Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Selalu saya bercerita pasal Shaklee, hari ni saya nak share resepi pula. Resepi saya hari ni senang je. Resepi Sambal Sardin Goreng Sedap. Haaa…ni bukan perasan sedap atau apa? Serius memang sedap tau.

Tak percaya, cuba tengok warna merah sambal tu camne? Minyak terlebih buat2 tak nampak jelah yek..LOL

11042075_10153327919153814_1478805313_n

Dulu sebelum kahwin saya main bedal je masak sardin ni, hehee. Tumis bawang, letak ikan sardin, air asam jawa, garam, gula dah siap. Resepi orang bujang, ok lah kan?

Dah ada suami dan anak2 ni, kena lah masak sedap2 sikit kan. Biar bertambah buncit perut suami ku..hikhik…tak pe, jangan risau. Segala jenis vitamin ada dekat rumah ni.

Ok, tak nak buang masa lagi saya akan cerita macam mana nak masak Sambal Sardin Goreng Sedap ni.

Bahan – Bahan Resepi Sambal Sardin Goreng Sedap :

1 tin sardin saiz sederhana (saya suka pakai mackeral, sebab isi lebih besar)

6 tangkai cili kering (kisar)

3 ulas bawang merah (kisar)

2 ulas bawang putih (kisar)

1 biji bawang besar

5 tangkai cili padi

2 inci halia (hiris)

2 keping asam keping

Gula dan Garam secukup rasa.

 

Cara – Cara untuk memasak :

1) Asingkan Ikan Sardin dengan kuah tersebut.

2) Panaskan minyak dan goreng Ikan Sardin dengan api yang pelan. Berhati-hati ye, minyak akan meletup2. Pastikan anda ambil penutup periuk dan tutup kuali tersebut. Kalau tak, habis dinding dapur penuh dengan minyak.

3) Bila dah separuh garing, anda boleh angkat ikan tersebut. Ikan Sardin kelihatan sedikit hitam. Tak pe, bukan pahit pun..hitam tu sebab kuah yang melekat di badan ikan tersebut. Lagi garing lagi sedap, sebab ada rangup2 sedikit ditepi2.

4) Tumis bahan2 yang sudah di kisar sehingga garing dan naik minyak.

11063016_10153327919283814_1142806039_n

5) Bila dah garing, masukkan pula kuah sardin yang mula2 kita asingkan tadi. Gaul sehingga masak dan sebati.

6) Masukkan pula bawang besar, cili padi dan halia. Halia ni terpulang pada anda, sama ada nak letak atau tidak. Macam saya, saya memang suka halia.

10933151_10153327919228814_527417095_n

7) Akhir sekali masukkan ikan yang sudah digoreng tadi, asam keping, gula dan garam. Jika terlalu kering, anda boleh tambah air sedikit. Biar seketika sehingga mendidih dan naik minyak.

Mudah je kan? 1st time masak memang akan rasa macam nak masak untuk mak mertua..hehee. Tapi bila dah lama2 anda akan rasa senang je. Practice makes perfect kekdahnye.

Nak lagi best, kita makan Sambal Sardin Goreng Sedap ni dengan telur dadar. Nak pula makan dengan nasi panas, pastu cicah budu. Perghhhh…suami yang garang macam dalam video ni pun terus jadi sayang. Nak tahu macam mana garangnya en suami tersebut, sila tengoklah sendiri πŸ™‚

Garang Sungguh Suami KU from iReach HD on Vimeo.

Tak pasal2 video kami plak muncul dekat sini..opsssss! Actually Resepi Sambal Sardin Goreng Sedap ni kegemaran baba Qaireen Hasya. Untuk pengetahuan semua, resepi ni sebenarnye baba yang ajar tau. Haaa….terkejut?

Masa baru kawin dulu baba cakap, kalau sardin tu kita goreng dulu lagi sedap dari masak macam tu aje. So saya pun try lah. Tak sangka plak, rupa2nya memang sedap!

Lepas ni bolehlah anda mencuba resepi ni ye. Sayur potong timun je pun dah cukup πŸ˜‰

Tetapi…

Kalau anda ada penyakit gout, jangan makan sardin banyak2 tau. Nanti makin melarat pula. Kalau sesekali teringin tu, tak pelah.

>> Atasi Masalah Gout (klik sini)

Semoga resepi yang mudah ini menjadi perisa baru untuk anda sekeluarga. Salam sayang dari saya Mama Dilla Jalil

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

Dilla Jalil (facebook)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buatΒ berbisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

Tagged with →  
Share →

13 Responses to Resepi Sambal Sardin Goreng Sedap

  1. titan says:

    kalau masak sardin..mesti guna cili dan bawang banyak.

    baru sedapp.
    titan menulis…Contest Petua dan Herba KongsibersamanoraMy Profile

  2. mazffalainey says:

    Wah dari tak gemar sardin bila tengok cam teliur aje.. Nak cuba jugak ni sardin goreng dulu ni..

    Best ar..

    • MamaQaireen MamaQaireen says:

      wajib try!kalau goreng dulu sebelum masak..hilang rasa hanyir ikan tu (tapi tekak ku tak rasa hanyir pun). Nanti rasa macam sambal tumis ikan perisa sardin..hehee

  3. Pernah orang bg cadangan goreng ikan sardin dulu..tp tak pernah cuba. tgk sardin dilla ni sedap la plak. kena try buat la lepas ni..
    Najihah Abdul Mutalib menulis…TIPS MUDAH ATASI SAKIT TULANG BELAKANG DAN LENGUH-LENGUH BADAN BAGI IBU HAMIL DAN MENYUSUMy Profile

  4. Kak Kep says:

    nak MamaQaireen masakkan.. xmo masak sendiri.. sila bawa bahan bahan ke negara Anaehasaeyo kelak.. lol
    Kak Kep menulis…9 Aktiviti Mudah Untuk Kembalikan Berat Badan Ideal Selepas BersalinMy Profile

    • MamaQaireen MamaQaireen says:

      Tak kuasa nak bawa bahan2 sardin ke negara Anaehasaeyo..baik makan sotong hidup dekat sana..sambil sotong tu geli2kan tekak kita..miahahaha..

  5. wildan says:

    Cukup praktis , apalagi untuk menu sahur.
    wildan menulis…Perbaikan Kulit Malam HariMy Profile

  6. papaglamz says:

    Sedapnya… Boleh cuba ni…
    New post – Resepi Nasi Goreng Ikan Sardin Hadiah Dari Hati

  7. Kak Noxxa says:

    Yummy… sedapnya.. saya suka sangat sardin.. tp sekarang buat sendiri je. Tq share resepi ni, nak cuba masak pula nanti πŸ˜‰
    Kak Noxxa menulis…Resepi Ikan Sardin NoxxaMy Profile

  8. Sonia says:

    I love to eat sardine sambal but I have not try frying the fish now I will try. You can eat sardine sambal goring with nasi lemak, telur dadar, salad and beans fried. It is very tasty. If more recipe please forward to me. Thank you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge