Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Bercuti di Pulau Langkawi 3H2M bersama Shaklee adalah trip saya paling seronok. Itu yang mampu saya cakap, serius! Untuk pengetahuan korang, ni dah kali ke 7 saya ke Langkawi. Tapi inilah yang paling seronok.

Disebabkan kami tidak pernah lagi join mana2 trip Shaklee di Malaysia. Maka tahun ni  kami guna sepenuhnya point yang kami dapat untuk ke Shaklee 2015/2016 National Incentive Trip. Sambil2 tu bolehlah hanimun sekali kan? Hehe.

 

 

Bercuti Di Pulau Langkawi 3H2M Bersama Shaklee - Part 1

 

Shaklee ni suka beri hadiah yang menarik untuk leader2 yang berkelayakkan.

  • Tahun 2013 saya dapat 2 tiket ke Kota Kinabalu Sabah (tak pergi sebab dalam pantang).
  • Tahun 2014 saya dapat 2 tiket ke US.
  • Tahun 2015 saya beri tiket Umrah dekat Mak Mertua.
  • Tahun 2016 2 tiket Pulau Langkawi.

Kalau korang nak dapat trip macam yang saya dah pergi ni. Buat bisnes Shaklee betul2. Ehh..ehh..membebel pulak aku.

OK. Jom teruskan baca kisah saya sepanjang di Langkawi ni.

19hb Nov 2016 :

10.10am kami semua dah kena berkumpul di KLIA untuk check in beg dan ambil duit belanja makan. Shaklee bagi RM150 seorang. Saya pergi dengan suami. So dapatlah RM300. Untung yang dapat lebih dari 1 tiket. Sebab dapat duit lebih, duit balance tu buat shopping. Hehe.

Shaklee bagi RM300 tu untuk 3x makan.

  • Lunch Day 1
  • Dinner Day 2
  • Lunch Day 3

Bercuti Di Pulau Langkawi 3H2M Bersama Shaklee - Part 1

Best ke best? Mestilah best! Dapat Cash, lepas tu masuk bilik dapat free gift. Mau tak best? (senyum sampai ke telinga tau) 🙂

Lebih kurang 300 Leader Shaklee yang dapat pergi ke trip mewah ni. Tak salah saya ada 5 flight yang berbeza dan saya flight yang terakhir.

Sepatutnya pada pukul 12.10 kami dah naik flight, tapi delay lah pula sampai 02.10 petang. Disebabkan delay kami semua pun sampailah lambat.

Lepas tu pula, perjalanan dari airport ke Westin Hotel lebih kurang 30 ke 45 minit. Dah berapa minit habis dekat situ je kan?

Tambah tolak lebih kurang 04.15 petang baru kami sampai di Westin Hotel.

Sampai je dekat sana, siap disambut dengan kompang lagi tu. Wahhh..kalah retis. Tak caye tengok video bawah ni.

Nasib Westin bagi kami hi-tea dulu untuk lapik perut. Sedap pula tu makanannye, tapi tak boleh ambil banyak..sebab nak simpan ruang untuk Dinner. Haha..

Cumanya nasib saya dan suami kurang baik sikit. Dalam 300 orang yang pergi tu. Saya dah suami orang yg ke 299 yang baru dapat masuk bilik. Kau bayangkan lah dek non. Orang lain dah bercanda dalam bilik, ahkak basah ketiak tunggu kad.

Alhamdulillah akhirnya pada pukul 5.30pm kami pun dapatlah bilik.

Video ni saya share sikit gambar dalam bilik kami. Sebelah ruang je sempat share, lagi sebelah tak sempat sebab nak bersiap untuk dinner pula.

 

Masalahnya pula, kami kena berkumpul di lobby untuk pergi ke Meritus Pelangi Resort pada pukul 5.30pm. Tapi kami ni kul 5.30pm baru dapat masuk bilik. Kau rasa?

Apa lagi..memang huru hara dok mandi, solat & pakai baju dinner. Nasiblah temanye Tropical Sunset Dinner. So baju bunga2 tak payah nak iron bagai. Main sarung je.

Kawan2 dalam bas Group D terpaksalah tunggu kami berdua. Sorilah, macam lipas kudung dalam bilik nak bersiap. Hahahahaha..memori sungguh. Nasib berdua, kalau dengan anak ada yang aku sewa kereta pergi sendiri ke Meritus Pelangi Resort tu.

 

Bercuti Di Pulau Langkawi 3H2M Bersama Shaklee - Part 1

 

Bila sampai di Meritus Pelangi Resort, President Shaklee Ms Helen Lam dah tunggu untuk menyambut kedatangan kami.

Dapatlah kalung bunga2 tu. Sesuai sangat dengan tema kan?? Layanan memang terbaik..bergini punye baik.

Dinner kali ni berkonsep BBQ. Memang makan sea food tak hingat dunialah kami. Best dinner ni sebab dapat duduk meja depan dan tepi. Cepat je kami ambil makanan..muahahahaha.

 

Bercuti Di Pulau Langkawi 3H2M Bersama Shaklee - Part 1

 

On the way nak balik ke Hotel, tour guide kami ada bagi tahu.

Esok pagi akan ada morning call pukul 6.30am. Tapi hati2 bila dah masuk bilik. Sebabnya Westin hotel punya bilik, mereka guna Heavenly Bed. Harga tilam tu RM13k tau. Sekali kau rebahkan badan..perghhhhh..boleh bayang tak?

Bercuti Di Pulau Langkawi 3H2M Bersama Shaklee - Part 1

Besar katilnye. Bantal pun banyak. Memang layan habis. Best wehhhh..best!!
Kalau pergi sendiri, memang tak tidur hotel yang ada tilam macam ni. Memang cari hotel yang semalam bawah RM250 je kot.

Nasiblah pergi dengan Shaklee. Semua PERCUMA.

Nak tahu cerita DAY 2? Tunggu next entry pula ye. K babai…..

 

 

BACA : Percutian Kami Ke USA Bersama Shaklee (klik sini)

 

Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan.

 

 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

dilla jalil@gmail.com (e-mail)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge