Bukan senang nak jadi seorang ibu ni. Lagi pun sekarang zaman dah berubah. Cara didikan zaman dulu tak boleh disamakan lagi dengan zaman sekarang, betul tak?
Kalau dulu atuk nenek mengajar dengan cara merotan atau ikat dekat pokok. Tu semua dah jadi biasa. Cuba kalau sekarang ni..haaaa..tekanan emosi anak2 kita.
Tapi pada masa yang sama, anak2 ni pun tak boleh terlalu dimanjakan sangat. Naik lemak pula nanti. So sekarang ni, macam mana kita nak jadi seorang ibu yang tegas tetapi penyayang ?
Pengaruh ibu sangat kuat dalam mendidik anak-anak generasi sekarang lebih berdisiplin, tahu menghormati orang yang lebih tua, bertanggungjawab dan patuh kepada perintah Allah dan ibu bapa.
Macam anak saya no2 tu. Umur baru 2 tahun, tapi banyak tingkah laku yang dia akan ikut cara saya. Contoh paling mudah, keluar rumah mesti pakai tudung. So dia pun sibuk nak pakai tudung..hehee.
Apa kata kita tengok 5 tips menjadi seorang ibu yang tegas tetapi penyayang ni. Mana tahu, dengan cara ni sedikit sebanyak boleh membantu kita dalam mendidik anak2 kita.
1.0 Jangan Turutkan Semua Kemahuan Anak
Kebanyakan ibu mudah ‘cair’ dengan permintaan anak. Ada kalanya disebabkan tidak mahu anak merengek dan mengganggu ibu untuk buat perkara lain, maka ibu turutkan semua permintaan anak.
Tindakan ini sangat berbahaya! Tidak kira sama ada anak menangis berguling atau menjerit, ibu perlu tegas dengan pendirian dan tidak mengikut semua kemahuannya.
BACA : 9 Cara Mudah Atasi Anak Kuat Mengamok & Menjerit
2.0 Usaha Sendiri
Kadang kala ibu perlu sesekali mengajar anak berusaha sendiri jika mahukan sesuatu. Bagaimanapun cara ini perlu dipraktiskan mengikut tahap usia anak.
Contohnya jika anak yang sudah bersekolah tadika, meminta dibelikan barang yang mereka inginkan, ibu boleh menyuruh anak mengumpul duit yang diperoleh daripada ibu ayah demi untuk membeli barangan tersebut.
Biarkan mereka belajar susah senang mengumpul duit untuk mendapatkan barang. Barulah mereka menghargai barangan tersebut.
3.0 Patuh Dengan Peraturan
Jika sudah menetapkan peraturan di rumah maka ia wajib dipatuhi oleh si anak. Dalam masa yang sama, ibu perlu tegas melaksanakan peraturan tersebut supaya jangan nanti anak memperlekehkan peraturan tersebut jika ibu tidak melaksanakannya.
4.0 Disiplinkan Anak Hormat Ibu
Didik anak dari kecil supaya menghormati ibu. Ajar anak supaya segera menjawab panggilan ibu dengan sopan iaitu “Ya, ibu” dan segera tinggalkan apa yang sedang dilakukan ketika itu.
Jika anak sudah terbiasa dengan disiplin tersebut, maka sampai dewasa dia akan segera utamakan panggilan dari ibu. Jangan biarkan anak sibuk menonton TV dan enggan mengendahkan panggilan ibu ketika dipanggil.
Alasannya konon anak masih kecil. Bukankan melentur buluh itu biar dari rebungnya!
5.0 Sentiasa Jadi Ibu Yang ‘Penyibuk’
Oleh kerana kebanyakan anak lebih rapat dengan ibu maka ambil peluang ini untuk menjadi ‘penyibuk’. Ia penting untuk kita memantau pergerakan dan perbuatan anak apatah lagi di era semua perkara boleh dilihat menerusi teknologi Internet tanpa mengira batasan usia si anak.
Tak dinafikan, kadang2 memang buat ibu hilang sabar dan stress dengan perangai hebat anak2 ni. Sabarlah wahai ibu, itu tandanya anak2 anda seorang yang bijak dan aktif. Ibu kalau stress ambil lebih sikit B complex. Kalau takut tekanan darah naik jangan tinggal Omega Guard setiap hari.
BACA : 10 Cara Tangani Stress Dengan Mudah
Saya pun ambil setiap hari. Work At Home Mama (WAHM) ni, hebat gak cabarannya. Langsung tak de masa nak berehat. So kalau tak ambil apa2 suplemen memang pengsan 😉
Semoga dengan adanya 5 tips mudah ni, dapatlah kita semua memperbaiki yang mana2 kita dah terbuat silap. Kita semua manusia biasa, belajar daripada kesilapan dan cuba untuk memperbaiki lagi.
Jangan salah faham pula, bukan niat saya nak mengajar ibu2 semua. Niat saya ikhlas hanya ingin share tips yang saya peroleh ini daripada majalah Pa&Ma sahaja.
Sharing Is Caring,
Salam sayang dari MamaQaireen 🙂
____________________________________________
******
Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
COD : KFC Medan Gopeng
Anda nak buat berbisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)
best tips ni.
memang nak kena ajar anak dari kecil supaya sampai besar dia akan patuh kepada ibu.
Ros menulis…Cara Menurunkan Darah Tinggi Dengan Cepat
budak2 sekarang semakin bijak, cara pembelajaran dulu dengan sekarang pun lain.. 🙂