Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, tentunya tercari2 mainan apakah yang sesuai untuk anak anda. Kadang2 bila pergi ke super market, nak pengsan tengok harga. Mainan entah apa2 harga melebihi RM100.

Bukan nak kedekut, tapi kalau mainan tu hanya boleh pakai untuk beberapa hari sahaja. Rasanya sangat tak berbaloi betul tak?

Baik cari mainan yang murah dan pada masa yang sama boleh tingkatkan kemahiran motor (motor skills) anak2 kita.

 

10704149_639422599508117_3857803616608432512_n

 

Tahukah anda, kemahiran motor kanak2 terbahagi kepada dua. Iaitu Kemahiran Motor Kasar Dan Kemahiran Motor Halus.

Kemahiran Motor Kasar

Pergerakan besar yang dilakukan menggunakan tangan, kaki, tapak kaki atau seluruh tubuh, contohnya merangkak, berlari dan melompat.

Kemahiran Motor Halus

Tindakan kecil yang melibatkan manipulasi seperti memegang objek dengan jari dan ibu jari.

Sebagai panduan, jadual perkembangan kemahiran motor bagi umur satu hingga dua tahun adalah disenarikan di bawah. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa anak anda adalah seseorang individu yang unik dan kemahiran motornya mungkin tidak tepat seperti yang tertera di dalam jadual.

table-kanak-kanak-kemahiran-motor

Credit : mypositiveparenting

Kebetulan anak no2 saya Hasya dah berusia dua tahun. Tapi Hasya ni jarang main mainan. Paling “bagus” setiap kali pergi mana2 dia tak pernah minta pun nak mainan. Kami dengan senang hati lalu depan tempat mainan tu, tapi dia sikit pun tak menangis dan minta.

Macam pelik juga kan? Kalau kakak dia..kami memang lari dari kawasan tu. Kalau tak beli, siap buat drama merajuk tak mau jalan.

Mula2 saya risau gak, sebab saya rasa Hasya ni macam kurang “motor skills”. Tapi bila fikir balik, dia merangkak sehingga berusia 1 tahun 3 bulan. Lepas tu dekat rumah dia memang suka main panjat2. Panjat kerusi, meja, terlanggar bucu, terperangkap dalam bakul besar dan macam2 aktiviti fizikal yang dia suka buat. Paling dia suka aktiviti luar rumah.

Cumanya, biasalah kan…mama ni memang macam2 hal perangainye..hehe. Actually perasaan takut ni muncul, sebab saya rasa Hasya terlalu banyak terdedah dengan iPad dan Phone. Bila kakak dia pergi school, dia pula sambung tengok Hi5 atau apa2 muzik dekat iPad. Mama rasa Hasya macam kurang “kemahiran motor halus”.

Sekarang ni, hampir 80% kanak2 tak pandai menulis dan pegang pensil. Bila menulis lama sikit mereka akan rasa penat. Takut pula dengar kan? Nak bagi main iPad tak salah. Yang salahnya tiap2 hari mengadap tu je..betul tak?

Saya pun ambil keputusan untuk membeli mainan untuk Hasya. Sambil bermain, saya boleh mengasah motor skills dia. Yang penting mainan tu semuanye murah. Tak payah nak beli mahal2. Buang duit je kan (ok mama mengaku memang kedekut) 😉

11951778_10153746218668814_4559202343133605394_n

 

Barang2 ni saya beli dekat Mr. DIY je. Memang murah.

Selain daripada barang2 yang saya beli ni, saya juga guna cawan, mangkuk dan sudu daripada Ikea. Saya memang beli satu set untuk mereka makan. Nak bermain pun tak jadi masalah. Lepas main, kita basuh lah bersih2 dengan Dish Wash (pencuci 100% semulajadi tanpa bahan kimia).

kalas-set-kutleri-keping-pelbagai-warna__0212517_PE319457_S4

Comel kan set makanan dan minuman ni. Tak risau nak pecah atau rosak. Kalau anak tengah tantrum nak campak pinggan pun ibu2 tak perlu risau..hahaha..

Selain tu, saya juga sediakan kotak2 dan botol2 lama Shaklee yang kosong untuk anak2 saya bermain. Kotak besar tu mereka jadikan motor, kereta, train, bot dan macam2 lagi. Ni sebahagian kotak yang ada di rumah saya.

kemahiran motor / motor skills

Botol pula mereka memang suka susun tingkat2. Menara lah konon2nye, biarlah apa pun yang mereka fikirkan. Hasya pula suka jadikan botol2 tu tempat duduk dia, idak pun konon2 dia bawa motor..heeee…

 

BACA : IQ Kanak – Kanak Tinggi Bila Rapat Dengan Ayah?

 

Selain daripada tu, anda juga boleh cuba pelbagai mainan seperti gambar di bawah. Layari Play Ideas untuk mencari pelbagai idea2 yang menarik untuk anak2 anda.

15-super-simple-fine-motor-skills-games

 

Aktiviti pertama Hasya, Alhamdulillah dia suka. Nak tergelak pula tengok video ni. Kita nak dia fokus, ni sambil masukkan dawai tu..dia boleh bersembang pula dengan kita..hahahaha..

 

Mulut bising macam mama dia juga..opsss!

5 Aktiviti Yang Murah Dan Seronok Untuk Tingkatkan Kemahiran Motor Anak Kecil

Zaman sekarang, permainan kanak -kanak tidak lagi melibatkan aktiviti fine motor. Sebagai contoh betapa kita berebut dengan adik beradik nak letupkan kalau terjumpa plastik di atas tin biskut ada gelembung (pop).

Permainan seperti congkak, batu seremban juga antara aktiviti menguatkan jari jemari mereka.

Bermain kapal terbang kertas juga sebahagian latihan untuk memegang pensil dengan betul (dengan cara memegang kapal terbang tersebut).

Jadi sini saya kongsikan sedikit aktiviti Qaireen masa kecil dulu untuk rujukan bersama. Sharing is caring gittew 😉

1. Susun Barang

kemahiran motor / motor skills

Qaireen suka susun apa sahaja barang yang ada dalam rumah.

 

2. Pengepit baju

kemahiran motor / motor skills

Qaireen cakap, yang panjang tu ais krim, yang pendek ayam goreng..ok….mama layan kan aje.

 

3. Minta anak kopek kertas sticker kecil.

kemahiran motor / motor skills

Yang ni betul2 menguji kesabaran mama, dan meningkatkan motor skills anak kita. So nak marah atau biarkan je? Ok, mama dah serba salah sekarang.

 

4. Bermain dengan pasir

kemahiran motor / motor skills

Bila balik kampung, jumpe dengan sepupu dan sepapat. Tak payah nak main iPad bagai. Sila main masak2 dengan kuali dan senduk 😉

 

5. Bermain dengan tanah liat

kemahiran motor / motor skills

Qaireen cakap ini baba, mama, Qaireen, Hasya dan baby…….erk?

 

5 Aktiviti Luar Yang Seronok Untuk Tingkatkan Kemaniran Motor Anak Kecil

Bermain adalah komponen penting dalam perkembangan kemahiran motor anak anda kerana ia membantu anak anda mengembang dan menguasai fungsi badannya.

Untuk membantu anak anda mengembangkan kemahiran motornya, anda boleh menggunakan permainan sebagai ransangan untuk melatihnya menggunakan otot, contohnya seperti bermain kejar-kejar, menyusun blok, membuat susun suai gambar, dll.

Tidak tahu bagaimana hendak mula? Berikut adalah beberapa tip untuk anda memulakannya:

Pergi Ke Taman Permainan

Anak anda boleh berlatih kemahiran fizikal yang berlainan seperti memanjat dan turun naik tangga. Anda boleh juga bermain permainan bersamanya seperti Follow the Leader atau mengajar dia cara bermain buaian.

Berjalan Di Luar

Bawa dia mengembara berjalan kaki atau berjalan-jalan di taman. Anda boleh berpurapura menjadi binatang yang berbeza-beza (contohnya, melompat seperti seekor arnab, melompat seperti seekor kanggaru), main kejar-kejar, atau bermain dengan bola.

Balapan Berhalang

Buat balapan berhalang anda sendiri (sama ada di dalam atau luar rumah) untuk dia berlari, melompat, memanjat, merangkak, dll.

Tambahkan sedikit keseronokkan; anda boleh berpura-pura menjadi naga menghembus api yang akan ‘memakannya’ jika dia berdiri, dan untuk melepaskan diri, dia terpaksa merangkak dari satu bahagian ke bahagian lain di dalam bilik tidurnya. Permainan ini menyeronokkan bagi seisi keluarga!

Menunggang Basikal Roda Tiga

Ini membantu dia mengembangkan pergerakan, koordinasi, dan imbangan duduk yang lebih baik. Anda boleh ikut bersamanya dengan menunggang basikal anda sendiri, atau berjoging sambil menemaninya.

Membuat Kerja-Kerja Rumah Yang Mudah

Biarkan anak anda makan sendiri dan libatkan dia dalam membantu melakukan kerja-kerja penyediaan makanan yang mudah. Jika dia tertumpahkan makanan, tunjukkan cara untuk membersihkannya.

Biarkan dia membantu kerja-kerja harian anda – ini bukan sahaja memperbaiki kemahiran motornya tetapi interaksi juga membantu kemahiran bahasanya.

Yang paling penting, setiap masa yang diluangkan bersama anak anda bukan sahaja mampu memberi manfaat kepada kemahiran motornya, ia juga akan merapatkan hubungan anda sebagai sebuah keluarga!

Ini adalah pengalaman dan cara saya mendidik anak2. Jika ada yang terasa, saya minta maaf. Tiada niat nak menunjuk2 atau mengajar ibu bapa lain. Niat saya hanyalah untuk berkongsi kepada semua. Doa saya, semoga anak2 kita menjadi anak yang soleh, solehah dan bijak pandai. InsyaAllah 🙂

 

**********

Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!

 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

Dilla Jalil (facebook)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

Tagged with →  
Share →

3 Responses to 10 Permainan Untuk Tingkatkan Kemahiran Motor Anak Kecil Dengan Mainan Murah Sahaja

  1. Azeni Ahmad says:

    Takperlu nak install aplication kat dalam tab untuk mainan kanak-kanak..
    Apa yang ada sekeliling kita ataupun dalam pun boleh buat mainan dan boleh mengerakkan kemahiran/skill..
    Azeni Ahmad menulis…Cara Redeem Point Kad Kredit Untuk Dapatkan Perkakasan RumahMy Profile

  2. Slalu g mr diy tgk rak mainan budak kosongg ajaa. Klip kertas tu untuk buat apa ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge