Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Dah lama saya tak bercerita dalam blog ni. Rindu nak berceloteh, setiap hari macam2 idea yang keluar tapi tu lah…tak reti nak cari masa nak menulis (amboi alasannnn) 😉
Hari ni saya nak share kisah perjalanan saya ke Korea bersama rakan2 shaklee saya. Tapi sebelum berjalan, kita mesti kena tahu cara packing barang untuk travel dulu kan?
Haaaa selalu saya bercuti bawa beg besar ya amat. Tapi kali ni saya memilih untuk berjalan secara backpacking pula.
Actually ni adalah trip pertama saya dengan kawan2 shaklee (mak dara semuanye) ke luar negara.
Idea ni muncul selepas kami mendapat trip percutian 6 bintang secara percuma dengan Shaklee Ogos tahun lepas.
Lepas balik dari trip tersebut sahabat saya Lin Chalo tiba2 je cakap dalam group whatsapp.. “Jom kita gi Korea, kita gi backpacking nak?”
Pastu secara spontannye kami ni pun terus je jawab.. “Jom..jom” hehee. Nak pula en. suami bagi green light..apalagi..mmg lompat bintanglah
Kami ke Korea selama 5 hari, dari 20hb April 2015 – 24hb April 2015.
Flight kami kul 8am dan sampai di Korea kul 3.20pm (waktu Korea).
Bila kita nak jalan jauh dengan backpaking ni..kita kenalah minimumkan barangan kita. Kita tak boleh nak angkut semua yang ada dalam rumah tu macam nak pindah..haha..
Cara Nak Packing Barang Untuk TravelÂ
Untuk orang pompuan kalau nak bawa segala macam jenis cream, cuci muka, ubat gigi, shampoo dan sebagainye kena letak lah dalam bekas kecil. Perfume pun bawa yang kecil je. Tak perlu bawa yang besar.
Lagi pun nak naik flight, 1 bekas tu tak leh nak bawa cecair melebihi 100ml. Bila dah letak dalam bekas kecil2 macam ni. Kita masukkan pula dalam organizer travel bag.
Kalau nak jimat guna zipper bag plastik tu pun boleh. Contoh zipper bag plastik saya, saya beli dekat ikea. Gambar seperti di atas, saya letak pam susu.
Organizer travel bag tu saya beli dekat Daiso. Rasanye dekat Mr. DIY pun ada banyak jual. Murah je, tak sampai RM5 😉
Bukan apa, untuk memudahkan kita juga. So boleh asingkan siap2 baju n seluar, pakaian dalaman, stokin dan sebagainye.
Bila nak bawa keluar barang dari beg..tak delah kita kena punggah semua. Kita ambil yang mana perlu je. Haaaa..senangkan?
Yang ni beberapa contoh list yang saya buat untuk barangan yang perlu saya bawa ke Korea.
Barang Yang Nak Bawa & Pakai
- Passport
- IC
- Kad Bank
- Kad Medical Insurans
- HP
- Chager
- Power Bank
- Universal Adater
- 2 Clutch (1 untuk letak duit RM, 1 lagi letak duit Won)
- Pam Susu
- Sejadah Travel
- Jam
- Cermin Mata Hitam
- Bantal Tengkuk
- Tisu Basah & Biasa
- Botol Kosong – untuk buat membasuh ketika di toilet
- Towel Kecil – untuk cover tido supaya tak nampak air liur meleleh..hahaha
- 2 Sweater
- Pashmina – senang nak cover untuk pam susu
- Stokin – 2 pasang
- Pakaian Dalaman – 2 pasang
- Baju & Seluar – 2 pasang
- Baju Kurung (kami saje je nak pakai baju kurung dekat Korea)
- Tudung – 3 pasang
- Kasut & Selipar
- Toiletries
- Suplement & Ubat
- Coklat Snickers – 2 bar
- Sedikit Biskut & Meggi kalau rajin hehee
Itulah serba sedikit barang yang saya bawa. Tak perlu bawa banyak2 barang. Berat beg kita nanti. Lagi pun dekat guest house tu ada mesin basuh. So kitorg boleh basuh dekat situ.
Rasa macam tak cukup baju, beli je dekat Korea tu. Haaaa senang kan? Hehe..
Barang2 ni semua pun berat dah hampir 7kg. Nasiblah dah biasa kendung Hasya dengan SSC. So tak terasalah berat sangat.
Bagi sesiapa yang tak biasa angkat berat, boleh tengok contoh gambar diatas ni. Macam mana cara nak angkat beg yang berat. Jangan terlentang ke belakang udah..hahaha.
Saya harap dengan serba sedikit info cara packing barang untuk travel ni boleh membantu anda untuk bercuti dengan cara backpacking..hehee. Best tau. Rasa ala2 remaja gittew.
Backpackers #makanakdua #makanaktiga #makanakempat 🙂
Nak tahu kisah selanjutnye? Teruskan membaca episod seterusnye, tungguuu…….
Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
Dilla Jalil (facebook)
COD : KFC Medan Gopeng
Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)