Dulu sebelum kahwin suami ku gagah perkasa, kacak dan hensem mengalahkan Aaron Aziz. Tapi sekarang ni kenapalah dah jadi “Abang Roy”? Bila diajukan soalan, si suami mesti akan cakap “senang hati”. Betul tak? Hehee.. Tapi kalau senang hati pun janganlah sampai maju ke depan perut tu. Macam mana ni? Ada ke tips – tips atau cara kempiskan perut buncit dengan mudah untuk suami tercinta?
Macam mana nak jadikan perut yang “roy” 1 pack tu kembali kebabom seperti dahulu atau lebih hebat lagi terus ada 6 pack? Bayangkan kalau si suami “roy” ni berjalan bersama isteri yang cun melecun, dah tentu akan ada mata – mata liar tertumpu ke arah si isteri. Tak kan si suami nak duduk diam je? Biasalah, lelaki ni ego dan biasanya akan buat tak tahu. Tapi dalam hati Allah saje yang tahu.
Oleh itu jangan biarkan mata – mata liar tu terus pandang si isteri yang cun tu. Si suami pun kena segak dan gagah perkasa juga. Barulah bagai pinang dibelah dua. Sama cantik dan sama padan.
Si isteri bayangkan anda cantik atau lebih cantik dari Diyana Halik dan si suami pula bayangkan anda seperti Aaron Aziz. Kalau nak lebih ekstreme just bayangkan korang macam Brad Pitt & Angelina Jolie.
Seronok kan kalau sama – sama kurus, cantik dan segak.
Ok sekarang kita kembali fokus pada masalah perut buncit 😉
Tips – tips dan cara kempiskan perut buncit untuk suami – suami yang terlalu selesa dan senang hati. Bagi pandangan saya, ada dua cara si isteri boleh usahakan.
- Cara Pertama : Paksa si suami untuk bersenam.
- Cara kedua : Tugas isteri yang uruskan suami bagi membuang si “roy” tu.
Cara Pertama : Senaman Mudah Untuk Perut Buncit 1 Pack Menjadi 6 Pack.
Bagi mengekalkan bentuk badan yang menarik, kita digalakkan untuk bersenam. Kena rajin dan konsisten dalam apa saja yang kita buat. Tapi disebabkan kesibukan bekerja, ramai yang tidak sempat nak bersenam atau cepat rasa penat. Sekiranya si suami jenis cepat penat, anda sebagai isteri rajin – rajinlah sediakan makanan tambahan untuk beliau bagi menambahkan tenaga dan stamina.
Stamina ni bukan untuk seharian bekerja je, dalam melayari bahtera suami isteri pun kena ada stamina. Kalau perut dah buncit dan kurang stamina, nak buat apa pun susah. Nak buat apa pun cepat “pancit” kan?. Maka dengan itu, si isteri bantulah si suami. Lakukan sesuatu dari sekarang!
>> TESTIMONI HUBUNGAN KELAMIN BERTAMBAH POWER! (KLIK SINI)
Kalau si suami malas dan tiada masa nak pergi ke gym, si suami boleh amalkan senaman mudah di rumah je. Depan tv, depan anak – anak dan isteri pun boleh. Anda boleh layari blog bloggerlelaki (klik sini)
Cara Kedua : Tugas Isteri Untuk Kempiskan Perut Buncit Suami
Sebagai seorang isteri, sudah semestinya kita memainkan peranan penting dalam urusan rumah tangga. Suami mana yang tak suka kalau isteri tiap – tiap hari masak sedap. Tapi kalau tiap – tiap hari suami makan sampai 4 pinggan sebab sayangkan isteri, bahaya tu! Bukan saje perut buncit tapi kesihatan pun tak terjaga.
Kalau dah terlalu banyak makan tanpa had, kolestrol pun mudah menyerang. Bila dah ada kolestrol macam – macam penyakit lagi yang boleh datang. Tekanan darah tinggi, jantung, diabetes dan lain – lain.
Tak kan kita nak biarkan suami kita sakit. Kalau si isteri sayangkan suami, maka hari ni juga anda kena ubah segala – galanya. Kita bukan kena jaga pakaian dan penampilan suami sahaja. Tapi kesihatan suami juga kena jaga.
Apakah yang harus anda lakukan?
1) Air Masak
Orang lelaki ni memang susah nak minum air masak. Oleh itu kita sebagai isterilah yang kena mainkan peranan penting. Bila suami balik kerja kita beri suami air masak 1 gelas. Pada masa yang sama, isteri pun dapat pahala. Lepas tu kita ingatkan suami untuk minum air masak atau kita sendiri sediakan air masak 1 bekas untuk suami.
Kenapa suami yang perut buncit ni kena minum banyak air masak? Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangkan masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh suami anda sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh.
Minum banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan mengubah pengambilan air ketika diet, kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung. Nanti tak pasal – pasal bertambah maju ke depan si “roy” tu.
2) Makan Perlahan-lahan
Yang ni si isteri kena tahan sabar sikit. Biar si suami makan dulu dan kita jaga anak kecil. Cakap dengan suami “abang makanlah dulu, tak payahlah makan laju – laju..saya tak lapar pun lagi” walaupun masa tu tengah lapar..bohong sunat jap 😉
Tahukah anda makan dengan gelojoh atau menelan terlalu cepat akan menyebabkan udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Apa yang perlu kita lakukan ialah duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan.
Makanan yang tidak terkunyah akan menjadi bahagian – bahagian kecil. Makanan itu juga tidak dapat dicerna dengan sempurna dan kemudiannya akan menghasilkan banyak gas pada perut.
3) Kurangkan Garam
Bagi isteri yang gemar memasak, apa yang kita perlu lakukan ialah kurangkan garam dalam masakan. Terlalu banyak garam dalam masakan akan menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan mudah menggelembung.
4) Pengambilan Serat.
Mesti si isteri susah hati memikirkan macam mana nak bagi suami suka makan makanan yang berbentuk serat. Serat ni elemen paling penting dalam diet tau. Tak kira lelaki mahupun wanita. Cadangan saya, sama seperti mula – mula tadi. Suami balik kerja atau sebelum makan, kita hidangkan buah – buahan terdahulu. Bagi suami makan buah seperti epal atau pear. Sebab dua buah ni mempunyai kandungan air yang banyak. Kalau rajin, si isteri boleh juga buat agar – agar buah untuk si suami. Hidang sejuk – sejuk untuk suami, tentunya suami suka.
5) Awasi Ubat – Ubatan
Pantau pengambilan ubat si suami. Pengambilan aspirin kadang – kadang menyebabkan masalah perut yang akan mengakibatkan sembelit dan kembung perut, termasuk pil kontrasepsi.
6) Hindari Sembelit
Cara mudah untuk mengurangkan sembelit kita beri suami kita minum banyak air masak, sediakan makanan berbentuk serat, dan banyakkan masak sayur. Jika suami tak gemar makan sayur, kita sebagai isteri cuba pelbagaikan resepi.
Jika masih juga sembelit si isteri boleh berikan Alfalfa atau Herblax.
7) Pengambilan Suplemen
Anda boleh berikan suami anda Lecithin bagi menghalang akumulasi lemak dan kolestrol tak baik pada tubuh suami anda.
Apa fungsi lecithin ni?
Contohnya macam ni, anda basuh pinggan untuk buang minyak dan kesan kotoran. Sabun akan berfungsi untuk hilangkan minyak dan kotoran kan? So macam tu jugalah fungsi Lecithin. Bila dah makan Lecithin, maka tiadalah lemak – lemak yang akan kekal tinggal di dalam badan si suami.
Kalau nak lagi power untuk kempiskan perut, kuruskan badan dan kekalkan otot supaya tak jadi gelebeh, saya cadangkan anda ambil Shape-Up Program dari Shaklee. SET ini sesuai untuk lelaki dan wanita.
>> TESTIMONI | BERAT TURUN 9KG DENGAN SHAPE-UP PROGRAM SHAKLEE (KLIK SINI)
>> TESTIMONI | DULU SELUAR SAIZ 34 TAK MUAT, SEKARANG 29! (KLIK SINI)
Set yang lengkap dengan :
- Lecithin – Pecahkan Lemak & Melancarkan saluran darah
- Herblax – Detox dan Membersihkan usus dari lemak
- Cinch Shake – Kandungan serat yang tinggi, Bagi kenyang, Mememlihara otot & Kaya dengan leucine,
- Cinch Tea – Tambah tenaga & Meningkatkan metabolisme
Jika amalkan pemakanan yang sihat, mengambil suplemen yang betul dan rajin bersenam, si “roy” pastinya akan kempis dan menjadi 6 pack. Wow! best kan?
Tetapi ingat, bukan semua suplemen sama tau! Pastikan anda ambil yang betul – betul selamat. Jangan tak tahu ada orang ambil ubat kurus sampai kena sakit hati dan ada juga yang boleh membawa maut.
Jangan gadaikan nyawa anda kepada benda – benda yang tidak tahu kesahihannya. Sayangi diri anda dan keluarga anda. Hubungi saya sekarang juga, saya akan beri beberapa tips istimewa untuk anda dalam masa terdekat ni.
Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 atau klik sahaja icon di bawah.
ATAU
Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.
Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
Dilla Jalil (Facebook)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
COD : KFC Medan Gopeng
now dah tahu tugas seorang isteri…harus ku praktikkan juga nih.
bila plak nak buat entry tugas seorang suami untuk kuruskan isteri?
hihi
maria menulis…Cara Pantas Turunkan Berat Badan Supaya Kelihatan Menawan Di Majlis Reunion
tugas suami, jangan bawa isteri makan dekat kedai sedap2..kekeke…