Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Melayan dan menjaga anak2 bagaikan menatang minyak yang penuh. Namun, perkara yang tidak diingini kadang2 terjadi juga. Walhal, anak ada depan mata je ni, dengan tiba2 sahaja mereka boleh jatuh. Sepantas kilat mereka bergerak.

Oleh itu, apa yang perlu anda buat bila bayi jatuh katil sehingga tidak sedarkan diri atau menangis tidak henti2?

bayi jatuh katil

 

Hari ni saya akan share serba sedikit beberapa tips berguna untuk kita semua. Saya dapat dari Majalah Mingguan Wanita. Kebetulan anak saya Hasya pun selalu jatuh bila bermain. Biasalah kadang2 lari laju sangat sampai “tak jejak tanah”.

Kadang tu pula sebab seronok main panjat2 dan melompat. Tak kan saya nak halang semua pergerakan dia betul tak? Biasalah budak2.

Jatuh2 sikit tu ok lagi, tapi kalau dah sampai tak sedar diri segeralah bawa ke hospital. Especially untuk bayi yang berusia bawah 2 tahun.  Sebab mereka masih kecil lagi dan sangat mudah mengalami kecederaan kepala serta pendarahan dalaman.

5 Langkah Apa Perlu Buat Bila Bayi Jatuh Katil

1.0 Bayi Perlu Menangis

Sekiranya bayi anda tidak menangis, buatlah sesuatu supaya dia menangis

2.0 Mencari Bonjolan

Periksa dan raba jika ada bonjolan dibahagian kepala. Bonjolan yang harus diberi perhatian adalah terletak di kepala belakang kiri atau kanan.

3.0 Perhatikan Wajah Bayi

Gerak wajahnya simetri atau tidak? Misalnya, bibir senget boleh menjadi tanda terjadinya pendarahan di dalam kepala.

4.0 Periksa Tangan & Kaki

Periksa gerak atau aktiviti kaki dan tangannya simetri atau tidak? Jika tidak, mungkin ada tulang yang retak atau patah.

5.0 Periksa Tubuh Bayi, Jika..

Bonjolan Di Kepala

Jika ada bonjolan di kepala, doktor mungkin akan melakukan pemeriksaan imbasan untuk mengetahui sejauh mana truma yang dialami.

Tulang Retak atau Patah

Jika ada tulang retak atau patah, doktor akan melakukan tindakan konservatif seperti memasang pelindungan tulang atau gips agar kecederaan tulang tidak bertambah parah.

Tanda Lebam

Jika terdapat tanda lebam, iaitu bengkak dan warna kulit kebiru – biruan bermakna berlaku pendarahan di bawah lapisan kulit atau lapisan yang lebih dalam lagi.

Sebaiknya tuam dengan ais yang dibungkus dengan kain selama lebih kurang 15 minit untuk mengurangi rasa sakit dan bengkak. Biasanya tanpa ubat pun pendarahan seperti ini akan diserap oleh tubuh.

Luka dan Pendarahan

Jika ada luka dan pendarahan, cuci dengan air yang mengalir dan sabun antiseptik untuk menghilangkan kotoran dan membunuh bakteria.

Luka Berdarah

Jika luka mengeluarkan darah yang banyak, tekan luka dengan kain kasa agar pendarahan berhenti. Cuci luka dengan air yang mengalir dan sabun antiseptik. sapukan cairan antiseptik.

Jika semuanya ok dan doktor membenarkan anda bersama bayi pulang. Apa pula yang harus anda lakukan?

Kebiasaannya doktor akan meminta anda pantau saiz bonjol selama 3 hari.

Perhatikan, jika bayi mengalami

  • muntah berulang,
  • kejang,
  • hubungan mata tidak sebaik seperti sebelum jatuh,
  • berlaku perubahan pola tidur,
  • bahagian ubun2nya menjadi tegang.

Ini menandakan terjadinya pendarahan. Bayi yang mengalami gejala2 ini harus segera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sebaliknya, jika tiada sebarang gejala, insyallah bayi anda dalam keadaan yang baik.

Tips Cegah Bayi Jatuh

  1. Bayi harus selalu dalam pengawasan ibu bapa atau orang dewasa. Jangan meninggalkannya sendirian di tempat yang tinggi atau berisiko jatuh katil seperti katil dan kerusi.
  2. Jika anda terpaksa meninggalkannya sebentar, letakkan bayi di babycoat yang telah diletakkan pelindungan disekelilingnya.
  3. Jika bayi tidur bersama anda, tidurlah di bawah. Atau letakkan alas yang empuk di bawah katil.
  4. Ketika mendukung, pegang atau peluknya dengan baik tetapi tidak perlu terlalu ketat.
  5. Hindari bayi, terutama yang sedang berlatih berjalan dari lantai atau permukaan yang licin.
  6. Hindari penggunaan stokin dan babywalker.
  7. Pasang pagar perlindungan di tangga yang tidak memungkinkan bayi merangkak atau cuba naik turun tangga.
  8. Pasangkan tali keselamatan ketika bayi duduk di car seat, high chair atau stroller.
  9. Jangan lupa menutup pintu dan elakkan tingkap yang mudah terbuka.

BACA : IQ Tinggi Bila Kanak – Kanak Rapat Dengan Ayah?

 

Semoga beberapa tips ini dapat memberi manfaat untuk semua. Cepat bertindak jika terjadi sesuatu kepada anak anda. Jangan ragu membawa si kecil bertemu dengan doktor apabila anda yakin ia merupakan tindakan yang tepat.

Selain daripada itu juga, bila bayi sering jatuh..anda mesti segera mencari penyebabnya.

Semoga anda berbahagia bersama family tercinta.

***Sharing Is Caring***

BACA :  9 Cara Atasi Anak Kuat Mengamuk dan Menjerit 

 

 

 

 

____________________________________________________

************

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

Dilla Jalil (facebook)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

Tagged with →  
Share →

6 Responses to 5 Langkah Apa Perlu Buat Bila Bayi Jatuh Katil

  1. Lia sakura says:

    Adoii.. my bby bru je jatuh katil aritu.. nasib baik xde tanda2 yg di atas tu.. benjol n lebam jgk la dahi bby..

    • MamaQaireen says:

      Budak2 memang aktif, kadang tu tinggalkan sekejap je dah gedebuk jatuh. So lepas ni kena ikut semua tips elak jatuh lah ye..hehee

  2. Ros says:

    Risaunya kalau anak jatuh. Nak halang diorg main, mmg diorg dalam fasa nk cuba macam- macam.
    Ros menulis…Tanda Bayi Bersedia Untuk Makan- Panduan Untuk Ibu BaruMy Profile

    • MamaQaireen says:

      Lagi risau bila anak kita baru nak pandai belajar memanjat atau berjalan. Semua mereka ni nak try..hehee..comel sangat kan?

  3. Shasha says:

    Sy nk tnye ..baru tadi ank sy jatuh tilam tpi tk tinggi …dia jatuh tersembam ..smpai berdarah bibir dan bengkak sikit .mcm mna ye nk buat …

  4. norz ela says:

    anak saya jath xsdar pastu nangs slow..sy bsh kn kpala dia pastu dalm brapa minit dia sdar…knapa sya tak tahu.umr 1 thn 5bln

Leave a Reply to Lia sakura Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge