Setiap orang mempunyai rezeki dan dugaan yang berbeza. Ada sesetengah ibu mengandung senang sangat. Tiada sebarang alahan langsung. Tetapi ada juga yang teruk alahan sehingga tak boleh nak bangun berjalan.

Macam saya sendiri, dugaan mengandungkan kedua2 anak saya hebat juga. Mula2 mengandung bleeding, pastu alah sampai nak masuk 6 bulan. Dah masuk 7 ke 8 bulan saya kena gatal2 badan pula. Masa anak no 2 saya kena demam campak. Hehe..memang menangis je masa kena demam campak tu.

Tapi walau macam mana “seksa” pun. Saya tetap suka waktu mengandung. Haaaa…orang kata sakit bersalin ni sakit tak serik. Tapi bab sakit waktu mengandung camne pulak?

 

7 Keseronokan Ibu Mengandung Yang Wajib Anda Tahu

Dalam sakit2 pun, ada juga benda yang mendatangkan keseronokan ibu mengandung ni tau. Waktu mengandung je boleh dapat, waktu lain tak leh 😉

Jom kita baca, apa keseronokan tersebut. Lepas baca ni mesti anda suka.

7 Keseronokan Ibu Mengandung Yang Wajib Anda Tahu

1.0 Boleh beribadat kepada Allah SWT

Inilah peluang bagi wanita untuk melebihkan amal ibadah kepada Allah SWT kerana sepanjang mengandung sudah tentu anda tidak datang haid. Apa kata anda ambil peluang yang ada ini untuk melipat gandakan amal ibadat berbanding sebelum mengandung dulu.

Apatah lagi ibu mengandung sangat digalakkan membanyakkan solat sunat, membaca al-Quran, berzikir, berpuasa sunat yang sememangnya baik sebagai rangsangan kepada janin dalam kandungan.

Bukan semua wanita berpeluang menikmati saat hamil, jadi gunakan peluang yang ada untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah selain banyakkan bersyukur atas nikmat yang dikurniakan.

 

BACA : 8 Surah Amalan Yang Bagus Dibaca Ketika Ibu Mengandung

 

2.0 Hubungan intim tanpa rasa “takut” dan rujuk kalendar

Biasanya wanita akan memeriksa kalendar apabila ‘bersama’ dengan suami untuk memastikan ia bukan pada tarikh subur mereka.

Tetapi apabila diri sudah disahkan mengandung, tak perlulah risau atau asyik hendak mengira tarikh di kalendar. Sudah tentu anda tidak perlu lagi risau melakukan hubungan intim dengan suami tanpa perlu lagi melihat kalendar!

3.0 Selamat tinggal senggugut

Jika dulu mungkin anda akan berubah emosi setiap bulan apabila datang haid. Maklum sahaja, ketidakselesaan dan kesakitan yang dialami saat datang haid hanya para wanita sahaja yang mengetahui.

Tetapi apabila sudah disahkan mengandung, anda boleh ucap selamat tinggal kepada senggugut. Tiada lagi rasa sakit pinggang akibat senggugut setiap bulan sehinggakan sukar untuk melakukan rutin harian. Nikmati ia sepanjang mengandung.

4.0 Layanan istimewa

Mungkin keseronokkan ini dapat dinikmati apabila perut anda semakin menyerlah. Pergi ke mana sahaja pasti orang lain akan memberi keutamaan dan layanan istimewa kepada ibu hamil.

Itu yang seronoknya bergelar ibu hamil! Senyum sahajalah sambil ucapkan terima kasih.

5.0 Shopping keperluan baru

Kalau anda sudah lama tidak membeli belah keperluan sendiri, maka inilah peluang untuk membeli barangan baru.

Oleh kerana ibu hamil sudah mengalami perubahan saiz badan maka sudah tentu anda memerlukan bra, seluar dalam, seluar, pakaian dan kasut baru. Jadi, tunggu apa lagi cepat ajak Encik suami pergi ‘shopping’.

6.0 Dapat perhatian lebih

Inilah peluang untuk anda mendapat perhatian lebih daripada suami. Masa mengandung isteri boleh bermanja lebih dengan suami. Jika teringin makan sesuatu, cepat sahaja suami akan carikan.

Kalau mengadu lenguh badan atau sakit kaki, segera suami tolong urutkan dan lagi ‘best’ suami suruh isteri banyak berehat di rumah. Segala kerja rumah dia bereskan. Sebenarnya kalau dalam Islam pun memang suami digalakkan beri perhatian dan menjaga kebajikan isteri yang sedang mengandung.

7.0 Keyakinan diri bertambah

Secara automatik bila disahkan hamil, wanita akan berasa gembira dan bahagia. Kegembiraan yang dialami itu secara tidak langsung akan meningkatkan hormon gembira dalam badan dan ia meningkatkan keyakinan diri.

Jadi, tiada alasan mengapa mengandung itu menjadi satu bebanan bagi sesetengah wanita. Ada ramai lagi wanita di dunia ini yang ingin mengandung tetapi tidak mendapat peluang tersebut, maka anda yang dikurniakan anugerah tersebut sewajarnya bersyukur dan nikmati sembilan bulan kehamilan dengan penuh gembira.

 

BACA : Cara Mudah Untuk Meneran Ketika Bersalin Supaya Tidak Terkoyak Besar

 

Haaa, macam mana? Ada terasa seperti diberi layanan istimewa tak? Waktu mengandung je kita boleh nak bermanja2 dan mengada2 sikit. Kalau waktu biasa memang tak dilayanlah jawabnye..hehee.

Kalau rasa tak bermaya atau selalu sakit2 badan, kaki kejang, sakit pinggang ketika mengandung. Ambillah vitamin secukupnya. Jangan sesekali tinggalkan kalsium magnesium.

Saya dari mengandungkan anak pertama sampailah anak pertama sekarang dah berusia 5 tahun. Setiap hari saya mesti ambil vitamin, terutamannya kalsium magnesium.

Lagi pun saya menyusu dan buat bisnes dirumah. So saya sangat2 perlukan vitamin untuk memberi saya tenaga dan ceria selalu.

Semoga tips diatas memberi serba sedikit tips yang berguna kepada anda.

Sharing Is Caring,

Salam sayang dari MamaQaireen.

 

 

 

********

_________________________________________________

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat berbisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

Tagged with →  
Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge