Kegembiraan bagi seorang ibu yang hamil adalah makanan. Betul tak? Terlintas sahaja dalam pikiran mesti akan cari. Tak payah susah pun, suami akan carikan apa yang kita nak. Seronoknye..hehee. Mulut setiap hari mengunyah, perut pula setiap masa akan rasa lapar.
Tapi tak lama lagi dah nak puasa. Biasa tak dengar ayat2 seperti ini :
“Badan saya cepat penat”
“Perut saya banyak angin, sampai termuntah”
“Saya tak boleh makan lambat, mesti menggigil satu badan”
Macam mana nak buat ni? Selamatkah nak berpuasa ketika hamil ni?
Sebelum saya nak cerita lebih lanjut lagi apa kata kita ketahui dahulu, apakah hukumnya bagi wanita hamil berpuasa di bulan Ramadan?
Kebanyakan ulama berpendapat bahawa tidak boleh berpuasa jika si ibu khuatirkan keselamatan bayi dan kesihatan mereka terjejas kerana tidak makan dan minum.
Ini bertepatan dengan firman Allah
” dan jangan kamu membunuh diri kamu ‘ (al-Nisa’ 4:29)
“dan jangan kamu mencampakkan diri ke dalam kebinasaan” (al-Baqarah 2:195)
Terdapat dua hukum dalam keadaan ini. Hukum pertama ialah wanita hamil yang bimbang tentang kesihatan dan keselamatan dirinya ketika puasa.
Ulama bersependapat bahawa wanita yang hamil dan bimbang akan kesihatan dirinya, makan mereka hanya wajib menggantikan puasa saja dan tidak harus membayar fidyah kerana dalam keadaan ini wanita hamil itu sakit dan dalam bahaya.
Hukum kedua ialah wanita hamil yang sihat dan tetapi bimbang kelesalamatan dan kesihatan bayi di dalam rahimnya.
Dalam hal ini ulama memberikan pendapat dibolehkan berbuka puasa tetapi beliau harus menggantikannya di hari lain dan harus membayar fidyah.
“barang siapa yang uzur (tidak boleh berpuasa), makan hendaklan membayar fidyah dengan memberikan makan pada orang miskin…’ (al-Baqarah 2;184)
Dalam fatwa al-Shaykh Ibn Baaz (lihat juga al-Mawsoo’ah al-Fiqhiyyah 16/272) memberitahu adalah wajib bagi wanita unutk berbuka puasa jika puasanya akan mendatangkan kemudharatan dirinya atau ayinya, dengan syarat ia dinasihatkan oleh doktor Muslim yang baik.
Credit daripada blog Dr. Zubaidi :
Kebetulan saya ada video yang nak di kongsikan bersama untuk ibu2 semua. Seorang ibu hamil yang berusia 34tahun yang berjaya berpuasa selama 30hari.
Apa yang akak ni lakukan? Jom kita saksikan.
Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni… from iReach HD on Vimeo.
Wow! teruja sangat akak tu.
Actually saya sendiri pun pernah berpuasa semasa mengadungkan Hasya. Alhamdulillah rasanya lebih mudah kot berpuasa ketika hamil berbanding menyusukan baby. Cumanya masa tu saya jadi macam budak2 sikit lah..hehee.
Buka puasa je terus minum sampai 2 ke 3 gelas. Sebab rasa haus sangat2. Pastu perut dah sengkak. Lepas selesai solat dalam kul 10pm baru rasa lapar dan nak makan. Macam2 ragam ibu mengandung ni kan? 😉
Kalau mengikut pengalaman saya pula, ketika sahur saya wajib makan nasi dan ambil Might 3 Gems yang mengandungi ESP, Mealshake & PD. Kalau tak ambil ni memang lembik sangat badan. Memang tak larat nak puasa.
Masa sahur tu pula saya tak ambil makanan yang pedas dan banyak minyak. Sebab takut pedih ulu hati. Seksa wooo….dahlah perut makin maju ke depan, sengkak dan pedih ulu hati pula. Serius tak sanggup.
Pastu bila rasa saya penat, saya akan tido. So waktu tengahari di opis memang tak de harapan lah nak cari saya. Tepat je kul 1pm dah lena dalam surau. Siap bawa bantal kecil lagi tu, nak tampung perut. 🙂
Itulah serba sedikitlah pengalaman saya berpuasa ketika hamil. Hari ni saya nak share pula info yang sangat berguna untuk anda semua. Saya dapat daripada Babycenter. Sharing is caring kan..Teruskan membaca…
6 Soalan Adakah Selamat Saya Berpuasa Ketika Hamil?
- Selamatkah Saya Berpuasa Ketika Hamil?
- Bagaimanakah Saya Boleh Tahu Yang Saya Ni Boleh Berpuasa?
- Apakah Persediaan Yang Perlu Saya Lakukan Untuk Berpuasa?
- Apakah Tanda – Tanda Bahaya Yang Perlu Saya Ketahui Ketika Saya Berpuasa?
- Ada Tak Cara Yang Mudah Supaya Saya Dapat Berpuasa?
- Makanan Apakah Yang Saya Perlu Ambil Ketika Berbuka Puasa?
1.0 Selamatkah Saya Berpuasa Ketika Hamil?
Tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini. Walaupun beberapa kajian telah dibuat, kami masih tidak pasti jika berpuasa adalah selamat untuk anda dan bayi anda.
Walau bagaimanapun, berpuasa ketika hamil nampaknya selamat untuk anda dan bayi jika anda rasa cukup sihat, dan kehamilan sedang berlangsung tanpa masalah.
Kebanyakan pakar-pakar agama berpendapat yang wanita hamil patut berpuasa jika kesihatan mereka mengizinkan. Mereka juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bakal ibu rasa tidak sihat. Ramai bakal ibu wajib menggantikan puasa (qada’) tersebut setelah bayi dilahirkan.
Bincang dengan doktor anda, dan minta pendapat guru agama atau mereka yang arif dengan hukum Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul.
2.0 Bagaimanakah Saya Boleh Tahu Yang Saya Ni Boleh Berpuasa?
Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Bayi memerlukan nutrien daripada anda, dan jika badan anda mempunyai simpanan tenaga yang cukup, kesan puasa pada bayi anda mungkin berkurang.
Bagaimana badan anda menghadapi puasa juga bergantung kepada:
- peringkat kehamilan;
- kesihatan am anda sebelum hamil;
- berapa lama anda berpuasa dalam sehari.
3.0 Apakah Persediaan Yang Perlu Saya Lakukan Untuk Berpuasa?
Perancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.
Bincanglah dengan doktor anda, yang boleh memeriksa kesihatan anda dan bagi apa-apa komplikasi yang mungkin anda terdedah kepada kerana puasa, seperti kencing manis semasa hamil (diabetis gestasi) dan anemia.
Anda mungkin perlu diperiksa dengan lebih kerap untuk memantau tahap gula dalam darah anda. Puasa tidak selamat jika anda mempunyai kencing manis dan hamil.
Jika anda biasa minum banyak minuman berkafein seperti kopi, teh dan cola, kurangkan jumlah yang diminum sebelum mula berpuasa untuk mencegah sakit kepala akibat “withdrawal”.
Anda tidak harus minum lebih daripada 200mg minuman berkafein dalam sehari semasa hamil, iaitu kira-kira dua cawan kopi segera. Ingat bahawa coklat dan teh hijau juga mengandungi kafein.
Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan, samada mengurangkan waktu kerja anda atau memberikan anda lebih masa untuk rehat semasa waktu bekerja.
Doktor, bidan atau pakar diet anda boleh menolong anda memantau keperluan diet anda.
>> Kepentingan Air Dalam Tubuh Badan Manusia (klik sini)
Simpan dairi makanan, supaya anda tahu apa yang anda makan dan minum.
Persediaan awal seperti membereskan urusan beli-belah dan tugasan tertentu boleh dilakukan sebelum berpuasa.
4.0 Apakah Tanda – Tanda Bahaya Yang Perlu Saya Ketahui Ketika Saya Berpuasa?
Hubungi doktor anda secepat mungkin jika:
Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan. Anda mungkin akan ditimbang apabila menghadiri temujanji pranatal anda, tetapi anda mungkin juga ingin mengesan berat badan dengan menimbang diri sendiri di rumah.
Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan, yang boleh menyebabkan anda lebih terdedah kepada jangkitan saluran kencing atau jangkitan lain.
- Anda pening kepala atau rasa sakit, atau demam.
- Anda loya atau mula muntah.
Juga hubungi doktor dengan serta-merta jika:
Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda seperti jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang.
Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
Anda rasa pening, pitam, lemah, keliru atau letih, walaupun anda telah berehat yang baik. Buka puasa dengan segera dan minum air yang mengandungi garam dan gula, atau satu jenis ubat rehidrasi oral seperti Dioralyte, dan hubungi doktor.
5.0 Ada Tak Cara Yang Mudah Supaya Saya Dapat Berpuasa?
Sentiasa bertenang dan elakkan stres. Perubahan dalam rutin anda, kekurangan makanan dan air, dan makan dan minum pada masa yang berlainan, boleh menyebabkan tekanan.
Wanita hamil yang berpuasa pada bulan Ramadan didapati mempunyai tahap hormon kortisol dalam darah mereka yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak berpuasa.
Terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.
Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
- Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
- Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
- Kurangkan kerja rumah dan apa-apa aktiviti yang meletihkan
6.0 Makanan Apakah Yang Saya Perlu Ambil Ketika Berbuka Puasa?
Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur. Makan makanan ringan yang sihat sebelum tidur, dan jika anda perlu, gunakan jam penggera anda jika anda perlu, supaya anda tidak terlepas sahur.
Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan. Karbohidrat kompleks, seperti yang didapati daripada bijirin penuh mil dan benih, dan makanan tinggi serat, seperti dal, sayur-sayuran dan buah-buahan kering, akan memberikan tenaga. Ini juga akan membantu untuk mengelakkan sembelit.
Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
Elakkan juga makanan yang tinggi lemak dan terlalu diproses. Buat pilihan yang lebih sihat seperti kentang atau kacang kuda.
Pastikan anda mendapat protin secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Ini akan membantu bayi anda membesar dengan sihat.
Cuba minum kira-kira 1.5 hingga 2 liter air atau minuman lain dari masa berbuka puasa hingga sahur dan elakkan minuman berkafein seperti kopi dan teh. Kafein menyebabkan badan anda kehilangan lebih air semasa kencing, dan anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas.
Saya Masih Kurang Pasti Sama Ada Saya Perlu Berpuasa Atau Tidak. Apa Yang Perlu Saya Lakukan?
Berbincanglah dengan ahli keluarga, doktor atau ahli agama sebelum membuat keputusan.
Timbangkan satu percubaan puasa selama sehari atau lebih, lihat bagaimana keadaan, dan kemudian kembali ke doktor untuk pemeriksaan.
Jika Saya Nak Berpuasa, Makanan Tambahan Apa Yang Perlu Saya Amalkan?
Saya mencadangkan ibu hamil mengambil Set Kehamilan Shaklee yang lengkap untuk kesihatan dan kecergasan sepanjang anda melakukan ibadah puasa.
Set Lengkap Kehamilan Daripada Shaklee (klik sini)
-
Vitalea with Iron Formula
-
B Complex
-
Vitamin C
-
Ostematrix
-
ESP
- Omega Guard
Sekiranya ibu2 ingin berpuasa ketika hamil, nasihat saya pastikan ibu mempunyai kesihatan yang baik, jaga pemakanan, jangan tinggal untuk bersahur, amalkan pengambilan makanan tambahan dan rehat yang secukupnya.
InsyaAllah ibu2 pasti boleh dan berjaya. Cuba tengok balik Video akak yang berpuasa ketika hamilkan anak ke 4 tu. Betapa cerianya beliau, malah dapat berpuasa sehingga 30hari. Best kan?
Dapatkan Set Kehamilan Shaklee hari ini juga. Anda boleh terus menghubungi saya Dilla Jalil di 017-5657552.
Buat persiapan awal bagi menantikan kedatangan Ramadhan. Anda juga boleh terus klik pada icon dibawah.
ATAU
******************
Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.
Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!
Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
Dilla Jalil (facebook)
COD : KFC Medan Gopeng
Anda nak buat berbisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)
kalau awal-awal tu, ok lagi.
tapi lepas tu, memang bukak puasa je la.
titan menulis…Komisen ke 47 dari Ashadee.com
hehee..tapi berpuasa time peknen lagi ok ddari puasa time menyusukan baby tau..cuma rasa malas 2x ganda lah..hahahaha..(alasan sebenarnye)