Hubungan suami isteri bukannya untuk sehari, sebulan, setahun atau 10 tahun. Tetapi hubungan suami isteri sepatutnya kekal sehingga ke akhir hayat dan sehingga ke syurga Allah. Dalam perkahwinan, siapa yang nak bergaduh betul tak? Semua orang nak bahagia bersama pasangan masing – masing.

Tak de siapa pun nak bermasam muka. Oleh yang demikian, apa sebenarnya punca suami isteri bergaduh? Adakah salah satu disebabkan oleh Shaklee? Jom teruskan membaca..

 

punca suami isteri bergaduh

 

Ada beberapa sebab yang biasanya terjadi yang menyebabkan suami isteri ni selalu bergaduh.

4 Punca Suami Isteri Bergaduh

1) Duit

Kajian menunjukkan duit adalah sebab utama punca suami isteri bergaduh. Kenapa duit ni jadi begitu sensitif? Mana tidaknya, terus terang saya katakan, duit amat penting untuk kehidupan kita sekarang. Sekarang ni, semuanya perlukan duit. Nak masuk toilet pun kita kena bayar 30 sen.

Kalau anda pergi pasar basah dengan RM50, apa barang yang anda dapat? Ayam seekor pun dah melebihi Rm15. Tu baru ayam, belum sayur, buah, susu anak, hal rumah, kereta, berjalan.

Habis tu dapat gaji tak kan anda nak duduk rumah setiap hari? Anda pun mesti teringin nak bercuti.

Bila tengok orang lain pergi bercuti, makan – makan bersama family, shopping, kita mesti teringin juga kan?

Jangankan kata nak membeli belah, nak pergi ke pejabat pun kita kena isi minyak, nak balik rumah mak di kampung pun kena banyak pakai duit untuk minyak dan tol.

Kadang – kadang benda macam ni yang boleh buat pasangan tersebut bergaduh.

 

2) Kerja Rumah

Kerja rumah juga salah satu penyebab utama suami isteri boleh bergaduh. Sebab tu orang kata, “bila dah duduk satu rumah baru tahu perangai macam mana”.

Sebelum berkahwin semuanya nampak kemas dan teratur, bila dah kawin baru tahu. Isteri rupa – rupanya malas nak kemas rumah.

Suami pula seorang yang cincai, suka hati nak letak baju kotor merata -rata. Bila ini terjadi, tentunya akan menaikkan kemarahan pasangan. Maka pergaduhan pun akan berlaku, betul tak?

 

3) Mertua & Menantu

Bila anda dah berkahwin, anda bukan kahwin dengan pasangan anda sahaja. Tetapi anda juga “berkahwin” dengan keluarga pasangan anda. maka dengan itu, anda haruslah belajar untuk menyesuaikan diri dengan keluarga pasangan anda.

Sentiasa bersangka baik dan positif sentiasa. Kes yang paling teruk bila si isteri tinggal di rumah keluarga suami. Kadang – kadang si isteri ni tak boleh terima pendapat ibu mertua. Yang ibu mertua pula jenis nak dengar kata dia sahaja.

Oleh yang demikian si suami haruslah menggunakan 9 akal yang Allah berikan kepada mereka.

Bawa berbincang, lagi bagus duduk bertiga dan tanyakan apa masalah mereka. Kalau tidak makin melaratlah pergaduhan anda nanti.

Si suami mesti serba salah, kerana perlu menjaga hati ibu dan isteri. Bila dah stress, mulalah “angin” naik satu badan.

 

4) Hubungan Seksual

Orang melayu ni agak segan bila nak berkata – kata berkenaan hubungan seksual ni. Mungkin dah adat kita sebagai orang melayu, orang timur. Maka masing – masing jika ada masalah tak nak bawa berbincang.

Si suami yang ego tak pernah mengaku kesalahan diri sendiri. Si isteri pula yang tidak pernah puas dalam hubungan seksual terus menderita dan kegersangan. Sebab tu dalam Islam si suami perlu memberi nafkah zahir dan batin.

Kalau zahir cukup 100% tapi batin tidak sempurna, tak guna juga. Begitu juga sebaliknya, kalau batin sahaja yang bagus tetapi tak bekerja dan tidak menjalankan tugas sebagai seorang suami pun tidak boleh.

Suami perlu tahu tugas sebagai seorang suami. Zaman sekarang ni macam – macam cerita dan paling menakutkan terlalu banyak kes suami atau isteri curang.

Nauzubillah, minta dijauhkan semua ini. Oleh yang demikian, beringatlah sebelum terlambat.

>> 5 Tips Untuk Menyegarkan Kembali Suasana Ranjang Yang Dingin!

>> Suami “Tak Tahan Lama”

 

Tapi apa pula kaitan dengan Shaklee? Apehal pulak dengan Shaklee ni? ok saya sertakan Video saya bersama suami saya. Dulu sebelum saya buat shaklee saya selalu penat dan memang kadang – kadang hampir bergaduh sebab letih. Bukan sebab 4 punca di atas yang saya berikan tu ye. 😉

Perempuan ni hormon memang selalu tak stabil, especially bila period. Mood mula tak stabil dan cepat nak marah. Tambahan pula saya salah seorang ibu yang menyusu, lagilah letih.

Sebab ibu yang bekerja dan menyusukan anak ni perlu pam susu pada waktu malam untuk kumpul stok. Bila dah letih, macam mana nak pam? Lepas tu pula tidur tak lena, nak kena masak lagi, kerja di pejabat lagi “hebat”.

File tinggi mengalahkan Gunung Kinabalu. Tiada masa langsung untuk berehat. Bila dah penat dan stress, macam mana susu nak banyak keluar?

Jalan terbaik ialah dengan mengambil suplemen atau makanan tambahan. Sebelum itu, saksikan video ini 😉

 

 

Alhamdulillah lepas ambil Shaklee badan saya lebih bertenaga dan kurang letih. Set yang saya ambil ialah Set Menyusu yang mempunyai :

 

Set Menyusu Shaklee

Set Menyusu Shaklee (lengkap)

Vitalea ~ Memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.

B complex ~ Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus dan emosi lebih stabil

Vitamin C ~ Sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan sistem imunisasi badan

Alfalfa ~ Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu – ibu yang menyusu sangat mambantu mempercepatkan penghasilan susu ibu.

Isteri Imam Muda Hizbur (klik sini) pun ambil Set Menyusu Shaklee tau.

Alhamdulillah dengan Shaklee macam – macam perubahan yang terjadi. Kehidupan saya bersama suami dan keluarga betul – betul berubah.

Bukan sahaja lebih erat, malah kewangan kami juga agak stabil sekarang ni. Inilah #ShakleeEffect yang telah merubah 360 kehidupan kami.

Sayangilah pasangan anda sepenuh hati. Elakkan pergaduhan dan carilah kedamaian. Pergilah bercuti untuk mengembalikan saat – saat romantik anda berdua.

Sekiranya anda teringin berbisnes shaklee, saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

 

Berminat untuk mendapatkan barangan Shaklee, anda boleh hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 atau klik sahaja icon di bawah.

 

order-sekarang-juga

ATAU

Pengedar Shaklee dan Cod Shaklee Ipoh

 

 

Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

COD : KFC Medan Gopeng

Tagged with →  
Share →

8 Responses to Shaklee Punca Suami Isteri Bergaduh?

  1. Munzir says:

    Waahhhh ingat ape tadi menarik betul cerita puan

  2. lydzar says:

    Tu namanya gaduh2 sayang hehe

  3. Zulaikha says:

    Mantopla.

  4. Teringat pulak ade satu artikal tu tulis, macam mana si isteri nak muka manis kalau si isteri dah penat. Macam mana si suami nak ceriakan keluarga kalau otak duk serabut pikir duit tak tak cukup. Jadi memang kene atasi masalah macam ni

    • MamaQaireen MamaQaireen says:

      hehee, sebenarnya seseorang tu bermasam muka mesti sebab ada masalah kan? so kita mesti kena fokus kepada penyelesaian masalah dan bukanya fokus pada masalah kita. kalau fokus pada masalah, bertambah masalah lah hubungan suami isteri 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge