Sekarang ni ramai ibu – ibu dah mula sedar kebaikan susu ibu kepada anak mereka. Daripada bayi dalam kandungan lagi mereka dah mula mencari pelbagai maklumat untuk menyusukan bayi mereka. Terdapat pelbagai tips penyusuan ibu bekarja yang anda boleh dapat sekarang ni. Tetapi malangnya masih ada juga suara – suara sumbang yang berkata ibu bekerja tak boleh menyusukan anak sepenuhnya.
Betulkah?
Kenapa pula ibu bekerja tak boleh berjaya?
Disebabkan suara – suara sumbang ni lah yang membuatkan ramai ibu yang dalam pantang menjadi stress. Kebetulan pula cuti bersalin dah nak habis, stok tak banyak, anak kuat menyusu. Mulalah ibu menjadi panik dan cepat putus asa.
Mulai dari hari ni, anda jangan susah hati. Saya juga salah seorang ibu yang bekerja dan berjaya menyusukan anak pertama saya Qaireen dengan susu ibu sehingga 2 tahun 7 bulan. Lepas tu stop sebab adik Qaireen ada dalam perut 😉
Ok, hari ni saya akan kongsikan serba sedikit beberapa tips untuk memudahkan anda membuat perancangan bila dah masuk kerja nanti.
 Apa Yang Anda Perlu Tahu?
- Peralatan Penyusuan
- Istilah Susu Perahan
- Bekas Penyimpanan Susu Perahan
- Berapa Lama Susu Perahan Boleh Di minum
- Cara Mencairkan & Memanaskan Susu Perahan
- Cara Menyediakan Susu Perahan Kepada Pengasuh
6 Tips Penyusuan Ibu Bekerja Sebelum Anda Masuk Kerja Semula.
1) Peralatan Penyusuan
Gambar ni saya ambil pada tahun 2010. Siapa kata Peralatan Penyusuan Mahal?
- Pam susu – Ini sangat penting, pastikan anda mencari pam yang bersesuaian dengan anda. Saya galakkan anda menggunakan double pumping. Lebih mudah dan cepat untuk kumpul stok susu.
- Botol susu – Kegunaan ketika pam atau menyimpan susu perahan di pejabat.
- Storage Bag / Bottle – Menyimpan susu perahan di dalam peti ais atau cooler bag.
- Ice pack – Bagi menyejukkan susu yang berada di dalam cooler bag.
- Cooler beg – Menyimpan susu perahan untuk sementara sekiranya di pejabat tiada peti ais.
2) Istilah Susu Perahan
4 Istilah penting susu ibu yang boleh anda pelajari bagi memudahkan anda mengendalikan susu perahan setiap hari ke rumah pengasuh / pusat jagaan anak anda. Actually tak perlu hafal pun. Hanya ingat EBM sudah memadai. Saya sendiri pun semua jenis susu perahan saya panggil EBM je 🙂
- EBM ~ Expressed Breast Milk
- Fresh EBM ~ Susu yang baru diperah
- Chilled EBM ~ Susu yang dah perah disejukkan bahagian sejuk
- Frozen EBM ~ Susu yang disimpan di dalam tempat beku
3) Bekas Penyimpanan
EBM saya dan kawan di pejabat. Kami sama2 gunakan Spectra 3 dan double pumping setiap hari.
Pastikan setiap bekas yang digunakan telah bersih, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.
Ada beberapa jenis bekas yang anda boleh gunakan, iaitu :
- Bekas Tupperware atau Botol Susu Bebas BPA (Bisphenol-A)
- Bekas Kaca
- Breast Milk Storage Liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
- Bekas Dadih – Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
Saya suka letak dalam bekas dadih, senang dan terus isi 4 oz EBM setiap bekas
Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan label. Nanti takut kita terlupa pula, bila tarikh susu perahan tersebut di perah?
- Tarikh Perahan
- Waktu Perahan
- Kuantiti Susu Perahan
- Nama Bagi (untuk mengelakkan tertukar susu perahan jika ramai bayi di taska / pusat jagaan harian)
- Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
- Susu perahan boleh dicampurkan dalam tempoh 24jam. Tetapi SUHUÂ susu perahan tersebut mestilah SAMA. Jika anda baru sahaja pam susu, pastikan susu tersebut sejuk dahulu, baru anda campurkan dengan susu yang sebelumnya.
Tips!!
Pastikan anda simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas. Anda boleh letakkan 2 – 4 oz sahaja untuk setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
4) Tempat Penyimpanan
Suhu Blik
- Suhu Bilik Tiada Aircond ~ 4 Jam
- Suhu Bilik Ada Aircond ~ 6 – 8 Jam
Simpanan Peti Sejuk (beku)
- 1 Pintu ~ Bahagian Beku 2 minggu
- 2 Pintu ~ Bahagian Beku 3 bulan
- Deep Freezer ~ 6 bulan
Simpanan Peti Sejuk
- 1 & 2 Pintu ~ 3 – 5 hari (sebelum dibekukan)
- 1 & 2 Pintu ~ 24 jam (selepas dibekukan)
Penting!!Â
Jangan simpan susu perahan di pintu peti sejuk. Suhu di pintu peti ais tidak stabil kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti ais. Simpan susu perahan di bahagian atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
5) Cara Mencairkan & Memanaskan Susu Perahan
- Pilih botol Frozen EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku.
- Turunkan ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan semalaman. InsyaAllah kebiasaannya pada keesokkan hari, susu akan cair.
- Sekiranya masih Frozen EBM, lalukan ia di bawah aliran air paip.
- Bila dah cair, panaskan dengan cara merendam di dalam mangkuk yang berisi air panas suam atau gunakan warmer.
Penting!!
- Normal jika ada ternampak 2 lapisan pada susu perahan. Bahagian atas adalah lemak dan bahagian bawah adalah air.
- Susu yang dah cair tidak boleh dibekukan semula, so anda kena pandai budget supaya tak membazir.
- Susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula.
Amaran!!
- JANGANÂ terus cairkan frozen EBM pada suhu bilik
- JANGAN gunakan microwave untuk mencairkan atau memanaskan
- JANGAN masak frozen EBM di atas api
6) Cara Menyediakan Susu Perahan Kepada Pengasuh
Pastikan anda menyediakan bahan keperluan yang cukup untuk mereka. Ini kerana, ada sesetangan pengasuh merasakan ini satu beban dan menyusahkan mereka. Oleh yang demikian, anda boleh menyediakan beberapa barang atau 1 kertas A4 lengkap dengan cara – cara menyediakan susu kepada mereka.
- Jadual Minum Susu (lebih kurang 2 jam sekali dan mengikut kehendak bayi).
- Cara Panaskan Susu Menggunakan Warmer atau Panaskan di dalam Mangkuk yang mengandungi air suam panas.
- Jangan Goncang EBM dengan kuat.
- Susu yang sudah dipanaskan hanya bertahan sehingga 1 jam sahaja.
Lain – Lain Tips yang berguna untuk perkongsian bersama.
- Seelok – eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum. Contohnya sebelum mandikan bayi. So lepas mandi dan bila bayi dah siap pakai baju, bayi anda boleh terus minum susu.
- Pegang bayi anda sewaktu memberi EBM, jangan biarkan dia minum bersendirian.
- Sewaktu menyusuan bayi anda ciumlah, berbual2 dan senyumlah dengan dia. Jadikan ia satu yang menghiburkan hati anda dan bayi anda.
- Sesudah minum BURB kan bayi anda.
BACA :Â Cara Mudah Kumpul Stok EBM Yang Tak Cukup Sebab Bayi Kuat Menyusu.
Pening dan susah hati sebab banyak sangat nak kena hafal? Hehee…tarik nafas dalam – dalam dan  tenangkan fikiran. Mula – mula kita akan rasa susah, tapi dah lama – lama kita akan jadi biasa.
Apa yang penting, kita keringkan sikit hati tu..kena set dalam fikiran kita “SUSU AKU CUKUP UNTUK ANAK AKU”
Ikut konsep asas penyusuan dan ambil 2 ni tentunya anda akan senyum sampai ke telinga. Dari pam 2 ke 3oz. InsyaAllah anda boleh dapat lebih dari 6oz. Â So sesuai sangat untuk ibu bekerja.
Jika anda perlukan makanan tambahan untuk Set Penyusuan saya cadangkan anda ambil Set Penyusuan dari Shaklee.
Isteri Imam Muda Hizbur (klik sini) pun ambil Set Menyusu Shaklee tau.
Actually set ni tak lah mahal sangat sehingga boleh buat pokai duit bulanan. Jubah dari Bella Ammara kita boleh beli sampai 3 helai, inikan pula Set Penyusuan Shaklee ye idok? 😀
Kenapa saya berani cakap dan berani suruh anda ambil Set Penyusuan Shaklee? Sebab saya sendiri dah rasa. Tak percaya tonton video saya bersama suami sehingga habis.
Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.
1 tips penting bila nak pam susu, gentel nipple anda dalam masa 1 minit untuk meransang pengeluaran susu dengan lebih cepat. Seterusnya, jika anda membeli Set Penyusuan Shaklee dari saya, saya akan ajar pelbagai lagi tips2 hebat!
Saya sedia membantu anda, saya juga boleh datang ke rumah untuk mengajar teknik – teknik penyusuan dengan betul dan cara penyimpanan EBM dengan betul. Semuanya FOC.
________________________________
******
Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
COD : KFC Medan Gopeng
Anda nak buat berbisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)