Apakah yang anda faham mengenai Suplemen atau Makanan Tambahan? Adakah Kita Perlu Mengambil Suplemen/Makanan Tambahan pada setiap hari? Bagi pendapat saya dengan gaya hidup yang makin sibuk dan pantas, terutama wanita perlu mengambil Suplemen atau Makanan Tambahan setiap hari. Apabila anda mengambil Suplemen atau Makanan Tambahan secara tidak langsung ia dapat membantu menambah nutrien serta mengurangkan simptom membabitkan masalah kesihatan.
Pengambilan Suplemen atau Makanan Tambahan seakan-akan sudah menjadi gaya hidup kebanyakan wanita moden hari ini. Sama ada dalam bentuk pil, kapsul, tablet, serbuk, cecair, semua berasaskan sebab yang sama, demi kecergasan atau kecantikan tubuh badan. Bukan sesuatu yang mustahil untuk melihat seseorang wanita itu mengambil puluhan jenis tablet pada setiap pagi.
Jika di Amerika, pemakanan tambahan mengikut definisi Akta Diet Kesihatan Tambahan dan Pendidikan (DSHEA) 1994 menjelaskan suplemen atau makanan tambahan kesihatan seharusnya mengandungi vitamin, mineral, makanan, botani, asid amino dan ia seharusnya bersifat memenuhi pengambilan biasa semua unsur itu.
Tetapi sejauh mana kepentingan pengambilan suplemen atau makanan tambahan begini kepada anda? Secara teorinya, jika anda mengamalkan pemakanan sihat dengan imbangan jadual pemakanan yang betul, cukup protein, lemak dan karbohidrat, anda tidak perlu mengambil suplemen atau makanan tambahan.
Seorang imunalogist yang ditemubual, Dr Chen Jau Fei, tidak lama dulu, pernah berkata, pengambilan suplemen atau makanan tambahan hanya untuk mereka yang malas.
Katanya jika seseorang itu memiliki imbangan pemakanan yang betul, tiada alasan untuk mengambil suplemen atau makanan tambahan. Jauh bezanya antara makanan asal seperti sebiji oren dengan tablet yang sama khasiatnya.
Bagaimanapun katanya, dengan kepantasan hidup pada zaman ini, bukan sesuatu yang mustahil jika ramai daripada kita memilih mengambil suplemen atau makanan tambahan. Sekiranya anda seorang yang sibuk dengan kerjaya selain faktor sekeliling yang tidak mendorong kepada gaya pemakanan yang sihat, mungkin anda perlu memikirkan untuk mengambil suplemen atau makanan tambahan.
Perhatian! Sekiranya Anda Tergolong Dalam Golongan Ini, SILA AMBIL PERHATIAN.
1.Sentiasa tertekan sama ada kerana kerja, keluarga dan perhubungan. Keadaan ini akan menyebabkan kelenjar adrenal anda berkerja ‘lebih masa’. Keadaan ini akan menyebabkan sakit kepala dan keletihan. Mungkin pengambilan vitamin B komplek, E dan C boleh membantu.
2. Sejarah keluarga yang berhadapan dengan ostreoprosis. Membekalkan tubuh anda dengan mineral yang tersimpan dalam tulang boleh menolong mencegah masalah ini. Apatah lagi bagi wanita yang kerap melahirkan dan menyusukan anak, bayi bergantung bekalan kalsiumnya daripada ibu. Justeru pengambilan kalsium, magnesium dan vitamin D mungkin membantu anda menangani osteoprosis.
3. Mudah diserang selesema. Sistem imun anda mungkin rendah berbanding orang lain. Dalam keadaan ini tambahkan pengambilan vitamin C dan zink.
4. Anda perokok tegar? Anda memerlukan lebih vitamin C. Selain itu anda mungkin memerlukan kalsium, magnesium dan vitamin D, kerana merokok juga dikaitkan dengan osteoporosis, tetapi sebaik-baiknya berhentilah merokok.
5. Jika anda berhadapan dengan masalah hormon, anda mungkin memerlukan vitamin B6. tetapi jangan ambil dos yang banyak tanpa rujukan doktor.
6. Anda mengalami masalah tekanan darah rendah. Lebihkan pengambilan zat besi, vitamin C, asid foli dan vitamin B12 juga.
7. Gout- Mungkin anda perlu mengambil vitamin B5 (asid panthothenik)
8. Masalah jantung – Minyak ikan membantu menurunkan tahap kolesterol. Ia juga berfungsi sebagai agen mengurangkan bengkak atau radang. Jika anda tidak mendapat minyak zaitun dalam diet, mungkin anda perlu pertimbangkan mengambil makanan tambahan.
Walaupun anda mengambil suplemen atau makanan tambahan, sekiranya penyakit yang anda tanggung semakin teruk. Anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor. Suplemen atau makanan tambahan bukanlah buat untuk merawat atau membaiki masalah kesihatan anda. Tapi dengan mengambil suplemen atau makanan tambaha ia dapat mengawal dan mengurankan sakit akan anda hadapi.
Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati? Jika badan sihat tentunya kita bebas untuk melakukan pelbagai aktiviti. Mudah unutk beribadat dan beriadah atau bercuti bersama keluarga. Tidaklah kita akan “bercuti” di hospital.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan barangan Shaklee, anda boleh hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 atau klik sahaja icon di bawah.
ATAU
Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.
Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
COD : KFC Medan Gopeng
>> KEKAL SIHAT DAN CERGAS DENGAN MUDAH (SILA KLIK)
>> BAHAYA VITAMIN SINTETIK (SILA KLIK)
>> FUNGSI SILIKA GEL DALAM BOTOL VITAMIN (SILA KLIK)
Kita memang perlukan suplemen dalam kehiupan kita .. dunia makin tua dan x berapa sihat 🙂
Betul tu, dunia sekarang tidak sama dengan dahulu. sekarang ni dha banyak sangat yang tercemar.