Assalamualaikum.
Hai ibu – ibu semua, saya harap ibu – ibu berada dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu. Adakah anda masih dalam pantang? Tak tahan dengan bengkak susu? Atau susu anda terlalu banyak sehingga terjadinya bengkak susu?
Saya faham apa yang anda tengah rasa sekarang ni? Serius sakit sangat2 kan? Perasan tak? Masa anda pam susu, susu tu tak nak keluar. Seolah – olah saluran susu tu seperti tersumbat dan ada penghalang.
Buatlah macam mana pun, susu tu keluar sikit je.
Untuk pengetahuan anda, waktu ni hanya hisapan daripada mulut bayi sahaja yang dapat kurangkan bengkak susu dengan cepat. Tapi masa tengah sakit ni pulak lah bayi tak nak isap susu..kann?
Seksanya ya Allah, sakit tak tahu nak cakap macam mana.
Saya ingat lagi masa Qaireen dulu saya selalu kena. Masa tengah bengkak tu, nak pengang sikit pun tak boleh. Sampai pergi ke klinik ambil ubat. Tapi Berlainan pula sewaktu menyusukan Hasya.
Alhamdulillah tak pernah lagi rasa sakit. Bengkak sikit – sikit tu normallah. Tapi saluran susu tersumbat jarang sangat terjadi.
Secara mudahnya, bengkak susu ni terjadi akibat daripada saluran susu yang tersumbat. Air susu tu tak dapat mengalir dengan lancar. Ada sekatan, tu yang menyebabkan payudara membengkak dan sakit. Cuba lihat gambar di atas.
Bagaimana agaknya untuk mengurangkan masalah tersebut?
Ok hari ni saya nak share serba sedikit beberapa tips mudah untuk kurangkan bengkak susu dengan cepat. Saya sendiri pun buat semua benda ni. Alhamdulillah memang banyak sangat membantu.
Saya harap, tips2 ini akan turun membantu anda juga 🙂
1.0 Kerap Susukan Bayi
Jika anda tidak bersama bayi, pastikan anda pam atau “kosongkan” payudara anda setiap dua atau tiga jam sekali.
Kalau bayi tidur terlalu lama, anda terpaksa kejutkan bayi dari tidur. Cara saya kejutkan anak saya, saya akan ambil tisu basah dan cuba basahkan kaki, lap dagu dia, lap telinga dia dan cuba sedaya upaya kejutkan juga.
Yang penting, pastikan bayi anda menyusu kedua – dua belah payudara. Sesi pertama penyusuan biar dia hisap bahagian sebelah sehingga dia puas dan lepaskan sendiri. Lepas tu sesi seterusnya baru bagi bahagian lagi sebelah pula.
Kalau anda tengah bengkak susu hanya sebelah sahaja. Beri bayi anda isap dibahagian yang tengah bengkak terlebih dahulu.
2.0 Menyusu Dengan Betul
Semasa anda tengah bengkak susu, mungkin keadaan areola anda akan menjadi keras. Anda boleh picit secara perlahan – lahan terlebih dahulu, lepas tu barulah anda mula susukan bayi anda.
Pastikan mulut bayi betul – betul di areola, jika bayi anda hanya mengisap dibahagian puting susu. Anda cuba tolakkan sedikit dagu bayi anda untuk memudahkan bayi anda membuka mulut.
Baca : Kenapa anak saya nak menyusu sebelah sahaja?
3.0 Urut Payudara
Sewaktu bayi anda tengah mengisap susu, secara perlahan – lahan anda cuba urut payudara anda. Gunakan 2 atau 3 jari urut dari dada ke arah areola.
4.0 Mandi Dengan Air Panas
Jika menggunakan shower, biarkan payudara anda menghala ke arah pancuran air tersebut. Secara perlahan – lahan cuba urut payudara dari arah dada ke areola.
5.0 Menggunakan Ais Batu, Kain & Air Panas
Jika terlalu keras atau sakit, pastikan anda tuam tempat yang sakit tu dengan ais batu terlebih dahulu. Bagi melegakan kesakitan.
Selepas beberapa minit, rendam kain ke dalam air panas. Lepas tu lekapkan kain itu di payudara anda.
6.0 Pam Susu
Jika bayi anda sudah menghisap susu dan anda juga telah lakukan kesemua perkara diatas tetapi masih bengkak lagi. Nasihat saya, sila pam susu dan “kosongkan” payudaya.
Susu tersebut boleh simpan dan dibuat stok.
Baca : Teknik Marmet atau Perah Dengan Tangan Dengan Mudah
7.0 Coli Menyusu Yang Sesuai
Sewaktu anda menyusukan bayi, anda seharusnya memakai coli yang sesuai. Cari coli yang selesa dan memberi sokongan pada waktu malam. Pilih coli yang tidak terlalu ketat dan pilih “cup” yang sedikit besar.
Jangan memakai coli yang ketat dan bersaiz kecil.
8.0 Suplemen Lecithin
Jika tanya saya, saya sangat – sangat galakkan anda mengambil Lecithin. Lecithin ni sangat bagus untuk melancarkan aliran darah dan saluran susu kita.
Bukan saya je yang cakap tau? International Breastfeeding Centre (IBC) pun ada mengatakan lecithin mampu untuk mengurangkan bengkak susu.
Lesitin adalah suplemen makanan yang sepertinya dapat membantu beberapa ibu untuk menghindari saluran tersumbat. Karena lesitin dapat menurunkan kekentalan dari ASI dengan meningkatkan persentase asam lemak tak jenuh ganda pada ASI. Lesitin aman untuk dikonsumsi, relatif murah, dan dapat bekerja setidaknya pada beberapa ibu. Dosisnya adalah 1200 mg empat kali setiap hari.
Jangan biar terlalu lama tau, takut terkena mastitis pula. Kalau ada gumpalan, lepas tu dibahagian gumpalan tu kemerahan dan terasa pedih sehingga anda boleh demam. Cepat lakukan sesuatu! Takut ada sebarang jangkitan kuman disitu. Lain pula jadinya.
Lakukan 7 Tips di atas dan amalkan Lecithin setiap hari untuk kurangkan bengkak susu dengan cepat dan selamat.
Nak order Lecithin? Hubungi saya Dilla Jalil 017.565.7552 atau klik icon dibawah untuk membuat pesanan.
ATAU
Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.
Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!
Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
dillajalil@gmail.com (e-mail)
Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)
okeh.
boleh suruh bini baca.
leh tambah ilmu baru nih.
titan menulis…Hadiah hari jadi TERBAIK untuk bini tercinta.
sila2, kalau ada sebarang permasalahan berkaitan penyusuan..boleh wasap saya 🙂