Ramai ibu – ibu yang masih dalam pantang dah mula kumpul stok susu ibu atau EBM (expressed breast milk). Tahniah kepada anda kerana anda begitu mengambil berat tentang keperluan bayi anda. Kebiasaannya ibu – ibu mula resah bila dah mula nak masuk kerja. Bayi kecil lagi, tapi kuat menyusu. Umur baru 3 bulan, sekali minum 4oz. Kalau umur dah 6 bulan, 9 bulan, 1 tahun, berapa oz pula bayi ni akan minum? Boleh ke aku menyusukan anak aku sehingga 2 tahun ni?

Bertenang! Jangan risau, dulu masa anak pertama pun saya mula kumpul stok susu ibu di saat – saat akhir juga. Tapi Alhamdulillah berjaya susukan anak saya melebihi 2 tahun.

Apakah rahsia saya?

 

messy_baby

 

Apa yang saya buat sehingga saya berjaya dengan mudahnya mengumpul stok susu ibu untuk anak saya? Teruskan membaca artikel ni. 😉

Ada pelbagai cara yang anda boleh lakukan. Tapi kena ingat tau..perkara asas Supply & Demand tak boleh tinggal. Lagi banyak kita keluarkan susu dari payudara, maka lebih banyak lagi susu dapat dihasilkan. Ini kerana susu mempunyai feedback inhibitor of lactation (FIL). FIL ni adalah faktor yang menghalang penyusuan. Maknanya bila payudara dipenuhi susu, FIL ni akan keluar. Kalau payudara kita “kosong” FIL akan berkurangan. Bila kurang, maka makin cepatlah susu dapat dihasilkan.

5 Cara Mudah Kumpul Stok Susu Ibu Dengan Cepat

1) Tandem Nursing & Pumping

tendem nursing and nursing

Jika anda lihat pada gambar diatas, sebelah kita menyusukan bayi kita, sebelah lagi kita pam. Kenapa kita perlu buat macam tu? Anda perasan tak bila anda tengah menyusukan bayi anda, payudara sebelah lagi akan mengeluarkan sedikit susu. Betul tak?

  1. Daripada susu tu membazir macam tu sahaja, lebih baik anda tadah dan simpan untuk buat stok. Biarlah hanya dapat 1 atau 2 oz sekali pun. Siapa nak bagi banyak tu, betul tak?
  2. Hisapan bayi adalah ransangan yang terbaik untuk payudara anda. Bila bayi anda sedang menghisap susu, secara tidak langsung bayi anda telah meransang payudara anda. Maka dengan itu, susu lebih mudah dikeluarkan atau lebih mudah untuk menghasilkan “Let Down Reflex (LDR)

Apakah itu LDR? LDR terjadi disebabkan oleh hormon. Bila anda menyusukan bayi anda, anda boleh merasa satu denyutan pada payudara anda dan dengan secara tiba – tiba susu anda akan terkeluar dengan banyaknya. Itulah dia LDR.

 

2) Pam Mengikut Jadual

Sekiranya anda bekerja, anda wajib pam susu setiap 3 jam sekali! Tapi kalau duduk dirumah bersama – sama dengan anak macam mana pula nak pam? Anak asyik mengempeng je. Jangan risau, anda masih boleh pam dengan bahagianya 🙂

Anda boleh cuba cara ni, cara ni memang saya selalu buat. Cuma agak berlainan dengan orang lain.

Saya bagi contoh :

  • Jam 8am anda beri bayi anda isap susu – Payudara Kanan
  • Jam 10am anda beri bayi anda susu – Payudara Kanan Juga!

Selepas selesai susukan bayi anda, anda pam. Makan dengan itu InsyaAllah anda akan dapat hasil seperti gambar di bawah.

ebm utk hasya

Sebelah saya dapa tak sampai 1oz, sebelah lagi saya dapat 5oz.

3) Pam Pada Waktu Malam

Jika bayi anda jenis malam memang tidur lama, silalah pam! Jika bayi anda jenis tidurnya  sekejap – sekejap, makan anda perlu menggunakan kaedah No. 1 atau No. 2 tadi. Anda kena disiplin, jika anda malas untuk pam susu, stok susu anda memang tidak akan cukup untuk bayi anda.

Lagi satu, kenapa kita kena pam waktu malam? Waktu malam kadar hormon prolaktin dalam tubuh kita lebih tinggi berbanding waktu siang. Sebab apa? Sebab waktu malam kita lebih tenang berbanding waktu siang.

2 Perkara Penting  :

  1. Anda perlu tenang ~ ini kerana, apabila anda stress. Hormon stress akan menghalang pengeluaran hormon oksitosin.
  2. Peringatan : Jangan biar payudara anda betul – betul penuh sehingga 4 atau 6 jam baru pam. Itu konsep yang SALAH!

 

4) Kumpul EBM

Ada sesetangah orang sedih bila pam susu hanya dapat 2oz sahaja. Apa yang ingin saya katakan ialah, bersyukurlah dengan apa yang Allah berikan kepada kita dan anak kita. Cuba bayangkan jika 1 hari tiba – tiba susu kita terus kering, apa yang kita boleh buat? lagi sedih kan?

Kita pam dari pagi hingga malam, EBM seharian tu kita boleh campur. Tapi kena ingat! Suhu EBM pada waktu pagi dan malam kena sama, barulah EBM tersebut boleh dicampurkan sekali. Nanti rosak pula EBM anda. Sebab, EBM yang baru dipam sedikit panas. EBM yang pagi tu dah lama dalam peti ais, so suhu EBM tersebut sudah sejuk.

 

5) Disiplin & Berhati Kental

Apa sahaja yang anda buat, anda kena disiplin. Ikut jadual pam susu. Hati pun kena kental juga. Peduli dengan apa yang orang akan cakap, Set dalam kepala kita “SUSU AKU CUKUP UNTUK ANAK AKU!”

Tak susah sebenarnya nak kumpul stok susu (EBM) ni kan? Nak atau tak nak sahaja sekarang ni. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri.

 

Tahukah Anda, Sekiranya…

Sekiranya anda sering penat dan tak larat nak bangun malam, ambillah makanan tambahan untuk bagi tenaga. Tahu tak? Kadang – kadang susu kita jadi kurang sebab kita terlalu penat. Bila penat kita akan jadi malas nak pam susu waktu malam. Cuba anda fikirkan balik, betapa ruginya anda tidak pam susu waktu malam. Anda memilih untuk tidur dengan lena daripada mencari cara mudah kumpul stok susu ibu.

Saya faham, semua benda kita nak kena buat. Kemas rumah, masak, jaga anak, uruskan pakai baju suami dan anak – anak, kerja di pejabat, bisnes dan macam – macam lagi, Saya juga faham apa yang anda rasa sebab saya juga seorang ibu yang kena buat semua benda tu. Tapi saya tidak biarkan itu semua menjadi penghalang untuk saya susukan anak saya sehingga 2 tahun.

 

Kalau tak percaya, sila tonton Video saya ni sehingga habis.

Saya buat khas untuk tatapan ibu -ibu menyusu yang supermom!

Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

Saya seorang Peer Conselor Laktasi di Ipoh, Perak. Saya sentiasa sibuk dengan urusan di pejabat, di rumah dan saya selalu keluar untuk membantu ibu – ibu menyusu. Jadi saya memerlukan lebih banyak tenaga. Alhamdulillah dengan Set Penyusuan Shaklee, segala – galanya berubah.

Badan saya lebih cergas, saya bertenaga, saya ceria dan dapat kumpul dengan mudah stok susu ibu. Apakah hebatnya Set Penyusuan Susu Ibu dari Shaklee ni?

Set Menyusu Shaklee

 

Vitalea ~ Memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.

B complex ~ Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus dan emosi lebih stabil

Vitamin C ~ Sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan sistem imunisasi badan

Alfalfa ~ Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu – ibu yang menyusu sangat mambantu mempercepatkan penghasilan susu ibu.

 

>> Isteri Imam Muda Hizbur (klik sini) pun ambil Set Menyusu Shaklee tau.

 

Anda ada masalah berkaitan dengan penyusuan? Anda boleh hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552

Saya sedia membantu anda, saya juga boleh datang ke rumah untuk mengajar teknik – teknik penyusuan dengan betul dan cara penyimpanan EBM dengan betul. Semuanya FOC.

 

Berminat untuk mendapatkan barangan Shaklee, boleh Call atau WhatsApp saya Dilla Jalil 017-5657552 atau klik sahaja icon di bawah.

 

order-sekarang-juga

ATAU

Pengedar Shaklee dan Cod Shaklee Ipoh

 

Anda nak buat berbisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

Dilla Jalil (facebook)

COD : KFC Medan Gopeng

Tagged with →  
Share →

3 Responses to 5 Cara Mudah Kumpul Stok Susu Ibu Untuk Anak Kuat Menyusu

  1. maz jamal says:

    3 minggu lagi dah nk masuk kerja…info yg sgt bermanfaat,thanks..
    maz jamal menulis…7 Sebab Suami Perlu Menemani Isteri Semasa BersalinMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge