Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setiap wanita yang dah berkahwin tentunya ingin merasa untuk mengandung betul tak? Tapi bukan semua wanita bernasib baik ketika mengandung. Haaa kenapa pula saya cakap macam tu? Sebabnya ada sesetengah wanita tidak pernah langsung rasa alah. Tetapi ada juga yang alah teruk ketika mengandung sampai tak boleh nak bangun!

Salah seorangnya saya lah..hukhuk..

alah ketika mengandung

Saya sendiri pun tak pasti, mungkinkah disebabkan keturunan atau apa? Tapi yang pastinya adalah disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan kita.

Mengikut doktor yang merawat saya, beliau cakap. Kalau lagi kuat alah tu, InsyaAllah lagi kuat baby tu nanti.

Maknanya hormon dalam badan kita tengah “berubah” dengan kehadiran budak comel dalam rahim kita 😉

Seronok memanglah seronok, tak sabar nak peluk, cium dan dukung baby dalam perut ni. Tapi sebelum dia nak keluar, mama dah macam zombie dekat rumah. Semua benda tak kena, semua benda dah tak boleh nak buat, muntah..muntah..muntah je kerjanye. Camne?

Saya paling jeles sekali kalau tengok ibu mengandung yang aktif macam tak de apa pun berlaku kan? Macam sahabat saya ni, Ainul. Siap berjalan lagi tu…

Ainul Siap Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

Best betul Ainul ni. Macam mana ibu mengandung nak jadi cergas macam tu yek? Ok saya akan share satu persatu. Kebetulan saya pun dah pernah mengandung 2 kali.

Cerita Saya Sewaktu Alah Teruk Ketika Mengandung

Saya muntah tak henti2 setiap hari. Bayangkan sampai dah tak de apa lagi yang nak keluar dari perut ni. Sampai muntah kuninglah. Alah pula sampai umur baby 5 bulan kalau tak silap saya.

Saya sampai terpaksa ambil unpaid leave waktu tu. Sebabnya dari 8.30am – 10am lebih 5 kali muntah. Mana larat nak naik turun tangga. Toilet opis saya tingkat bawah, bilik saya tingkat atas. Penat wooo…

Lepas tu bila dah banyak kali muntah, bleeding pulak. Mungkin sebab tekanan pada ari2, naik turun tangga dan kerap sangat muntah.

 

tumis bawang putih

Lagi satu benda yang menyeksakan ialah saya tak boleh bau semua jenis minyak wangi, sebarang benda yang di tumis, bau minyak yang tengah panas, lagi2 bau tumis bawang putih (tengah tulis ni sambil tengok gambar di atas tiba2 teringat masa alah..nak muntah pulak rasanye..hahahaha).

Paling hebat sekali saya tak boleh bau asap rokok. Serius tak boleh. Bila bau asap tu rasa nak hempuk2 je orang yang isap rokok tu tau. Punye kuat deria bau saya. Pernah sekali masa dalam kereta tiba2 je saya nak muntah sebab terbau asap rokok.

Rupa2nye sebelah kereta saya dekat trafic light ada orang isap rokok. Hebat tak? Walhalnye..tingkap tertutup.

7 Cara Saya Atasi Alah Teruk Ketika Mengandung.

Masalah alah ketika mengandung ni serius memang seksa giler! Rasanye macam tak de apa pun yang boleh ubat. Gunalah apa pun..rasa loya dan muntah tu mesti akan ada juga.

Tapi dalam teruk2 saya alah..ada beberapa cara yang saya buat. Alhamdulillah berkesan. Bukanlah maksudnya terus hilang. Tapi ada lah juga rasa kurang.

1) Minum Air Suam

Disebabkan muntah tak henti2. So tekak kita akan rasa pedih. Apa yang saya buat, saya akan minum air suam. Pastu rasa macam best sangat air suam tu melalui tekak dan terus sampai ke dalam perut.

Lepas minum terus muntah balik. Biasalah tu..pastu saya akan minum balik sikit2. Dapat 1 atau 2 teguk pun jadilah. Supaya saya tidak kehilangan air dalam badan.

2) Kunyah Kismis

ligo kismis

Bila dah masuk kerja, tak larat lah saya asyik nak ke toilet je. So bila rasa loya atau nak muntah, saya akan kunyah kismis.

1 hari sampai 1 kotak kismis saya makan. Ni saya amalkan masa mengandungkan Qaireen.

3) Kunyah Asam atau Benda Masam

Berlainan pula masa mengadungkan Hasya. Saya suka benda masam2 pula. Macam2 perangai pelik ibu mengandung ni kan? Dekat rumah memang ada ajelah asam.

chewable-vita-c-plus

Tak cukup dengan asam, Chew Vitamin C pun saya isap. satu hari biasanye sampai 5 biji. Tapi kalau ikutkan hati..1 botol pun boleh habis..hahaha. Rasa dia sedap, macam oren dan lemon.

Sambil2 nak hilangkan rasa alah, saya dan baby pun sihat. Sebab isap Chew Vitamin C setiap hari.

4) Tidur

Ni paling senang dalam dunia. Tak kiralah dekat rumah atau di pejabat. Inilah kerja saya bila ada masa terluang. Waktu lunch lebih best tidur di surau daripada keluar pergi beli makanan.

Bukan tak nak pegi kedai, saya takut kedai yang saya pegi tu tengah tumis bawang putih. Alamatnye dekat kedai tu juga saya muntah.

Saya rasa waktu kita tidurlah waktu paling bahagia sekali. Kalau en. suami ada dekat rumah..kasilah peluang isteri tidur sekejap. En. suami tolonglah jaga anak2. En. suami perut berangin pun dah terbungkang tidur tak sedar diri. Inikan kami  4 bulan muntah tak henti2 😉

5) Pergi Shopping

Yang ni paling pelik dalam dunia. Dalam masa tak larat nak bangun, tak larat nak berjalan, tak larat nak makan..bila suami ajak gi shopping. Segarlah pulak! Hilang jap rasa loya dan muntah.

Tapi dengan syarat jangan sesekali lalu dekat2 food court dan tempat yang ada jual minyak wangi. Berlari masuk toiletlah jawabnye nanti. Tak tahan bau semua tu.

6) Mengaji

Alhamdulillah sepanjang saya mengandungkan Qaireen dan Hasya saya suka mengaji. Bukan niat nak menunjuk atau apa yek. Tapi serius cakap, bila kita mengaji..kita akan rasa tenang sangat.

>> 8 Surah Amalan Ketika Mengandung Yang Bagus Untuk Dibaca (sila Klik)

 

1 hari dapat baca 1 mukasurat pun jadilah. Kita akan rasa dekat dengan Allah. Lagi pun dah memang segala2nya datang daripada Allah kan. So kita serah 100% dekat Dia.

7) Mandi

Yang terakhir saya suka mandi. Bila mandi kita akan rasa segar sedikit. Mandi dengan air sejuk dan shampoo rambut. Saya guna Revitalizing Shampoo. Sebabnye Shampoo tu tiada bahan toksik dan tiada paraben.

Kita kan tengah mengandung. So mestilah nak jaga kesihatan diri sendiri dan baby dalam kandungan juga.

>> Kenapa Lepas Bersalin Rambut Banyak Gugur? (sila Klik)

Itulah serba sedikit amalan yang sering saya buat sepanjang mengandungkan anak2 saya. Walaupun Allah beri ujian hebat macam tu sampai terlepuk dekat rumah nak buat apa pun tak boleh.

Alhamdulillah sepanjang dalam pantang, anak2 saya memang senang sangat nak jaga. Tak nangis tengah malam, tak meragam..senang jaga mereka berdua.

Berbaloi lah seksa sampai nak dekat 6 bulan setiap kali mengandung 😉

Dalam tak larat nak buat apa pun, saya tetap jaga kesihatan diri  sendiri dan baby dalam kandungan. Saya paksa diri saya ambil suplemen. Sebabnye kalau saya tak ambil apa2 suplemen, lagi lembik badan saya.

Macam Ainul cakap dalam video di atas, saya pun setiap hari mesti ambil Ostematrix. Wajib ambil!

ostematrix

Ostematrix bagus untuk Ibu Mengandung yang selalu :

Disebabkan setiap apa saje yang kita ambil kita nak muntah. So saya ambil suplemen waktu malam. Lepas makan saya terus tidur.

So tak delah terkeluar balik suplemen tu. Tak de lah membazir..hehee

>> Set Hamil Lengkap Untuk Ibu Mengandung (sila Klik)

 

Cumanya masa awal2 mengandung saya ambil suplemen bentuk cecair. Sebab saya tak boleh masuk banyak2 pil. So saya ambil ESP + Mealshake + Performance setiap pagi.

Lengkap keperluan harian saya dengan..

ESP : Memberi tenaga dan rasa kenyang

Mealshake : Multivitamin

Performance : Kekal kan bendalir dalam badan

 

Jika anda mengalami alah yang teruk, saya faham. Saya juga salah sorang dari anda. Saya sampai sekarang tak boleh nak makan apple hijau tau.

Apple hijau tu ajelah satu2nye makanan yang boleh masuk dalam perut saya masa mengandungkan Qaireen. Seksanya Allah saje yang tahu.

Tapi tak kan kita nak biar diri kita tak bermaya kan? So mulai hari ni anda perlu ambil vitamin shaklee untuk kekal bertenaga dan ceria setiap hari.

Vitamin ni bukan untuk ibu mengandung sahaja. Baby dalam perut tu pun perlu dapatkan makanan yang berkhasiat dari ibu. Kalau ibu tak lalu nak makan, macam mana dengan baby dalam kandungan betul tak?

Tak perlu tunggu lagi. Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 sekarang juga. Anda juga boleh WhatsApp saya.

Saya akan cadangkan set apa yang sesuai untuk anda. Sama ada bentuk cecair atau pil. Stok barangan Shaklee sentiasa ada dirumah.

 

order-sekarang-juga

ATAU

Pengedar Shaklee dan Cod Shaklee Ipoh

 

Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!

 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

Dilla Jalil (facebook)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

Tagged with →  
Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge