Siapa kata ibu yang tidak menyusukan bayi secara terus tidak boleh memberi susuibu sepenuhnya selama 2 tahun? Alhamdulillah ramai kawan mama berjaya menyusukan anak mereka selama 2 tahun hanya dengan pam susu sahaja. Apa2 pun mama mmg kagum sangat dengan mereka ni?
Tips Untuk Ibu Yang Mengepam Secara Eksklusif

 

Bukan nak cakap apa, mama yang menyusukan Qaireen secara direct pun kadang – kadang wujud juga perasaan malas tu..(heheee..alamak kantoi!! :P) tambahan pula sekarang ni Qaireen isap susu 2 x 2.5oz sahaja waktu siang. Tapi kalau anda
Ok mama nak kongsikan bersama beberapa tips untuk ibu yang mengepam secara eksklusif.

Tips Untuk Ibu Yang Mengepam Secara Eksklusif

(1) Jenis Pam Yang Sesuai


Agak subjektif sikit bila bercakap tentang pam yang sesuai. Masih ramai ibu exclusive pumper (EP) yang menggunakan pam manual sahaja.Tapi secara peribadi mama mencadangkan pada anda (jika ada rezeki lebih) investlah dalam pam yang mahal sikit. 

Lebih baik gunakan pam elektrik dan pada yang sama mama nasihatkan anda membuat double pumping. Contoh pam yang ada dipasaran seperti Ameda, Medela Freestyle, Spectra dan sebagainya.
Kenapa mama katakan begitu, ini kerana bila anda pam kiri dan kanan secara serentak, maka kedua – dua belah payudara akan mengeluarkan susu. Maka lebih cepat dan banyak kita dapat kumpul stok kan?


2) Mula Mengepam!


AWAS: Jika anda baru melahirkan anak, mulakan dengan memberikan bayi susu di payudara anda. Anda akan mendapati breast masih ‘kosong’ dan susu badan ‘tiada’. Sebenarnya ia sedang mengeluarkan cecair likat kolostrum yang tidak mengalir tapi keluar bila dihisap oleh bayi. Biar bayi anda hisap untuk meransang pengeluaran susu tersebut.

Kecuali kalau baby masuk SCN/NICU, susukan bayi anda sekerapnya.

Bagi ibu2 yang tidak dapat menyusukan bayi secara direct di awal kelahiran, anda perlu mengepam sebanyak 8-12 kali sehari, atau 2-3 jam skali dalam masa 24 jam untuk establish-kan supply susu ibu.
Anda boleh pam selama 15 minit (atau lebih, bila dah tak keluar susu lagi) dan akhiri dengan marmet (mengepam dengan tangan).

Kaedah Marmet dikatakan kaedah terbaik untuk mengosongkan payudara. Mengepam dan memerah menggunakan tangan (bersama2) adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengeluaran susu (bagi ibu EP).

Selain itu, ada lagi satu cara yang agak berkesan iaitu anda ‘membantu’ meransang payudara anda dengan cara anda gentel nipple anda selama beberapa minit. Biasanya selepas 1-2 minit susu akan mula keluar. Dengan cara ini ia memudahkan lagi untuk anda mengepam.


3) Nipple Cream


Lumrah bagi ibu yang menyusu akan merasa sakit pada bahagian puting susu, merekah, luka dan sebagainya. Terutama pada awal kelahiran, ini kerana setiap hari, siang malam kita pam susu atau cara hisapan bayi anda tidak betul. Jadi apa nak buat? Anda boleh guna nipple cream yang sesuai dan sapu selepas pam susu, bukan sebelumnya ye!!

Susu ibu juga boleh digunakan. sapukan susu ibu pada nipple dan biarkan kering. 


4) Menyimpan Susu Perahan


Stok susu adalah sangat penting kepada ibu EP, kerana itu sajalah sumber dan back-up yang ada untuk bayi. Kena ingat demand bayi kadang2 berubah, bila dia mengalami growth spurt, kurang sihat, mungkin mengurangkan/menambahkan permintaan dia terhadap susu.


So, untuk stok susu ibu boleh gunakan tips ini:
– tandakan tarikh dan masa mengepam pada botol susu : Supaya kita dapat tahu sampai bila kita boleh gunakan susu tersebut.

– tandakan kalau anda ada mengambil ubat pada hari2 tertentu : Misalnya 31/1/2012 ada demam & makan antibiotik. Tandakan yang anda ada ambil antibiotik, so di suatu hari bila baby minum susu yang tarikh 31/1/2012, dan kalau baby lain macam, mungkin sebab kandungan antibiotik dalam susu anda.

Itu contoh la.. kalau makan makanan2 yang pedas ke, berangin ke, tandakan juga.. so kalau baby lain macam bila minum susu tu, kita mungkin boleh suspect sebabnya.


5) Membersihkan Alatan Mengepam


Disebabkan penggunaan yang tegar, anda tak perlu nak basuh & sterile setiap kali lepas pam. Steril yang wajibnya masa mula2 beli pam & botol, sebelum guna kena steril dulu. Tapi lepas tu memadai cuci dengan pencuci yang sesuai (bebas fosfat, triclosan, etc!).

Dan untuk EP mom, boleh gunakan bekas kedap udara atau ziplock bag, then masukkan dalam fridge. Sebelum simpan lap dulu sisa2 susu.

Di pejabat, lepas pam anda simpan corong pam di dalam cooler beg sahaja.

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN:

  • Ponteng sesi mengepam. ohhh ini disaster! Jangan sesekali ponteng!!
  • Tak jaga makan minum
  • Pakai bra yang ketat
  • Tak cukup tidur
  • Stress
  • Ambil pil perancang yang kurangkan susu (noriday sahaja yang boleh ye!!)

TIPS MAKSIMUMKAN SUPPLY SUSU IBU:

  • Makan mengikut keperluan ibu menyusu, extra kalori, extra protein, extra kalsium, extra water, etc.
  • Rehat secukupnya
  • FIkiran positif
  • Mendapatkan supplement agar badan sentiasa fit
  • Buat urutan pada breast
  • Tengok muka/gambar baby & lahirkan perasaan sayang
  • Tuam payudara
  • Buat power pumping
  • Double pumping+marmet



Akhir sekali, dapatkan sokongan dari suami, keluarga dan rakan2 yang boleh terus memberikan motivasi. Ramai ibu EP yang berjaya menyusukan anak mereka sampai 2 tahun.. malah ada yang sampai 4 tahun, walaupun mereka bekerja!
 Set dalam fikiran kita SUSU AKU CUKUP UNTUK ANAK AKU.

Bayi yang minum susu ibu ni pada 6 bulan pertama sahaja mereka sangat kerap menyusu. Bila dah berusia 6 bulan keatas mereka dah mula kurang, lepas 1 tahun lagi kurang sebab mereka dah mula makan macam – macam.

InsyaAllah, teruskan pam dan berdoa kepada Allah. Anda mesti boleh! ^_^

BACA : Sweetnya Imam Muda Hizbur Belikan Set Menyusu Untuk Isteri Beliau

 

PAM SUSU

Terima Kasih Spectra 3..Luv U!!
(ni pam mama ke 4)


________________________________________________

***********

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak berbisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

Tagged with →  
Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge