Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih bernafas di bumi yang indah ini. Syukur juga sebab kita masih berpeluang untuk menyambut Ramadan pada tahun ini.

Kedatangan Ramadan tentunya akan buat kita lebih excited untuk melakukan lebih banyak ibadat. Sekecil2 ibadat yang kita lakukan akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda. So siapa yang tak nak kan? Tapi apa2 pun, semua yang kita buat hanyalah kerana Allah.

Kali ni saya nak share cara Solat Tarawih Di Rumah Bagi Wanita Yang Lengkap Dan Mudah. So sape2 yang tak berkesempatan untuk menunaikan Solat Tarawih di Masjid, boleh lah lihat panduan ni. Saya dapat info ni dari blog Musadun

solat di rumah

Terus terang saya katakan. Sejak dah ada anak kecil saya tidak pernah lagi menunaikan Solat Tarawih di masjid. Saya hanya buat di rumah je. Sedih memang sedih, tapi tak pelah..lagi pun orang perempuan lebih afdal kalau solat di rumah betul tak? (tengah pujuk hati) 😉

Tapi dalam hati ni masih bergelora nak pergi juga Solat Tarawih di Masjid..hehee. InsyaAllah panjang umur, kalau Hasya dah besar sikit..boleh bawa Qaireen dan Hasya ke Masjid. Sebabnye solat di RnR pun mama telah “dikudakan” oleh Hasya..hahaha, comel sangat anak mama.

Ok, tak mo buang masa lagi..saya akan share serba sedikit cara2 untuk solat tarawih di rumah.

 

BACA : Macam Mana Ibu2 & Kanak2 Nak Bertenaga Ketika Puasa?

 

Cara Solat Tarawih Di Rumah Bagi Wanita Yang Lengkap Dan Mudah

 

solat tarawih 1

Baca niat 2 rakaat Solat Tarawih dan teruskan solat seperti biasa. Selesai memberi salam, bangun dan ulang lagi sekali untuk rakaat ke-3 dan ke-4. Teruskan sehingga 8 atau 20 rakaat, terpulang pada anda.

Selesai solat setiap 4 rakaat, anda boleh membaca doa ini ;

cara solat tarawih di rumah

Selepas membaca doa, sambung rakaat seterusnya iaitu rakaat ke-5 dan ke-6. Lepas tu anda boleh teruskan lagi mengikut apa yang anda inginkan sama ada anda ingin solat 8 atau 20 rakaat.

Selepas selesai Solat Tarawih, anda boleh membaca Doa Terawih seperti berikut ;

cara solat tarawih di rumah

 

Selepas menunaikan Solat Tarawih, anda akhiri dengan Solat Witir.

Mulakan dengan 2 rakaan, diikuti dengan 1 rakaat.

1) Solat Witir 2 Rakaat

solat witir

 

2) Solat Witir 1 Rakaat

solat witir

 

Selesai 3 Rakaat Witir, baca doa berikut ;

solat witir

Selesailah sudah Solat Tarawih dan Witir. Alhamdulillah. Sekiranya pada tengah malam anda ingin menyambung untuk Solat Tahajud, tidak menjadi masalah walaupun anda sudah melakukan Solat Witir.

atau

Sekiranya selepas 4 rakaat anda solat, tiba2 anak menangis nak susu. Anda boleh berhenti dan menyusukan anak anda. Lepas tu sambung lagi 4 rakaat.

Solat mengikut kemampuan. Lebih baik anda solat 8 rakaat dengan kusyuk daripada anda solat 20 rakaat yang tidak kusyuk dan risau anak anda akan bangun ketika anda solat..betul tak?

Sekurang2nya kita tak penat dan boleh Solat Tahajud di tengah malam dan terus sambung menyediakan makanan untuk bersahur pula. 😉

Islam itu mudah kan? Jika anda tidak hafal doa atau selawat2 yang biasa dibaca ketika anda Solat Tarawih di Masjid. Anda boleh berdoa mengikut doa masing2.

Atau sekiranya anda inginkan panduan penuh berkenaan dengan Solat Tarawih anda boleh KLIK SINI (panduan daripada JAKIM).

So lepas ni bolehlah Solat Tarawih di rumah dengan senang hati.

 

BACA : Cara Mudah Supaya Badan Tak Lemau / Penat Ketika Bertarawih

 

Sekiranya anda rasakan entry ini berguna dan bermanfaat. Silalah share untuk perkongsian bersama.

Sharing Is Loving

************

 

Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!

 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

 

Share →

6 Responses to Cara Solat Tarawih Di Rumah Bagi Wanita Yang Lengkap Dan Mudah

  1. musadun says:

    ramai lagi yang masih tinggalkan solat tarawih hanya kerana tak dapat berjemaah di masjid. Padahal, buat sorang-sorang kat rumah pun boleh..
    musadun menulis…Sebab Shopping Mall Runtuh di Pulau Sebang, MelakaMy Profile

  2. Noor Rizan Sulaiman says:

    Terima kasih for sharing

  3. jida says:

    skrg ni ada masjid yg mesra kanak2..kanak2 akan dijaga semasa ibu solat terawih.tapi syg , hanya masjid tertentu je ada..and kalau ada baby kecik sgt pun susah jgk nk tinggal.
    jida menulis…Tip-Tips Menghadapi Ibadah Puasa Semasa HamilMy Profile

  4. Naj says:

    Terima kasih untuk perkongsiannya kak ☺️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge