Suami Dhia setiap hari memerhatikan calendar yang berada di dalam bilik tidurnya. Kerjanya tiada lain selain daripada mengira “lagi berapa hari isteri aku nak habis berpantang ni?”. Si isteri pula dah kecut perut sebab takut untuk melakukan hubungan seks selepas bersalin. Ada orang cakap kena pantang 44 hari, ada juga yang berpantang sehingga 100 hari. Masalah sekarang ni, si suami sanggupkah berpantang selama tu?

 

seks selepas bersalin

 

Semua keputusan yang di buat hendalah mendapat persetujuan bersama. Tetapi secara amnya, seorang wanita perlu menunggu sehingga darah nifas berhenti atau tiada lagi apa – apa pendarahan yang keluar. Kebiasaannya lebih kurang dalam 3 ke 4 minggu selepas bersalin. Ini kerana, luka yang berlaku di dalam rahim akibat daripada uri (plasenta) yang keluar sewaktu melahirkan bayi masih lagi dalam proses penyembuhan.

 

Bilakan Waktu Sesuai Untuk Melakukan Seks Selepas Bersalin?

Setiap orang tak sama. Lain orang, lain ragamnya. Ada orang sanggup berpantang lama dan ada juga sesetangah orang tak sempat 40 hari dah “kenduri” 😉

Kebiasaannya ibu – ibu di Malaysia ni biasanya akan berpantang selama 44 hari. Dan ada juga akan teruskan berpantang sehingga 100 hari. Sebenarnya tiada waktu yang khusus untuk ditetapkan bila anda seharusnya untuk memikirkan tentang seks semula. Apa yang penting ialah anda kena tunggu sehingga anda sendiri bersedia dari segi fizikal dan mental.

Tetapi jika anda bertanyakan kepada saya, saya lebih menggalakkan anda berpantang sehingga 100 hari. Kenapa 100 hari?

Tahukah anda? Bukan mudah untuk melahirkan seorang anak. Kebiasaannya, badan dan tenaga kita memerlukan masa yang cukup lama untuk kembali pulih. Anda perlu rehat yang secukupnya. Oleh itu, cuba berbincang dengan pihak suami atau suami sendiri seharusnya memahami keadaan isteri. Apa yang anda boleh lakukan, tunjukkan sokongan dan tunjukkan rasa kasih sayang anda kepada pasangan anda seperti orang mula bercinta.

 

Kenapa Saya Tiada Mood Nak Melakukan Hubungan Seks Selepas Bersalin?

Ini adalah perkara biasa yang terjadi kepada wanita selepas bersalin. Mereka tak ada langsung perasaan untuk melakukan hubungan seks. Sebenarnya ada banyak faktor yang menyebabkan ini semua terjadi. Antaranya ialah :

  • Rasa letih sebab tak cukup tidur, semalaman menjagi bayi yang baru lahir.
  • Jika anda menyusu badan, hormon prolaktin juga boleh mengurangkan keghairahan untuk seks.
  • Rasa murung atau masalah kemurungan selepas bersalin.
  • Rasa pedih akibat kekoyakan, episiotomi atau jahitan.
  • Kesakitan daripada jahitan atau koyakan yang teruk mungkin mengambil masa lebih lama untuk sembuh.
  • Walaupun jika anda tidak mengalami episiotomi atau kekoyakan, bahagian perineum (bahagian di antara faraj dan dubur) mungkin lebam dan sensitif untuk beberapa waktu.
  • Jika anda menjalani caesarean, parut pembedahan sepatutnya sembuh menjelang waktu benang jahitan keluar. Jika anda masih rasa sensitif di bahagian jahitan, anda dan suami boleh cuba mencari posisi yang tidak memberi tekanan kepada parut. Mulakan perlahan-lahan untuk mengurangkan sebarang ketakutan.
  • Jika anda rasa tertekan, perut anda akan tegang di bahagian sekitar parut anda, dan ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa. Anda boleh letakkan kusyen kecil yang lembut di antara perut anda dan suami. Ini dapat merelakskan anda dan membantu melindungi parut anda yang sensitif. Atau anda boleh cuba posisi anda di atas suami supaya anda boleh memegang perut dan mengelakkan parut anda daripada rasa tidak selesa.
  • Persepsi anda terhadap badan anda sendiri mungkin telah berubah.
  • Ramai wanita yang bimbang suami mereka tidak merasakan mereka menarik lagi.

Suami Nak Juga Lakukan Hubungan Seks, Sedangkan Saya Belum Bersedia?

Apa yang boleh anda lakukan ialah, beritahu suami tentang apa yang anda rasa dan berbincanglah dengan fikiran yang terbuka. Suami anda mungkin rasa tersisih jika anda tidak mahukan seks sedangkan dia mahu, tetapi anda tidak seharusnya rasa terpaksa mengadakan seks sebelum anda bersedia. Seks sepatutnya sesuatu yang menyeronokkan, bukannya satu tugas.

Seks tidak hanya bermakna penetrasi. Rangsangan daripada sentuhan sahaja boleh jadi sangat menyeronokkan. Perkataan dan pelukan boleh digunakan untuk menyatakan kemesraan dan emosi. Anda berdua akan mendapat manfaat daripada kemesraan ini, sehingga anda berdua bersedia untuk mengadakan seks semula.

Suami anda mungkin rasa tidak pasti mengenai seks selepas pengalaman melihat proses kelahiran. Dia mungkin bimbang seks akan menyakitkan anda, atau dia mungkin tidak pasti mengenai perasaannya sendiri. Bincanglah mengenai apa yang membimbangkan anda berdua. Dengan berkongsi masalah dan bersikap jujur sesama sendiri, anda boleh menyelesaikan masalah ini bersama-sama.

 

Ada Tak Tips Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengembalikan Ghairah Seks Selepas Bersalin?

1) Berpeluk dan Bermanja

Cuba berpeluk-pelukan dan bermesra dahulu supaya anda akan beransur-ansur selesa disentuh secara seksual semula. Lakukan perlahan-lahan. Bersentuhan dan berciuman tanpa mengharapkan ia akan menjurus kepada seks penetratif. Jika anda gementar atau resah, atau bimbang ia akan menyakitkan, anda tidak akan rasa terangsang. Maka seks akan jadi tidak selesa kerana faraj anda tidak cukup basah.

2) Pelincir

ky jelly

Anda boleh gunakan jeli pelincir seperti KY Jelly jika bahagian perineal anda rasa sensitif kerana ini boleh membuatkan seks lebih selesa. Jangan guna pelincir berasaskan minyak jika anda menggunakan kondom kerana ini boleh membuatkan kondom bocor. Pelincir juga akan membantu menyelesaikan masalah kekeringan faraj yang anda alami, yang mana ia adalah sesuatu yang biasa jika anda menyusu badan.

3) Lakukan Secara Perlahan – Lahan

Apabila anda rasa sudah bersedia, cuba jangan tergesa-gesa. Ia seharusnya sesuatu yang berlaku secara natural, dan anda berdua seharusnya rasa bersedia dan cukup terangsang. Cuba posisi yang tidak memberi terlalu tekanan pada mana-mana bahagian yang sensitif. Memulakannya dengan anda berada di atas bermakna anda boleh mengawal kadar dan kedalaman penetrasi.

Jika anda mula rasa sensitif atau tidak selesa, mintalah suami berhenti seketka. Dia boleh cuba menyentuh klitoris anda perlahan-lahan. Sebaik sahaja anda rasa terangsang, anda boleh cuba semula.

4) Sentiasa Bersabar Dengan “Gangguan” Dari Bayi

Jika keletihan ialah penghalang utama anda, cuba bersama suami semasa bayi anda sedang tidur supaya anda tidak terlalu letih untuk menikmatinya. Bayi anda mungkin akan terjaga pada bila-bila masa, tetapi anggaplah ia sebagai sesuatu yang kelakar dan tunggu sehingga peluang seterusnya tiba. Bersabarlah… keadaan akan jadi lebih mudah apabila bayi anda mula tidur sepanjang malam.

5) Suasana Romantik

romantic room

Anda juga boleh menghias bilik tidur anda untuk kelihatan cantik seperti malam pertama. Letak bau – bauan yang boleh meransangkan suasana anda dan pasangan anda. Selain itu anda juga boleh menggunakan lampu yang samar untuk kelihatan lebih romantik.

6) Makanan Yang Berkhasiat

Amalkan pemakanan yang berkhasiat, minum banyak air dan berehat bila-bila sahaja yang boleh. Menjaga bayi baru sangat meletihkan. Anda perlu menjaga diri sendiri untuk meningkatkan tenaga anda. Anda juga dinasihatkan untuk mengambil makanan tambahan untuk menampung dimana – mana kekurangan dalam badan anda.

7) Senaman Kemut

Teruskan membuat senaman lantai pelvis untuk menguatkan semula otot faraj anda. Ini akan membantu meningkatkan keseronokkan anda terhadap seks.

8) Elak Keputihan

keputihan

Sekiranya anda mengalami masalah keputihan yang melampau. Amalkan kebersihan atau mengambil Alfalfa dan Garlic untuk menghilangkan masalah tersebut. Kenapa saya syorkan Alfalfa dan Garlic?

Alfalfa 

alfalfa

Untuk pengetahuan anda, Alfalfa digunakan dalam perubatan tradisional Cina sejak kurun ke-6 untuk merawat pelbagai penyakit seperti masalah buah pinggang, mengelakkan edema, artritis, memperbaiki sistem pencernaan, sistem rangka, kelenjar dan salur kencing. Alfalfa digunakan untuk membersihkan darah dan detoks tubuh.

Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral penting dalam tanah berbanding tumbuhan lain, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.

Alfalfa juga berfungsi seperti kacip fatima dan sesuai untuk wanita yang ingin merapatkan semula vagina selepas bersalin. Selain itu, Alfalfa juga mampu untuk mengurangkan masalah keputihan pada wanita.

 

Garlic

garlic complex shaklee

  • Antibiotik Semulajadi
  • Selamat dan sangat bagus untuk kegunaan jangka masa panjang.
  • Meningkatkan sistem imun pada tubuh badan manusia
  • Menghalang penyakit seperti batuk , demam, selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida
  • Mampu melawan bakteria dan jangkitan kulat.
  • Menghalang Alergi dengan cara mempertingkatkan sistem imun pada tubuh

 

9) Pengambilan Vitamin E

vita-e-complex

Kenapa Vitamin E Shaklee?

Kebanyakkan wanita yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.

Manakala lelaki pula yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya.

Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Anda boleh baca DI SINI (SILA KLIK)

 

>> Testimoni Hubungn Kelamin Bertambah Power! (KLIK SINI)

 

Untuk dapatkan hubungan seks yang indah dan menggairahkan pastikan anda dan pasangan berbincang terlebih dahulu. Amalkan tips – tips yang disarankan. Berusahalah untuk memperbaiki dan menghangatkan semula hubungan seks anda. Jangan biarkan ia menjadi hambar dan membosankan. Bertindak sekarang sebelum terlambat.

 

Berminat untuk mendapatkan barangan Shaklee, boleh Call atau WhatsApp saya Dilla Jalil 017-5657552 atau klik sahaja icon di bawah.

 

order-sekarang-juga

ATAU

Pengedar Shaklee dan Cod Shaklee Ipoh

 

Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

Dilla Jalil (facebook)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat berbisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

Tagged with →  
Share →

13 Responses to Adakah Seks Selepas Bersalin Menakutkan Atau Lebih Mengghairahkan?

  1. Ubat ketat si alfalfa tu memanggggg berkesan.. tak menyesal cuba.. tak guna dah kacip fatimah kacik katijah ke 🙂
    norfaziela mohd noor menulis…Whitening Pack : Set Cantik Mampu MilikMy Profile

  2. Ros says:

    cakap pasal pantang tu.. org tua2 selalu ckp.. badan nak pakai lama. elokla berpantang 100 hari.
    Ros menulis…Testimoni Set BersalinMy Profile

    • MamaQaireen says:

      kan..tapi sekarang ni ramai yang tak sanggup nak berpantang lama, masa dalam pantang dh keluar bergaya. tapi tak pelah..masing2 mempunyai pendapat masing2.

  3. Sebelum amalkan Shaklee ms anak pertama hingga ke4, mesti ‘seriau’ bila nak bersama lps bersalin sbb terbyg2 koyakan dan jahitan bhgn bwh..lg satu terasa tegang kesan jahitan tu..tp ms anak ke-5 bila ambik shaklee sepanjang hamil dan berpantang, tiada lg rs takut2 waktu nak bersama suami..
    Najihah Abdul Mutalib menulis…TIPS ATASI MENGANTUK DALAM KELAS SUPAYA TAK KANTOI DENGAN PENSYARAHMy Profile

  4. Entri Thorbaek!! Mohon share
    Abdul Haq Baba menulis…8 Tips Memilih Buggy Stroller Part 1My Profile

  5. AZENI AHMAD says:

    Hehehe.
    Gelojoh nye sampai tak sabar.
    Alahai.
    Perbincangan suami isteri sangat penting.
    Terbaik perkongsian.
    AZENI AHMAD menulis…Petua Untuk Sembuhkan Batuk dan Selesema Kanak- Kanak Secara AlamiMy Profile

    • MamaQaireen says:

      Ada orang baby baru 2 bulan dah hamil semula tau..hehee

      • Saya seghiau !!!
        memang bgtau takut nak bersama dengan somi.
        Lepas tu, ada kawan advise, rasa takut tu yang buat bukaan tak berapa nak bukak..hihi
        Mental kene ready betul2 n fikirkan yang indah2 je…
        Bila dah ready,tentunye mengghairahkan..hihi

  6. Azeni Ahmad says:

    Tempoh berpantang lama ataupun tidak bergantung pada kesihatan badan sendiri.
    Yang disuruh pantang lama sebab rahim belum cukup pulih sepenuhnya.
    Nak berjalan pun duk ampu lagi memang la tak kuat lagi.
    Azeni Ahmad menulis…Tempoh Pantang Bersalin Lama : Kepercayaan atau Kesihatan?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge