Assalamualaikum.
Masih belum terlambat lagi jika saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Raya kan 30 hari..hehee. Saya ni memang banyak kenangan di hari raya. Tapi dalam banyak2 kenangan, kenangan bersalinkan Hasya yang saya tak dapat lupakan.
Saya bersalinkan Hasya pada 23hb Ogos 2013 dan jatuh pada hari raya ke 16. Kiranya saya sempatlah belasah semua rendang, lemang dan minum ais batu time raya, hehee.
Tapi sepanjang hari raya tu, keperluan barang bersalin yang nak dibawa ke hospital memang dah ada ajelah dalam kereta. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan gittew.
Ok tak mau buang masa, saya nak cite sikit apa barang2 yang saya bawa ke hospital dan bakal2 ibu ni perlu buat bila kandungan dah masuk 36 weeks. 36 weeks ni kiranya baby tu dah cukup 9 bulan lah. So dari 36 weeks sehingga 40 weeks, bila2 masa je baby tu boleh keluar.
Bagi mereka yang hamil untuk kali pertama, nasihat saya. Cukup je 36 weeks, sediakan semuanya. Kalau boleh biar cukup dan barang2 semua dah ada dalam beg dan diletakkan di dalam kereta. So apa2 hal senang, terus ke hospital sahaja. Especially yg mana ada kes GDM atau tekanan darah tinggi ketika hamil.
Apakah Barang Bersalin Yang Nak Dibawa Ke Hospital ?
11 Barang Keperluan Ibu :
1.0 Buku merah
Senang untuk pihak hospital membuat semakan.
2.0 Maternity Pad
Jika anda bersalin di hospital kerajaan anda perlu beli pad bertali. Rasanya jenama Kotex ada jual pad bertali. Tetapi kalau anda bersalin di hospital swasta anda boleh guna apa2 jenis pad pun tak kisah. Cumanya saya cadangkan anda beli Maternity Pad jenama Pureen.Saya guna yang ni, lebih lembut dan selesa bila dipakai. Especially bagi ibu yang melahirkan bayi secara normal. Jahitan belum kering lagi…..
3.0 Kain Batik, Baju Menyusu dan Tudung
Anda boleh bawa 2 helai kain batik dan 2 helai baju menyusu. Sebabnye anda tidak pasti berapa lama anda akan berada di dalam hospital. So lebih baik bawa lebih, lebih mudah betul tak?
Tudung bawalah yang ceria sikit. Nanti nak pakai bila keluar dari hospital 😉
4.0 Stokin & Sweater
Lepas bersalin, minta tolong nurse atau sesiapa pakaikan stokin. Takut sejuk dan masuk angin pula nanti. Jika di dalam wad terlalu sejuk anda boleh gunakan sweater.
5.0 Selipar
Untuk memudahkan ke toilet atau mandi. Jangan bawa selipar yang berkulit. Kalau yang jenis kulit tu, nanti lambat pula nak kering. Sebabnya lepas bersalin 24jam kita akan pakai stokin, nanti basah pula stokin anda.Cari selipar seperti gambar di atas. Lebih memudahkan untuk anda nak bergerak, ibu lepas bersalin kan kena pakai stokin. So kalau guna selipar macam ni, anda boleh main sarung je selipar tersebut. Mudahkan?
6.0 Tuala Mandi, Sabun Mandi, Berus Gigi, Ubat Gigi & Pencuci Muka
Jika anda di hospital kerajaan anda perlu bawa sendiri. Pihak hospital tidak menyediakan semua ini untuk pesakit. Hospital swasta pula, terpulang pada anda. Nak guna yang sendiri punya atau guna yang hospital bagi.
8.0 Seluar Dalam & Nursing Bra
Bawa seluar dalam yang selesa dan sedikit besar. Lepas bersalin perut kita belum surut lagi, nanti tak selesa pula nak pakai.
Nursing bra pula untuk memudahkan anda untuk menyusu. Pastikan anda beli cup yang besar sikit. Breast anda akan membengkak selepas 3 hari bersalin 😉
7.0 Buah Kurma
Macam saya dulu, saya ambil sebelum masuk ke labour room. At least kita ada tenaga sikit untuk push. Sebelum makan, selawat 3x.
8.0 Set Bersalin
Macam saya, memang mengamalkan Shaklee. So saya dah siap2 bawa Set Bersalin ini. Senang boleh diambil sebaik sahaja selepas bersalin. Untuk memberi tenaga dan memudahkan sesi penyusuan. Saya boleh terus mengambil ESP selepas masuk ke dalam wad.
Gambar ni hari ke dua saya di hospital. Saya bersalinkan Hasya hari Jumaat jam 2.09pm. Lepas bersalin terus ambil Vitamin C dan Zinc.
Esoknya hari Sabtu saya ambil Mighty 3 Gems.
9.0 Termos, Roti, Biskut atau Sebarang Minuman Bermalta
At least tengah malam kalau lapar, anda boleh buat milo dan makan dengan roti. Ibu menyusu ni memang lapar saja kerjanya. 🙂
10.0 Beg Plastik Besar dan Kecil
Beg plastik besar untuk letak baju2 kotor. Beg plastik kecil pula untuk letak kain, seluar dalam yang terkena darah nifas.
11.0 Minyak Angin
Biasanya anda akan guna selepas mandi di Hospital. Saya dulu guna Minyak Herbanika NR. Lepas mandi saya akan sapu di dahi, lengan, betis dan tapak kaki sebelum pakai stokin. Best sangat bau minyak ni.
Kalau sejuk waktu malam, sapu lebih sikit di paha dan betis.
Barangan Tambahan
- HP
- Charger
- Bantal
11 Barang Keperluan Bayi :
1.0 Diaper
Kalau nak beli yang new born jangan beli banyak sangat. Baby ni cepat membesar. Nanti membazir pula. Beli yang paling sikit dulu, sebabnye pihak hospital suka bagi goodies bag. So dalam tu biasanye mesti ada diaper untuk baby.
2.0 Baju & Seluar
2 pasang – Kalau boleh bawak Baju lengan pendek sepasang dan lengan panjang sepasang. Sebab anda tidak tahu bila anda akan keluar hospital. Seluar yang mana-mana pun boleh. Untuk langkah berjaga2 lebih baik sediakan lebih baju baby.
3.0 Barut
4 helai – Mana tahu nanti baby buang najis sampai terkena barut..hehee. Ni perkara biasa tau. Comel kan? 😉
4.0 Selimut atau Kain Bedung
2 helai – Biasanya akan digunakan bila nak keluar dari hospital. Anda boleh beli yang dah siap tutup kepala atau anda boleh buat sendiri dengan menggunakan kain cotton jenis flannel. Kain ni lebih lembut dan tidak panas. Boleh beli yang dah siap berjahit melalui online atau boleh jahit sendiri.
Ni kain bedung saya buat sendiri. Saya dulu beli kain di Nagoya (dekat Kamdar, Jakel pun ada) dan buat sendiri dengan ukuran 1m x 1m. Memang besar dan siap boleh tutup kepala baby lagi.
5.0 Tuala Mandi
2 helai – Biasanya nurse akan mandikan baby kita. Tapi tak pe, bawa je..manalah tahu kot2 nak guna. Biar lebih, jangan kurang betul tak?
6.0 Tuala Kecil
2 helai – Senang anda nak lap mulut baby. Lebihan susu atau pun baby muak..hehee. Ni perkara biasa ye bila dah jadi mak2. Bau masam muntah memang sentiasa ada di baju kita 😉
7.0 Lampin
2 helai – Kadang2 guna, kadang2 tak guna. Tapi tak pe, bawa je. Biasanya akan digunakan untuk baby yang lambat buang air kecil. So bagi memudahkan anda nak tahu baby sudah membuang atau tidak. Nurse akan suruh anda pakaikan lampin.
Qaireen dulu dah lebih 12jam tak buang air kecil lagi tau. Berak pun lambat, lebih 24jam tak berak2 lagi. Hasya paling mudah. Rasanya tak sampai 5 jam, dia dah siap selesaikan kedua2nya sekali 😉
8.0 Tisu Basah
Nasihat saya bawa je yang besar. Yang ada 100 keping tu. Pengalaman saya sendiri, masa Qaireen dulu hampir nak habis tisu basah yang 30 keping tu saya guna untuk basuh najis dia. Masa tu baru 1st time basuh berak baby, manalah saya tahu? Nak basuh dekat singki lagi lah tak reti. So habis tisu basah tu saya guna. Sampai ke tangan2 saya pun penuh dengan poo poo Qaireen. Ahaks!
Tapi time Hasya, 3 keping tisu basah je saya guna…biasalah, anak ke dua. Pengalaman dah ada 😉
9.0 Stokin & Sarung Tangan
2 pasang – Lepas nurse dah bagi baby dekat anda, anda dah boleh sarungkan tangan baby. Biasanya kuku baby baru lahir ni boleh tahan panjangnya. Nanti habis bercalar muka baby yang comel tu.
10.0 Minyak telun
Saje bawa, apa2 hal senang. Kot2 baby kembung ke.
11.0 Topi
1 helai – Nak balik rumah boleh guna topi. Nak balik mestilah kena comel2 sikit, betul tak?
BACA : Cara Meneran Dengan Betul Supaya Tak Terkoyak Besar
Inilah serba sedikit senarai barang bersalin yang nak dibawa ke hospital yang perlu anda siapkan. Kalau dah contraction baru nak siap, alamatnye memang tak siaplah. So untuk kesenangan anda dan juga suami (suami kadang2 terover darah gemuruh..hehe) baik anda siap2 seawal 36 minggu.
Sharing Is Caring
Jika anda rasa info yang saya kongsikan ini memberi manfaat kepada anda dan mungkin kepada rakan dan saudara anda. Sila2 lah share artikel ini di media sosial. Mungkin ada diantara kenalan anda memerlukan.
_____________________________________________
*******
Ingin membuat pembelian? Anda boleh hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 atau klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.
ATAU
Pengedar Sah Shaklee : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
dillajalil@gmail.com (e-mail)
Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)
Persiapan untuk bersalin memang seeloknya disiapkan lebih awal. Pengalaman saya dulu menyiapkan keperluan bersalin seawal masuk 7 bulan. Sangat begitu teruja dengan selalu membawa keperluan bersalin ini kemana sahaja saya bepergian.
nila anggraini menulis…Elakkan Makan Berlebihan Di Musim Perayaan Agar Tetap Sihat
wahhh..lagi awal, 7 bulan dah siap 😉
biasanya anak pertama mmg excited,
masuk anak no 2 ibu2 ni ok sikit..hehee
sy semua da standby..tp barang x siap kan dlm 1 beg..siap packing utk wat blik kg jek.. nmpk gya sabtu nie kena re-packing balik la..
Harap2 ank mummy n jgn kuar awal sgt k.. bg mummy beraya 1 hri pon jd la..hihihi
Tq sis. info best ni. boleh la start prepare beg bwk gi spital 🙂
Semoga dipermudahkan urusan untuk kelahiran bayi mu 🙂
Sangat berguna.walaupun anak ke-2 tapi mcm nak bsalin anak pertama juga.berdebar Tp excited.terima kasih utk info yg sgt berguna 🙂
terima kasih atas perkongsian ilmu sis. semoga bermanfaat kepada para ibu ayah yang 1st time nak menyambut orang baru.
https://web.facebook.com/thephotolicious/ . jom singgah tengok fb wall kami ye.
Tq sis di atas perkongsian ilmu nih.. walaupun nih anak no 4, tp kdg2 kita akan terluper sbb jarak 4 tahun.. hihi tx again..
da 37 minggu da ni..baru siap packing bju dlm beg..hihi..
Banyak juga barang nak kena bawa semua ni..besar jugak la beg saya bila packing nanti. Tq share ye.
Terima kasih kerana berkongsi maklumat..