1. Makan Makanan Seimbang

Pengambilan pelbagai jenis makanan mengikut panduan piramid makanan perlu ada bagi memastikan kesemua khasiat serta nutrien yang berguna dapat diambil bagi memastikan badan menyerap segala khasiat-khasiat tersebut.

Pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida.

 

2. Makan Perlahan-lahan

“MAKAN CEPAT!”, mungkin inilah perkataan yang kita sering dengar daripada ibubapa kita sewaktu kecil dulu. Mungkin kerana mereka tidak sabar menunggu kita menghabiskan makanan kita secepat yang mungkin.

Akan tetapi, kita tidak sedar bahawa makan makanan dengan perlahan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Ia boleh merangsang pengeluaran lebih banyak air liur yang mengandungi enzim emilase yang membantu menghancurkan dan menghadamkan makanan.

Makan perlahan-lahan membantu kita mengawal jumlah makanan yang masuk ke dalam perut. Ini penting bagi mereka yang hendak mengurangkan berat badan.

 

3. Susu Kacang Soya

 

Umum mengetahui kebaikan susu kacang soya. Kacang ajaib ini telah menjadi bahan tenusu yang baru, iaitu neo-protein untuk diet masakini.

Soya telah menjadi bahan utama dalam proses penurunan berat badan kontemporari bagi kedua – dua lelaki dan wanita. Antara sebabnya ialah kerana ia mempunyai index glycemic yang rendah, ini bermakna ia menghalang gula di dalam darah daripada meningkat secara cepat.

Soya juga merupakan sumber protein  rendah lemak yang membantu membina kandungan otot.

 

4. Buah-buahan

Buah-buahan merupakan satu keperluan bagi memastikan keperluan tubuh badan kita dipenuhi bagi memastikan kesihatan  tubuh badan kita terjaga dan diet yang seimbang.

Jus buah-buahan khususnya merupakan satu menu yang perlu ada di dalam menu pemakanan kita kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin yang baik untuk tubuh badan kita.

Contohnya jus epal banyak mengandungi megnesium, zat besi dan silikon, potasium, fosfor, sodium, kalsium, belerang, vitamin A, B dan C yang dapat menyembuhkan keradangan pada tubuh.

 

5. Kurma

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah.

Kurma merupakan antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Bayangkan hanya dengan memakan kurma sahaja, ia telah mencukupi untuk membekalkan kita tenaga untuk menjalani kehidupan seharian kita.

 

6. Daging

Daging juga merupakan satu keperluan untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita. tetapi, itu tidak bermakna kita boleh memakan dan memilih daging sesuka hati mengikut keperluan kita.

Seharusnya, kita perlu mengelak memakan daging yang boleh meningkatkan tekanan darah kita iaitu daging merah seperti daging lembu. Daging yang elok untuk kita makan bagi menjaga diet yang seimbang ialah daging putih seperti daging arnab dan kambing baka boer.

Walaupun begitu, kita perlu juga mengawal kuantiti daging yang diambil untuk diet yang seimbang.

 

7. Madu

Madu merupakan satu menu yang penting di dalam pemakanan kita kerana ia dapatmemenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga. Jika diamalkan minum madu setiap hari, ia akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup, terutamanya kepada mereka yang sedang berdiet.

Madu lebih elok jika digunakan untuk sampingan sarapan agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Bagi mereka yang mahu mengamalkan diet yang sihat, pengambilan madu adalah satu langkah yang bijak dan selamat.

 

8. Sayur-sayuran

Bagi sesetengah orang, sayur merupakan pilihan terakhir untuk menu pemakanan mereka. Ada juga yang sanggup mengetepikan sayur-sayuran yang terdapat di dalam hidangan mereka setiap kali mereka menjamu selera.

Walaupun begitu, sayur-sayuran merupakan satu hidangan yang popular dikalangan mereka yang ingin berdiet. Ada yang sanggup menjadi “vagetarian”, hanya memakan dan mengambil sayur di dalam hidangan mereka sedangkan mengamalkan diet seperti itu adalah tidak baik untuk kesihatan kita.

Sayur mengandungi kepelbagaian kandungan fitonutrien, kalium dan serat mempunyai manfaat tersendiri.

 

9. Bubur Gandum & Oat

 

Bubur Gandum & Oat mengandungi serat larut (soluble fiber) yang boleh menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) anda. Soluble fiber juga boleh ditemui pada makanan lain seperti kacang buncis, epal, buah pir, barli dan buah prun.

Serat yang larut diyakini mampu menurunkan penyerapan kolesterol dalam proses pencernaan anda. Mengambil 10 gram lebih serat larut setiap hari dapat menurunkan kadar LDL.

Setiap 1 ½ cawan oat yang anda makan mengandungi 6 gram serat. Jika anda tambahkan buah-buahan seperti pisang, anda menambah 4 gram lebih serat.


 

Tagged with →  
Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge