Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita. Pernah tak anda alami? Selepas basuh rambut dengan shampoo, rambut anda akan menjadi kering dan mengembang seperti Hantu Kak Limah? Haa…jangan biarkan ye, nanti tak selera pula suami tengok isteri macam tu.

Anda pun mesti tak suka tengok rambut macam tu juga kan?  Kalau tak suka, apa kata anda amalkan tips meluruskan rambut dengan mudah yang akan saya kongsikan bersama ni.

Straight-Hair.

 

Seronokkan kalau dapat rambut cantik seperti model di atas. Cantik dan lurus je. Jangan terkejut kalau saya katakan, ramai yang sanggup berbelanja besar untuk merawat atau mencantikkan rambut di salun.

Tetapi tahukah anda?

Selain daripada kos yang tinggi, rawatan tersebut sebenarnya mempunyai banyak bahan kimia! Dalam jangka masa yang panjang, ia akan mendatangkan kesan sampingan. Sebab tu lepas buat rawatan rambut banyak gugur, kering dan macam – macam lagi masalah yang muncul.

Bahaya tau. So mulai hari ni apa kata kita luruskan rambut kita secara semulajadi. Jom baca info yang saya perolehi dari Mingguan Wanita ni.

5 Tips Meluruskan Rambut Secara Semulajadi

1) Kombinasi Santan & Jus Lemon

tips luruskan rambut

Campurkan secawan santan bersama setengah cawan jus lemon. Kemudian, sejukkan ramuan ini di dalam peti sejuk semalaman. Ramuan tersebut akan bertukar menjadi krim.

Sapukan pada rambut sehingga rata sambil mengurut kulit kepala. Bungkus dengan tuala atau shower cap selama sejam.

Bilas sehingga bersih. Lakukan petua ini seminggu dua kali, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

 

2) Limau Nipis

limau nipis

Masukkan setengah cawan pati santan bersama sedikit air suam dan air perahan limau nipis. Gaul sebati, jadikan ia sebagai perapi. Lakukan petua ini setiap hari sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

Malah limau nipis juga bagus untuk menghilangkan kelemumur dan gatal – gatal pada kulit kepala.

 

3) Susu Segar

fresh milk

Masukkan susu segar ke dalam botol penyembur. Kemudian semburkan pada rambut. Biar selama 20 hingga 30 minit.

Selepas itu, sikat rambut anda. Bilas rambut, cuci dengan syampu dan akhiri dengan penggunaan perapi. Lakukan sekerap yang mungkin.

 

4) Pisang & Betik

pisang n betil

Lenyek pisang masak dengan betik sehingga halus atau kisar sahaja kedua – dua bahan ini. Campurkan dua sudu madu. Sapukan ramuan ini pada rambut dan biarkan sehingga ia kering.

Bilas rambut sehingga bersih diikuti dengan pemakaian perapi. Selepas itu sikat rambut sehingga lurus, biarkan ia kering.

Elakkan mengikat rambut. Lakukan seminggu dua kali.

 

5) Tepung Gantum & Telur

tepung gandum n telur

Campurkan dua biji telur dan tepung gandum, gaul sehingga sebati. Basuh rambut, lap dengan tuala sehingga separuh kering.

Sapukan bancuhan tadi pada rambut, pastikan ia rata. Kemudian, sikat rambut sehingga lurus.

Biarkan selama 30 sehingga 40 minit, bilas sehingga bersih. amalkan petua ini dua kali seminggu.

 

Wah, tak susah rupanya nak lurus dan cantikkan rambut. Bila – bila masa pun kita boleh buat dirumah.

Untuk pengetahuan anda..

Rambut kita akan cantik, lurus, lebat dan hitam berkilat sekiranya sel – sel didalam tubuh badan kita sihat. Hanya ada satu cara sahaja untuk cantikkan sel dalam tubuh badan kita, dengan pengambilan protein yang mencukupi dalam badan.

Ini kerana, tugas utama protein adalah membaiki sel dalam badan. Sebab itu sesiapa yang mengalami masalah :

  • rambut gugur
  • rambut nipis
  • rambut bercabang
  • rambut lambat tumbuh
  • dan lain – lain

Semua ini disebabkan oleh kekurangan protein dalam tubuh badan anda.

Selain itu juga, kekurangan zinc juga akan menyebabkan folikel rambut menjadi lemah dan pertumbuhan semula rambut akan menjadi perlahan.

Sekiranya badan anda kekurangan zinc, maka ia tidak dapat mengaktifkan pembentukan dan perkembangan sel untuk menghasilkan rambut baru. Akibatnya rambut kita lambat tumbuh. Especially bagi mereka yang mengalami masalah hampir botak.

Dari Mana Nak Dapat Protein & Zinc Secara Semulajadi?

Anda hanya perlu mengamalkan ESP & Zinc Complex dari Shaklee sahaja. Perlu diingatkan bahawa, bukan semua protein dan zinc yang berada dipasaran sama seperti produk Shaklee. Shaklee adalah vitamin semulajadi dan tiada bahan kimia.

>> Bahaya Vitamin Sintetik (klik sini)

Selepas anda mengamalkan ESP & Zinc Complex dari Shaklee, tentunya rambut anda akan lebih cantik. Masalah kering dan mengembang seperti Hantu Kak Limah takkan terjadi lagi. 😉

esp-soy-protein

zinc-complex

Untuk mendapatkan kesan yang lebih memuaskan saya sarankan anda mengambil sekali dengan Vitalea & Revitalizing Shampoo.

Jika ESP tugasnya adalah membaiki sel, manakala Vitalea pula adalah seperti “makanan sel”. Untuk dapatkan sel – sel badan yang sihat, sel – sel kita perlu dapatkan nutrien yang sihat. Barulah ia dapat hasilkan rambut yang sihat dan cantik.

vita-lea

Jika anda sayangkan rambut dan badan anda, anda perlu menggunakan bahan pencuci tanpa bahan kimia, bebas SLS dan paraben. Jika anda terus menggunakan shampoo sebarangan, kulit kepala, rambut anda akan menjadi lebih teruk lagi. Pada masa yang sama juga bahan – bahan kimia ini boleh merosakkan organ dalaman tubuh badan anda.

Selain rambut mengembang, rambut anda juga akan mudah putus, bercabang, kering, gugur dan macam – macam lagi. Oleh itu, amalkan Revitalizing Shampoo.

revitalizing-shampoo

Rupa – rupanya nak cantik ni mudah saja kan? Amalkan pemakanan yang berkhasiat, jalani kehidupan yang lebih baik, lakukan aktiviti yang lebih kepada semulajadi dan macam – macam lagi.

Mulai sekarang, pastikan anda mengamalkan tips meluruskan rambut tersebut dan ambil Shaklee untuk menjaga kesihatan dalaman pula. Jika dalaman tidak dijaga, macam mana nak dapatkan hasil luaran yang menarik betul tak?

Jangan tunggu lama – lama lagi. Hubungi saya sekarang juga untuk menjaga sel – sel dalam tubuh badan anda. Bonusnya ambil ESP ni, kulit anda pun akan lebih putih dan licin tau. Bukan rambut je cantik, satu badan cantik 🙂

 

Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 sekarang juga. Atau anda boleh terus membuat pembelian di bawah melalui esell Shaklee.

 

order-sekarang-juga

ATAU

Pengedar Shaklee dan Cod Shaklee Ipoh

 

Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

Dilla Jalil (facebook)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat berbisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

Tagged with →  
Share →

2 Responses to Tips Meluruskan Rambut Yang Mengembang Macam Hantu Kak Limah

  1. AZENI AHMAD says:

    Saya dulu selalu buat guna limau kasturi ataupun limau nipis.
    Bau segar je rambut dan kurang kelumur.
    Best tak gatal kulit kepala dan rambut pun bersinar macam model.
    AZENI AHMAD menulis…Pendidikan Seks: 5 Cara Untuk IbuBapa Fahamkan Anak-AnakMy Profile

  2. MamaQaireen MamaQaireen says:

    Dulu masa study, saya pun suka letak limau nipis dekat kulit kepala. Selalu kawan yang tolong letakkan. Pastu kita pula letakkan utk dia..hehee, lepas basuh rambut mmg best sangat rasa. Rambut pun rasa lembut dan wangi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge