Assalamualaikum.

Bagi yang baru pertama kali bergelar ibu, tentu agak kekok hendak mengendalikan pemotongan kuku bayi yang sangat kecil dan comel betul tak? Bimbang pula jika tersalah potong boleh melukakan jari dan kulitnya yang halus dan lembut.

Terus terang saya katakan, masa Qaireen berusia 2 bulan. Saya pernah melukakan jari comelnya. Rasa bersalah sangat masa tu. Kesian dia, nasiblah tak nangis.

So hari ni saya nak beri beberapa tips potong kuku bayi dengan mudah untuk ibu2 semua jadikan sebagai panduan untuk mengelakkan kecederaan. Tips ni saya dapat daripada majalah Pa&Ma.

 

6 tips potong kuku bayi dengan mudah

Kuku bayi baru lahir memang cepat panjang, sebab itu perlu sentiasa memakaikannya sarung tangan. Selain itu anda juga perlu kerap memotong kuku tangannya yang cepat panjang kerana dia mudah mencakar dan melukakan mukanya sendiri.

Sebelum memotong kuku bayi, apa kata anda ikut panduan seperti berikut.

 

BACA : Antara Babywearing dan Stroller Yang Mana Satu Lebih Mudah?

 

6 Tips Potong Kuku Bayi Dengan Mudah

1. Sentuh jari bayi

Sebelum memotong kuku bayi, sentuhlah jari jemarinya untuk memberi rasa selesa dan mood yang baik.

2. Waktu yang sesuai

Bagi memudahkan memotong kuku, potong kuku bayi selepas memandikannya. Ketika ini kuku bayi masih lembut dan ia memudahkan untuk anda memotongnya dengan selamat.

3. Cara memotong

Mulakan memotong kuku pada tangan kanan dahulu. Ketika memotong kuku, pegang tangan bayi, arahkan jemari tangannya ke depan untuk mengelak daripada terkena alat pemotong.

Tahan perlahan-lahan buku jarinya agar kuku mengarah ke atas. Kemudian lakukan perkara yang sama pada tangan kiri.

Kuku bahagian kaki juga mesti dipotong. Lakukan perkara yang sama pada kaki kanan dan kiri.

4. Gunting khas

Gunakan gunting pemotong kuku bayi yang tajam, hujung bundar dan selesa. Jangan memotong menggunakan gunting terlalu dekat kerana ia mengundang bahaya sehingga boleh mengakibatkan luka terjadi.

Jangan menggunakan pemotong kuku orang dewasa untuk mengelakkan berlaku kecederaan pada kuku bayi.

5. Basuh atau lap tangan dan kaki

Setelah selesai memotong kuku tangan dan kaki, basuh dengan air atau lap menggunakan air bersih. Ia bertujuan membersihkan kekotoran yang melekat pada hujung kuku tangan dan kaki.

6. Kekerapan memotong

Sekurang-kurangnya potong seminggu sekali jika kukunya kelihata agak panjang dan potong kuku kaki sekurang-kurangnya dua kali sebulan.

 

Sekian sahaja tips mudah untuk potong kuku bayi. Selamat mencuba.

Sharing is loving 🙂

xoxo

 

BACA : IQ Kanak – Kanak Lebih Tinggi Bila Rapat Dengan Ayah

 

 

 

___________________________

******

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

 

Tagged with →  
Share →

One Response to 6 Tips Potong Kuku Bayi Dengan Mudah

  1. Ros says:

    Waktu anak pertama dulu, husband yang potong kuku anak. Tak berani Ros. Besar sikit baru berani potong.
    Ros menulis…Ajar Anak Beri Isyarat Bila Perlu Mencelah Perbualan IbubapaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge