Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Kebetulan hari ni Qaireen tak sihat. Tiba2 je pagi tadi badan dia panas. Nasiblah tak tinggi. Bila saya check hanya 37.8 je..baru nak deman. Nasib petang ni dah ok, segala vitamin budak saya suap dalam mulut dia.

So saya pun ingat nak masak asam rebus ikan merah hari ni. Macam biasa dah siap blend semua bahan baru perasan yang asam keping tak de. Akhirnye Qaireen makan nasi dengan ikan goreng dan budu je. Hebat kan Qaireen. Dia memang “hantu” budu.

Saya pula mereka cipta resepi baru untuk orang sihat yang nak makan (untuk saya lah tu..kekeke). Akhirnye jadilah Ikan Merah Masak Cili Padi yang sedap untuk hari ni.

resepi ikan merah masak sambal cili padi

Taraaa..ni lah dia Ikan Merah Masak Cili Padi Sedap dan Mudah.

Haa….setiap resepi saya namanye mesti ada Sedap dihujung. Yelahh..apa yang kita cakapkan salah satu daripada doa. Kalau tiap2 hari puji masakan sendiri sedap, lama2 mesti jadi sedap. Betul tak?

Tapi dengan syarat, lauk tu boleh makan lah yek. Jangan cakap sedap tapi entah apa2 plak rasanye..hikhik..opsss!

Ok  tak mau buang masa lagi, saya akan share resepinye.

 

Bahan – Bahan :

Bahan A :

6 Biji Bawang Merah

1 Tangkai Cili Merah

6 Tangkai Cili Padi

2 cm Kunyit Hidup

Sedikit Belacan

 

Bahan B :

2 Potong Ikan Merah Yang Sudah Digoreng

4 Tangkai Serai (diketuk)

1 Biji Bawang Besar (dihiris)

1 Sudu Besar Gula

1/2 Cawan Air Asam Jawa

Garam Secukup Rasa.

 

Cara Memasak :

1) Kesemua Bahan A perlu dikisar terlebih dahulu.

2) Tumis Bahab A sehingga garing dan naik minyak

3) Masukkan pula bawang besar dan serai. Jika terlalu kering tambahkan sedikit air. Letak sikit demi sedikit, jangan terlalu banyak. Nanti terlalu cair, tak sedap pula.

4) Bila Bawang dah mula lembut, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Gaul sehingga sebati dan pelankan sedikit api.

5) Bila sambal dah mula naik minyak masukkan ikan merah yang telah digoreng tadi, dan gaul seketika.

6) Siaplah sudah Resepi Ikan Merah Masak Sambal Cili Padi hari ni. Makan dengan nasi putih je pun sedap.

Kalau rasa bosan dengan sambal merah, atau ikan masak sweet sour. Anda boleh mencuba sambal cili padi ni pula. Tak pedas pun, sebab saya bubuh banyak bawang merah dan ada gula.

Tapi kalau anda jenis suka makan makanan yang pedas, tambah je sendiri berapa banyak cili padi yang anda suka.

Mak mertua lalu sebelah pun tak perasan.. 😉

Resepi ni sesuai sangat untuk ibu yang sibuk bekerja. Sebab simple je. Memang mudah dan cepat dimasak. Saya faham, mana nak kejar dengan masak lagi, hal rumah, anak2 dan lain2.

Macam kes saya dulu. Macam dalam Video ni..hahaha

Saya Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

 

Tapi tu dulu lah yek, sekarang tak lagi 🙂

So Lepas ni boleh lah try resepi ni.

Kalau ada lebih lauk masak sambal cili padi ni. Simpan untuk bawa bekal esok hari pun boleh. Kuah yang lebih jangan buang. Goreng ikan bilis. Nanti jadi masak sambal cili padi ikan bilis pulak. Sedap gak tu.

Selamat mencuba 🙂

 

 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

Dilla Jalil (facebook)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

Tagged with →  
Share →

3 Responses to Resepi Ikan Merah Masak Cili Padi Yang Sedap Dan Mudah

  1. wildan says:

    Pandai memasak kakak ini rupanya, tentu memang sangat sedap.
    wildan menulis…Perbaikan Kulit Malam HariMy Profile

  2. rahadian says:

    Saya suka itu, makanan kesukaan saya pedas, namun bukan ayam diganti ikan.

Leave a Reply to MamaQaireen Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge