Jika anda mengalami masalah sukar hamil, anda perlulah terus berusaha dan berdoa kepada Allah SWT tanpa putus. Mungkin juga tips yang bakal saya kongsikan ini anda boleh cuba amalkannya. InsyaAllah saya yakin suatu hari nanti anda pasti mampu menimang cahaya mata anda juga akhirnya.

Baiklah, tips-tipsnya adalah seperti berikut :

Tips Cepat Hamil

Tips Cepat Hamil

5 Tips Cepat Dan Mudah Hamil

1: JANGAN sesekali dan elakkan merokok. Mungkin memang amat jarang kita lihat wanita merokok. Akan tetapi bagi kaum suami ianya adalah suatu kebiasaan. Menurut kajian sains, saintis telah mendapati kandungan rokok serta asap rokok boleh membunuh sel-sel sprema. Mungkin jika suami anda adalah seorang perokok tegar, inilah puncanya anda sukar hamil sebagai isteri.

Hentikan tabiat merokok serta bagi si isteri, jauhkan diri sama-sekali daripada asap rokok.

2: Kurangkan sterss dan tekanan perasaan. Semua sedia maklum zaman sekarang ini kita hidup dalam zaman penuh dengan cabaran. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang berkerjaya. Wanita yang mudah terdedah kepada tekanan setiap hari mampu menurunkan lagi kebarangkalian untuk hamil. Oleh itu, cuba tenangkan diri dalam sebarang keadaan dan banyakkan berzikir serta mengingati Tuhan.

3: Tingkatkan berat badan anda dengan makan lebih sedikit. Ya, memang betul apa yang saya katakan ini. Tapi janganlah sampai anda overweight pula ya. Hal ini kerana, bagi wanita yang terlampu kurus atau kurang berat badan, mereka akan mengalami gangguan kitaran haid yang normal.

Kesan langsungnya juga ialah hormon tidak cukup dirembeskan dan tubuh badan anda tidak ‘bersedia’ untuk berbadan dua. Oleh itu, tidak mengapa jika berat badan anda melebihi beberapa kilo sedikit daripada normal.

4: Ketahui dengan jelas kitaran haid anda. Anda perlulah faham dan tahu bilakah hari-hari subur anda. Dengan itu anda boleh tingkatkan kebarangkalian untuk hamil dengan meningkatkan kekerapanhubungan seks bersama suami ketika hari subur anda.

Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan menyediakan satu carta khas bagi mencatit hari dalam kitaran haid anda beberapa bulan. Dari situ, anda boleh meramal dan menjangka bilakan hari-hari subur anda untuk bulan-bulan seterusnya.

5: Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan mengambil supplement dengan betul. Sebenarnya, menurut kajian yang dibuat oleh Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh dinaikkan dengan pengambilan Multivitamin & Multimineral. Oleh itu, anda boleh mengamalkan Set Kesuburan Shaklee untuk membantu dalam kesuburan.

Lebih baik di amalkan oleh Suami & Isteri.

Isteri :

GLA Complex

Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Suami :
Zinc Complex
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.


Vitamin E
Terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Semoga anda berjaya dalam usaha anda untuk hamil melalui tips – tips yang telah saya kongsikan ini.

 

Jika berminat untuk dapatkan barangan Shaklee.

Hubungi saya  Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak :

Dilla Jalil | admin@mamaqaireen.com | 017-5657552 | No ID : 852451

 

Tagged with →  
Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge