Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Biasanya hari Ahad ramai yang rajin memasak di rumah kan. Apa kata hari ni anda try resepi homemade burger bakar sedap dan simple ni. Buat patty burger tu banyak2 sikit. Lepas tu letak dalam freezer. Bila nak makan, kita bakar je dekat pan.

Senang kan? Buat kecil2 pun boleh, budak2 pun suka. Buat kecil2 macam begedil tu. Pastu buat bento untuk anak pergi sekolah. Comel je nanti bila nak makan.

 

resepi homemade burger bakar

 

Bahan – Bahan (4 orang) :

Daging Lembu – 400gm (beli daging kisar Ramli pun boleh)

1 Sudu Teh Serbuk Jintan Putih

1 Sudu Teh Serbuk Kayu Manis

1 Sudu Teh Lada Hitam

1/2 Sudu Teh Lada Putih / Lada Sulah (perlu dibahagi 2. Untuk daging dan Kuning Telur)

3 Ulas Bawang Putih

2 Biji Telur

5 Sudu Besar Serbuk Roti

4 Keping Chesdale

Garam

Daun Salat (potong halus)

Roti Burger

 

Cara – Cara Pertama

  1. Kisar daging bersama2 dengan serbuk jintan putih, serbuk lada hitam, serbuk kayu manis, bawang putih dan secubit lada puih sehingga halus.
  2. Bentukkan adunan menjadi “patty” burger.

Cara – Cara Kedua

  1. Ambil Kuning Telur dan Serbuk Lada Putih, gaul sehingga rata.
  2. Celup patty burger ke dalam telur
  3. Gaulkan dengan serbuk roti

Cara – Cara Membakar :

  1. Bakar burger selama 6 minit setiap bahagian dengan api sederhana panas.
  2. 1 minit sebelum angkat burger, letakkan chesdale dan tutup burger tersebut dengan menutup periuk. Bila cheese sedikit cair baru tutup api.

 

P/S : Masak dengan api yang pelan dan jangan terlalu lama. Jika bakar dengan api yang kuat isi diluar akan hitam tetapi isi dalam mentah.

Jika masak terlalu lama pula, daging akan menjadi kering. Tak umphh pulak nanti šŸ™‚

 

BACA : Resepi Cucur Roti Sedap,Ā Tak Serap Minyak Bila Masak

 

 

Simple je resepiĀ homemade burger bakar ni kan?

Actually resepi ni saya dah pernah share di blog lama saya. Tapi blog tu dah lama saya tak guna sebab dah macam ternak virus..hehehe..so saya pun sharelah resepi disini pula.

Nanti kalau dah try, jangan lah lupa komen di sini yek. Atau boleh jugaĀ commentĀ di Page Kumpulan Wanita Hebat.

Rajin2lah LIKE & Share

Sharing Is Caring gittew kan šŸ™‚

Salam Sayang dari MamaQaireen.

 

 

 

********

_________________________________________________

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 ā€“ 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buatĀ berbisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

 

 

Tagged with →  
Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge