Persoalan yang mudah tapi hampir sakit kepala nak pilih. Lagi2 kalau ibu yang baru nak ada baby. Kawan ni cakap, “alah babywearing je”. Kawan yang ni pula cakap, “beli stroller lagi senang”. Sakit kepala kan? Mana satu yang terbaik untuk bayi dan ibu ni? Ibu pun bukannye cop duit nak kena beli semua ni tiap2 bulan..haha….

Untuk merungkaikan segala permasalahan ni, jom kita buat Babywearing Vs Stroller. Kebetulan saya ni memang guna kedua2nya sekali. So ada bagusnya saya share pengalaman dan kegunaan kedua2nya.

Terpulang pada anda untuk memilih yang mana satu terbaik.

Babywearing Vs Stroller, Mana Satu Yang Terbaik Untuk Bayi Dan Ibu?

 

 

Ibu Babywearing Memang Cool

babywearing yoga

Cuba tengok gambar ni, sambil Yoga pun boleh berbabywearing tau..haaa bestkan. Memang memudahkan kerja seorang ibu. Nak masak, sidai kain, update blog, bersenam, berjalan dan macam2 lagi. Letak je anak dalam tu.

Kebaikan Babywearing

  • Memudahkan ibu bergerak ditempat awam
  • Mudah untuk bershopping dan berhimpit tempat sesak 😉
  • Tak perlu dukung
  • Beri keselesaan kepada baby
  • Memudahkan untuk ibu menyusu baby
  • Mengeratkan hubungan ibubapa dan baby
  • Cara paling mudah untuk tidurkan baby
  • Dan banyak lagi

Tetapi..anda perlu berhati2 dalam memilih carrier. Ini kerana cara pemakaian carrier juga memainkan peranan penting. Jika anda mencari carrier yang salah, kesian dekat anak anda nanti

babywearing

Cuba lihat pada gambar diatas. Jika kita menggunakan carrier belah kiri, kelihatan anak kita tidak selesa betul tak? Sekiranya baby tersebut baby boy, ia juga memberi tekanan kepada buah zakar.

Untuk ibubapa yang baru berjinak2 dengan baby carrier. Pesanan saya berhati2 ye dengan carrier yang anda beli.
  1. Pastikan kaki baby dalam kedudukan yang betul
  2.  JANGAN letakkan baby mengadap ke arah luar dengan kaki terjuntai.
Kaki menjuntai yang menghadap ke arah luar boleh meregangkan dan meningkatkan risiko kepada hip dysplasia.
 
Apabila anda memakai dengan arah ke luar dengan kaki terjuntai, ia akan meletakkan beban berat dibahagian bawah iaitu di kelangkang / buah zakar / symphysis kemaluan mereka.
 
Bayangkan bagaimana anda akan berasa jika anda sedang duduk dengan semua tekanan yang pada kemaluan anda?
Analogi mudah yang dapat saya berikan. Kita kepenatan mengayuh basikal dalam tempoh yang lama. So pangkal paha kita tentunya akan sakit dan lenguh betul tak? Emmm..macam tu jugalah baby kita.

Jenis – Jenis Carrier

  • Ring Sling (RS)
  • Pouch
  • Wrap
  • Mei Tai
  • Soft Structured Carrier (SSC)

Kalau ikut pengalaman saya berbabywearing ni memang bestlah, lagi2 kalau nak gi tempat yang ramai orang. Senang nak bergerak, nak menyusu dan tak risau anak hilang (budak2 kan aktif berlari).

Ring SlingGambar saya ber Ring Sling. 2 gambar diatas bersama Qaireen. 2 gambar yang dibawah ni bersama Hasya.

 

babywearing SSCYang ni gambar saya ber SSC pula. Qaireen sampai 4 tahun pun mama kendong dekat belakang juga.

Haaa…itu serba sedikit pasal babywearing. Sekarang kita cite pasal stroller pulak. Apa yang best sangat guna stroller ni? Jom terjah..

 

Ibu Menggunakan Stroller Yang Super Ohsem

 

stroller

Orang cakap, guna stroller ni ibu2 susah nak bergerak? Betul ke? Tapi kalau tengok pada gambar di atas bukan main seronok lagi mama2 tu bersenam. Sambil berjalan tolak stroller sambil bersenam gitu. Banyak juga dapat keluarkan peluh. Serius ohsem sangat!

Jom kita cari pula apa kebaikan stroller ni untuk ibu dan baby.

Kebaikan Stroller

  • Tak perlu dukung
  • Boleh sangkut / letak pelbagai barang di dalam stroller
  • Baby tidak mudah berpeluh (boleh letak kipas kecil)
  • Baby selesa tidur
  • Boleh jadi troli waktu shopping
  • Untuk megelakkan toddler tantrum, suruh dia duduk di stroller
  • Tempat mereka bermain / berangan tentang fantasi mereka (sambil duduk bercakap dengan patung mainan)

BACA : 9 Cara Mudah Atasi Anak Kuat Mengamuk dan Menjerit

 

Rupa2nya banyak juga kegunaan stroller ni. Sambil letak anak, kita boleh letak barang juga yek? Tapi tak susah ke nak bawa bila barang dah penuh dekat stroller.

Untuk pengetahuan anda semua, saya ni baru ada 2 orang anak. Tapi dah ada 4 stroller di rumah. 2 dah sedekah, tinggal 2 je lagi.

Gambar Stroller

Saya nak cite sikit pasal stroller ni. Yang no 1 dan no 2 saya dah sedekah.

No 3 tu Quinny Buzz. Memang bestlah, kalau bawa baby dalam tu. Jalanlah dekat tempat yang berlubang ke, berbukit ke, berbatu ke..anak kita tidur tetap lena. Bawa sebelah tangan pun boleh.

Selain tu juga, Quinny Buzz ni juga boleh dipadankan dengan Maxi-Cosi Cabriofix (car seat). Cuma saiz dia sedikit besar. Ala2 kereta BMW 🙂

Cuba tengok Video ni. Nak buka pun senang sangat.

No 4 adalah stroller paling best dan sangat2 berjasa untuk saya. Qaireen dah 5 tahun berat 18kg pun boleh duduk tanpa merosakkan stroller tersebut. Yang paling mengejutkan saya, bayangkan Hasya tgh tidur tiba2 Qaireen duduk di tempat letak kaki tu. Ajaibnya..stroller tu tak terangkat dan terbaik pun. Nak tolak pun senang.

Cuba tengok video di bawah ni. Saiz Baby Zen Yoyo yang  comel ni memang mudah sangat untuk anda yang suka travel. Lagi2 yang selalu naik flight.

So sekarang ni mana satu yang terbaik untuk anda dan baby? Semuanya terpulang pada anda untuk memilih. Nasihat saya, pastikan baby kita seronok menggunakan kedua2 benda ni.

Jangan beli sebab “pengaruh rakan sebaya” atau saja nak buat semak dalam stor. Anda boleh beli mengikut bajet anda, janji semua happy.

Sekarang ni pun dah ramai yang  jual secara online. Macam saya, SSC pertama (dah jual) dan SSC ke dua saya beli dengan Liza Yaakub SNUGGbaby. Kebetulan rumah kami dekat, so saya datang rumah dia jelah. Dan kebetulan juga masa tu ada extra SSC. So saya terus rembat jelah..hahaha. Rezeki.

Stroller pula saya beli dekat Raihana Mama Panda. Anda boleh join kutu stroller kalau nak beli secara “kutu” di group tertutup Mama Panda Store

Jika tanya saya, yang mana satu saya pilih? Gambar dibawah jawapannya 🙂

Multitasking Mak

Babywearing Vs Stroller, Mana Satu Yang Terbaik Untuk Bayi Dan Ibu? Kedua2 saya perlukan.

Ini adalah pengalaman dan pendapat peribadi saya sahaja. Jika anda suka Alhamdulilah, jika tak suka abaikan je.

Sebabnya, kadang2 tak larat juga nak kendong anak lama2. So saya letakkan dia dalam stroller. Kalau dia nak isap susu, saya masukkan balik dalam SSC. Senang kan?

Selamat bergadgets ibu2 semua 🙂

 

***********

Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

Dilla Jalil (facebook)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

 

Tagged with →  
Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge