Seperti janji saya kepada semua follower di IG dan FB, malam ni saya kena share juga resepi ni. Serius memang saya sendiri pun tak sabar nak share resepi ni. Sekurang2nya bila ibu2 masak bagi suami dan anak2 makan. Mereka semua happy, saya pun turut happy dan dapatlah sikit “saham” untuk “disana” kannn? 😉

Mulanya malam ni saya malas nak masak. Tapi Qaireen dah lapar sangat, so terpaksa fikir nak masak benda yg cepat je. Yang ada kuah, lauk dan sayur. So paling mudah tomyam ayam pekat ala thai ler saya masak.

tomyam ayam pekat ala thai

 

Rahsia Tomyam Pekat & Sedap adalah terletak pada perencah tomyam dah ramuan yang ditumis. Resepi saya ni lain sikit dari orang lain tau. Sebab saya ada letak susu pekat.

Untuk perencah tomyam, saya syorkan 100% daripada Thai. Kata nak sedap macam Tomyam Thai, so kenalah guna dari Thai juga. Heee.. Pastikan produk tersebut HALAL. Ye semestinya, kita nak bagi suami dan anak2 makan..betul tak? 🙂

BACA : Resepi Mee Kari Sedap Dan Mudah Dimasak

 

tomyam ayam pekat ala thai

Saya guna perencah tomyam thai yang ni. Jenama apa tak tahu pulak? Ada 2 saiz, yang kecil dan yang besar. Saya dah try macam2 jenis perencah. Inilah satu2nye perencah tomyam paling sedap. Guna sikit pun dah rasa umphhh.

Ok tak mau buang masa lagi. Jejoms saya share Resepi Tomyam Ayam Pekat Ala Thai Yang Sedap

Bahan – Bahan : (Untuk 4 orang makan)

Bahan A – Kisar

4 biji bawang merah

1 biji tomato

1 batang serai

1 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi dalam 6 – 8 biji)

Bahan B

1/4 ekor ayam – potong kecil2

1 biji bawang besar – hiris

2 sudu perencah tomyam – saya guna sudu ikea

Pelbagai sayuran – saya guna carrot & caulifower je

4 helai daun limau purut – buang urat daun tengah tu, supaya bau kuat

3 batang serai – diketuk

1 cm halia – diketuk

1 cm lengkuas – diketuk

3 biji cili padi

1 biji tomato

1 sudu susu pekat

1 biji limau kasturi

air – saya guna 2 bekas shaker shaklee tu je, lebih kurang 1L

garam & gula

 

Cara – Cara :

  1. Tumis bahan A sehingga garing. Lepas tu masukkan perencah tomyam. Gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula ayam.
  3. Bila ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur, halia, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika
  4. Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya. Lepas tu masukkan susu pekat, garam, gula dan tomato.
  5. Siap untuk dimakan.

Mudahkan…

Tips :

Masukkan tomato ketika mendidih yang terakhir, biar untuk beberapa saat sahaja. Kalau lama sangat nanti tomato akan hancur dan lembik.

Jangka masa untuk masak tomyam ni lebih kurang dalam 15 minit je. Memang jimat masa dan tenaga. Semua benda ada dalam 1 mangkuk. Masak nasi lagi lama daripada masak tomyam.hehee.

Sesuai sangat untuk anda yang busy. Lagi sesuai untuk WAHM macam saya. Masak banyak2 so pagi makan dengan bihun, lunch makan dengan nasi. Malam minum ESP cukup. hehehe..

Ohhh ye, lupa pula. Kalau rasa pekat sangat, anda boleh tambah air lagi. Tapi lagi pekat, lagi sedap..terangkat gittew 🙂

Selamat mencuba.

 

**********

Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!

 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

Dilla Jalil (facebook)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

 

 

Tagged with →  
Share →

24 Responses to Resepi Tomyam Ayam Pekat Ala Thai Yang Sedap

  1. Yana Ruslan @ (Ummu Zahra) says:

    jazakallah utk resepi nya. in shaa Allah.. otw nk buat utk lunch jap lg.. harap2 jadi lahh.. hehe.. tgk rsepi shila rusly mcm x bpe mnarik..
    Tgk pic tomyam kt blog sis ni.. mak aiii..kecur air liur..

    Hehehe..
    Barakallah ,sis.. :-*

  2. sabrina says:

    Assalamualaikum . Nk tanya , kat mana boleh beli paste tu ye

  3. waney says:

    susu pekat tu susu apa ya

  4. jiha says:

    Salam, sis…
    Its a great recipe indeed…
    My mum, my lil brother…
    They said its too delicious….
    Tq 4 sharing dis…
    Smoga allah murahkan lagi rezeki …

  5. sya says:

    Assalammualaikum mamaQaireen.tq for sharing d recipe..
    ada tanda halal tak kat paste tu..

    • MamaQaireen MamaQaireen says:

      ada, tapi halal daripada thailand. Sbb paste tu produk thailand, bukan produk malaysia.
      boleh tgk dkt web jakim..senarai halal negara lain yg dpt iktiraf daripada jakim.

  6. Sharifah says:

    Salam sis. Boleh tahu paste brand ape ygsis guna? Sbb xde gmbr@nama pes tu kt resepi. 🙂

    N one more thing, bila letak susu pekat, tomyam x rase manis ke? Nk buat tp tkt tekak org N9 xdpt terima manis 😀

    Tq sis 🙂

    • MamaQaireen MamaQaireen says:

      Salam,

      Peace Brand Tomyam. Saya ada letak gambar, mungkin lambat sikit nak keluar gambar tu kot?hehee..

      tak manis pun, susu pekat tu untuk kasi lemak2 sikit. Jangan letak banyak, 1 sudu pun dah cukup.

      Sama 🙂

  7. anis says:

    frist time masak tomyam . Alhamdulillah mnjadi . rmai kngkwn ckp sedap . leh kawin muda cmni . hahahaha . thanks for share this recipe . mmg terbaikk !

  8. Noor says:

    Salam akak. Terima kasih share resepi tom yam ni ^_^ Saya guna resepi ni untuk berbuka tadi , kakak , mak dan abg ipar semua suka. Memang sedap lah !!

  9. Wardati says:

    Salam sis.. kalau nk msak utk 6-7 org, sukatan die camner yer?

  10. Ummu Fatimah says:

    Alhamdulillah. Baru je cube buat makan petang tadi. Sedap sangat! Suami balik2 puji sedap. Rasanya dah 8 kali dia cakap sedap. Haha. Terima kasih resepinya. Semoga Allah berkati sis sekeluarga. 🙂

  11. Nawal huda says:

    Sis saya dah buat and mmg sedap! Tapi serai yg diblend mmg menguji kesabaran😂

  12. Nadia says:

    Kak. Macam mana nk masukkan garam & gula. Garam berapa sudu n gula berapa sudu. Sudu kecik ke besar. Sy x penah masak. Tp nk cube masak.

  13. Nabilsuhaimi777 says:

    Terima kasih

  14. Syira says:

    Nak cuba la utk berbuka hari ni. Heh tq sis utk rasepi.

  15. ResepiSedapKe says:

    bestnyaaa nak try cuba untuk berbuka petang nanti. Perghhhhh lazaddd ! 😀

  16. najihah says:

    assalamualaikum. sis, kalo susu pekat ganti pakai santan /susu cair boleh ke?

  17. K says:

    Salam

    Kalau guna kobis panjang, lari tak rasa tomyam tuh ?

  18. Eyra Rosly says:

    As salam mama Qaireen, sy mohon izin utk share resepi ni di channel sy ye. Thanks❤

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge