Pejam celik..pejam celik..dah masuk bulan Rejab ye..lepas ni Syaaban pula, lepas tu Ramadhan. Puasa tahun lepas banyak lagi tak ganti ni..Jom kta ganti puasa! Bagi ibu – ibu yang berjaya puasa penuh tahun lepas syukur Alhamdulillah..bestnye!!tp kalau nak puasa sunat untuk bulan ni pun boleh juga..bulan Rejab ni kalau kita dapat puasa sunat..banyak ganjaran pahala yang kita dapat.

Seperti biasa bila lepas pam susu atau semasa pam susu kita mesti merasa sangat dahaga dan laparkan..tapi selepas mama amalkan beberapa perkara ni, Alhamdulillah mama dapat atasinya..dahaga tu mestilah ada,tipulah kalau mama cakap langsung tak dahagakan..tapi tidaklah seteruk macam biasa.


Hari ni mama nak berkongsi serba sedikit cara mama amalkan puasa sewaktu menyusu dan serba sedikit cara kita mengambil Shaklee.


SAHUR 
1.Makan makanan berkhasiat.
2.Makan buah kurma
3.Minum air secukup

4.Ambil ESP + Performance Drink, B Com dan Alfalfa 2biji.

KETIKA BERBUKA PUASA 
1.Makan makanan seimbang 

2.Minum air longan kering (rebus sendiri) atau apa2 air yang anda rasa boleh menambahkan susu..pastikan jangan ambil ais!
3.Ambil Vitalea, Vit C dan Alfalfa 2 biji


SEBELUM TIDUR
1. Ambil ESP + Performance Drink
2. Amalakan mambaca surah Hujurat (banyakkan susu) dan Al-Waqiah (murah rezeki)

MEMERAH 
1.Perah pada waktu sahur
2.Perah pada waktu rehat di pejabat
3.Jika perlu lebihkan memerah pada malam hari

MIND SETTING 
1.Yakin boleh dan kawal emosi, elak dari stress
2.Kuatkan semnagat
3.Dapatkan sokongan



1) Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorng Islam. Gumpalkan nasi sebanyak tiga kali ketul. Baca surah Al-Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi surah Al-Ikhlas setiap kali anda makan seketul gumpalan nasi tadi.


2) Dah habis tiga gumpal tu makanlah seperti biasa. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, bacakan selawat satu kali dan makan sebiji buah kurma (ulang sehingga 7 kali bersamaan dengan 7 biji kurma).
 

3) Pastikan selepas berbuka sehingga bersahur banyakkan minum air masak. Letak botol di tepi katil untuk memudahkan kita minum setiap kali terjaga dari tidur.



Alhamdulillah rezeki untuk Qaireen 4oz (ebm ganti puasa)
 
 
Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge