat pula anak – anak di rumah. 😉

Hari Keempat :

Masih meneruskan acara di Shaklee Global Conference 2014

Hari Kelima :

US Walk of Fame

Kami di bawa ke Hollywood Walk of Fame dan melalui Beverly Hills serta Rodeo Drive. Semasa di Hollywood Walk of Fame tu, sempatlah juga membeli cenderahati untuk keluarga terdekat. Tapi sungguh kami tak sangka, tempat tersebut seperti itu. Kami gambarkan sebuah bandar yang besar dan sibuk. Tetapi sebuat “pekan” kecil yang tidak ada banyak bagunan. Yang ada hanya ada beberapa deretan kedai sahaja, seperti “pekan” Taiping. 😉

Hari keenam:

US USH

Tempat yang paling seronok dan terbaik antara semua tempat yang shaklee bawa. Tu yang dapat saya gambarkan. Paling best di Studio Tour Universal Studios. Kami dapat melihat sendiri set – set pengambaran perfileman Hollywood. Sampaikan sekarang ni, bila tengok movie dah jadi macam “kureng”. Sebab dah nampak yang kami ni kena tipu selama ni..hahaha.

Hari ketujuh :

US SF

Tempat wajib bila sampai ke San Francisco (SF) bergambar di Golden Gate Bridge. Masa ni sejuk tau. Sejuk seperti di Cameron Highland waktu malam. Bila angin bertiup, lagi sejuk. Sebab kebetulan pula dekat dengan laut. Maka bertambah sejuklah kami di situ. Lihatlah mak – mak budak bergambar tak ingat orang lain dah.

Hari Kelapan :

Kami pergi shopping di Factory Outlet. Tapi saya tiada gambar disana, turun je bas terus terkam ke kedai idaman macam orang hilang anak. Memang tak ingat lain dah, yang ingat hanyalah untuk “habiskan duit” je, hehee.

 

US Driver

Pemandu bas kami rakyat Palestine. Kami terkejut sangat bila dapat tahu. Mula – mula beliau naik bas, beliau beri salam dekat kami semua. Rupa – rupanya beliau rakyat Palestine yang bekerja di US. Kampung beliau lebih kurang 50km sahaja dari tempat serangan Israel. Bila ditanya, beliau hanya menjawab “kita hanya mampu berdoa dan saya juga berharap keluar saya selamat dari peperangan tersebut. Mesti ada sebab kenapa Allah memberi ujian seperti itu”.

Kami terdiam dan terkedu bila dia cakap macam tu.

 

US Dinner

Pada sebelah malam pula, kami ada Gala Dinner. Theme dinner tersebut Hollywood. Tapi saya pakai dress biasa je, suami pula pakai suit je.

Hari Kesembilan :

US HQ 1

Kami dibawa ke Shaklee HQ di Pleasanton. Best sangat di Shaklee HQ ni. Semuanya kitar semua, love green dan tiada pencemaran pun yang berlaku. Bahan – bahan seperti siling, dinding dan pelbagai lagi adalah daripada bahan kitar semua. Lampu juga disetkan, sekiranya tiada orang, maka ia akan tertutup dengan sendiri. Maka tiada pembaziran elektrik akan berlaku.

 

US HQ

Staff dan Saintis dari Shaklee menyambut kedatangan kami. Saya juga sempat bergambar di senarai atlet (juara olimpik) yang mengambil Shaklee sebagai suplemen mereka.

Bergambar dan duduk di kerusi Dr. Forrest Shaklee, dan akhir sekali gambar kami dipintu pejabat CEO Shaklee Roger Barnett.

Hari Kesepuluh :

Alhamdulillah setelah selesai bermusafir di US, kami pun balik ke Malaysia. Banyak yang saya belajar bila berada di tempat orang. Khususnya di US sendiri. Apa yang orang katakan atau apa yang selama ini kita melihat di TV tidak sama sekali dengan apa yang kita tengok depan mata kita. Sebab tu ada pepatah yang mengatakan, “Jauh Perjalanan, Luas Pengetahuan”

Selama ni hanya dengar dari mulut orang sahaja tentang percutian tajaan shaklee ni. Sekarang dah rasa sendiri Percutian Percuma Tajaan Shaklee Bertaraf 6 bintang, memang TERBAIK!

 

 

Berminat untuk mendapatkan barangan Shaklee atau Menjadi Ahli? Anda boleh hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 

 

>> MACAM MANA NAK DAFTAR AHLI (KLIK SINI)

>> SERONOKNYA MENJADI AHLI DIBAWAH DILLA JALIL? (KLIK SINI)

>>  BESYNYA BUAT BISNES SHAKLEE DARI RUMAH (KLIK SINI)

>> TAK RETI BUAT BLOG? SAYA BOLEH AJAR (KLIK SINI)

 

 Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

COD : KFC Medan Gopeng

 

Tagged with →  
Share →

5 Responses to Percutian Percuma Tajaan Shaklee Bertaraf 6 Bintang

  1. Jiha says:

    HI dilla…hari tu ada jumpa masa JHU and kat Pen Mutiara…tp tk borak2 pun..I malu hehe

    Bestnye tgk gambar ke US ni…hopefully next trip, Jiha dpt join jugak 🙂

  2. MamaQaireen MamaQaireen says:

    Jiha : lorrrr..kenapa tak tegur?hehee..ok pasni kita gi trip sama2 k 😉

  3. rindunya weh nak pergi lagi. tahun depan italy kita enjoiceeee!

  4. MamaQaireen MamaQaireen says:

    amboi mak jemah..hahaha, thn dpn Italy jommmmm!

  5. norlia says:

    bestnye mama.. sy nk pegi jugak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge