Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hai..kembali lagi untuk episod seterusnye dalam kisah perjalanan saya ke Seoul Korea. Untuk hari ni saya akan cite macam mana saya memulakan perjalanan dari Ipoh – KLIA2 – Incheon, Seoul Korea

Tapi untuk entry kali ni, cerita saya banyak mengisahkan tempat saya bermalam di KLIA2. Iaitu di Capsule Container Hotel Bajet Di KLIA2.

hotel bajet klia2

Perjalanan Dari Ipoh ke KLIA2

  1. Menaiki ETS
  2. Menaiki Bas

Pada mulanye saya pilih untuk menaiki ETS. Tapi disebabkan tak beli tiket dari awal. So akhirnya tiket pada hari Ahad dari 3pm sampai 7pm dah habis. Nasihat saya, kalau anda nak pergi mana2 dengan ETS waktu hujung minggu, cuti sekolah atau hari perayaan. Lebih baik beli tiket 1 atau 2 minggu lebih awal.

hotel bajet klia2

Jadual Perjalanan ETS Setiap Hari Ipoh – KL Sentral

Kalau beli lambat macam saya ni, alamatnye mmg tak naik lah. Itu pun saya nak beli 3 hari sebelum naik. Haaaa..macam pisang goreng panas! Yang masih ada, waktu pagi dan waktu malam je.

Kalau beli tiket waktu malam takut tak sempat pula nak naik Ekspress KLIA (ERL). Tak pasal2 kena tidur dekat KL Sentral pula..hahaa..

hotel bajet klia2

Jadual Perjalanan ERL Setiap Hari

 

So akhirnya saya pun terpaksalah memilih untuk menaiki bas.

Sampai di Aman Jaya Jelapang Meru, saya pun terus cari kaunter bas yang boleh terus ke KLIA2. Cari punye cari saya ternampak 1 kunter ni.

hotel bajet klia2

Kaunter bas ni betul2 depan kaunter Air Asia. So saya pun belilah tiket. Naik bas kul 9pm dan sampai di KLIA2 hampir kul 1am.

Tiket bas berharga rm42 untuk perjalanan sehala kalau tak salah saya. Alamakk yang ni saya lupa pulak. Sori, hukhuk.

hotel bajet klia2

Bas Yang Selesa, Besar & Dapat Air Mineral Free Lagi Tau

Bermulalah perjalanan saya dari Ipoh ke KLIA2

Lebih kurang nak dekat pukul 1am, Alhamdulillah saya selamat sampai di KLIA2. Cerita lawak masa dalam perjalanan. Actually ni kali pertama saya ke KLIA2. Selalunya naik flight dekat KLIA, dulu dekat LCCT.

Pastu pula, saya ni mana lah tahu jalan dekat sana kannn? So masa dah nak sampai tu, hati bukan main gumbira tak hingat! Tapi bila ternampak je signboard KLIA, terus gelabah. Pastu dalam hati ni berkata2lah.

Ehhh, kenapa driver ni tak pergi KLIA2, kenapa dia pergi KLIA? Aduhhh jenuh pulak aku nak ambil cab untuk pergi ke KLIA2.

Rupa2nya lepas hantar penumpang ke KLIA, driver bas tu pergi ke KLIA2 pula. Hahaha, punyelah cuak, gigil sampai sakit perut! 😀

 

Perjalanan Dari KLIA2 ke Incheon

Sampai je di KLIA2 saya pun bermalam di capsule. Haaaa Apa benda capsule ni?

Capsule ni boleh dikatakan seperti hotel bajet lah. Kita boleh berehat dan tido disitu. Tempat mandi pun ada. Ala2 macam hostel mewah gittew.

Nak Lagi Best Cuba Tengok Video Capsule Container Hotel Bajet Di KLIA2 Ni

 

Best kan? So kalau sape2 yang nak bajet, dan tak sanggup nak tidur dekat kerusi (saya lah tu..hehe) Boleh lah pilih capsule ni untuk berehat. Saya 2 kali tidur disini. Selasa dan bersih.

hotel bajet klia2

Sampai Je Terus Melunjur Kaki

hotel bajet klia2

 

Sempat jugalah pam susu, nasib tempat sunyi dan tenang. So sekejap je susu dah penuh. Masa pam susu ni tengok muka Hasya puas2 dekat dalam HP. Rindu bau masam dia..hehe..

Hotel bajet klia2

IMG_1422

Tapi setiap bilik tu untuk seorang je. Lelaki dan perempuan diasingkan. Lepas tu pula setiap laluan kita kena gunakan kad. So kalau tak de kad, mmg tak boleh nak masuk atau gi mandi lah..

Kalau anda datang dengan family tak sesuai. Tapi kalau suami isteri tak pe. Cuma tak dapatlah nak tido berpelukan. Hikhik.

Senarai Harga dan Kemudahan Yang Disediakan

Hotel bajet klia2

Lepas check-in anda akan diberi :

  • Kunci
  • Kad
  • Towel (di dalam beg hitam)
  • Selipar (kalau masih ada..hehee)

Tapi anda kena beri deposit RM50 ye. Nanti dah check-out mereka akan bayar balik RM50 tu. Jangan risau k 🙂

Saya pilih yang 6 jam punye. Mula 12 tengah malam sehingga 6 pagi. Saya dah beli awal beberapa bulan sebelum tu. Beli online je. Lebih mudah kan?

Hotel bajet klia2

Kebetulan capsule ni betul2 depan surau di KLIA2. So sangatlah senang untuk kita yang beragama Islam ni. Lepas check-out subuh tu boleh terus gi solat dekat depan pula.

Macam Nak Ke Capsule Container Hotel Bajet Di KLIA2?

Macam saya, saya menaiki bas dari Ipoh. So lepas turun dari bas dan masuk ke dalam KLIA2 tu, saya terus beluk ke kiri. Dari jauh kita dah boleh nampak signboard Capsule tu.

hotel bajet klia2

Jika anda menaiki Ekspress KLIA (ERL), anda kena turun ke Level 1.

hotel bajet klia2

Pukul 6am selepas subuh, saya bersama Lydzar dan Lin pun bergerak sama2 untuk pergi breakfast. Masa breakfast kami tunggu Lyna dan Ainul. Dah selasai breakfast, kami pun bersiap2lah untuk menaiki flight.

Flight kami kul 8am. So bermulalah penerbangan kami selama 6jam bersama Air Asia X.

Masa dalam flight sahabat saya Lyna ada bagi cadangan. Nak buat token of love. Kitrog ni mcm blur2 lagi lah. Malas betul nak mengayat2 atau bagi coklat dekat flight attendant (FA)..hahaha…tak de perasaan sungguh.

Tapi akhirnye bagi juga. Tak sangka, rupa2nye best giler kot kalau kita buat token of love ni!

FA tu orang Korea, bukan main terharu lagi dia, hahaha. Katenye ni 1st time dia dapat layanan macam tu. wahhhh..kelasss gittew.

Tak pasal2 kami berlima dapat free coffee and tea tau! Balik dari Korea pula kami dapat coklat kisses 😉

Ni lah token of love kami untuk mereka. Kami bagi coklat dan mereka berikan ucapan berbunga2 dekat kami. Happy sangat tau.

token of love

So lepas ni kalau korang nak fly gi mana2 jangan lupa bagi token of love tau. Kita pun tak pasal2 dapat layanan istimewa lebih dari orang lain..hikhik..

Lebih kurang kul 3.20pm (waktu Korea) kami pun selamat sampai di Incheon. Ok, nak tahu kisah selanjutnya..tungguuuu….. 😉

 

Anda juga boleh baca :

Cara Packing Barang Untuk Travel | Backpackers Ke Seoul Korea Part 1

 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

Dilla Jalil (facebook)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

Tagged with →  
Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge