Tahukan anda demam adalah penyakit yang akan menimpa semua orang tidak kira muda atau tua. Sekiranya anda diserang demam, itu menandakan badan anda sedang aktif untuk melawan jangkitan daripada virus. Setiap manusia tidak mempunyai sistem imuniti yang sama. Ini bergantung kepada cara kehidupan dan pemakanan harian anda. Sekiranya setiap hari anda mengambil makananan yang seimbang dan anda juga tidak terdedah daripada persekitaran yang kotor, tentunya tahap kesihatan anda lebih baik berbanding daripada mereka yang tidak mengamalkan kehidupan yang sihat. Makanan yang tidak berkhasiat dan pencemaran menjadikan tubuh badan anda lebih cepat menghasilkan radikal bebas, kerosakkan sel dan lebih mudah terdedah dengan pelbagai jangkitan virus.

demam

 

Apabila virus mula bertindak ke atas badan anda, maka dengan sendirinya peningkatan suhu badan akan naik. Ini kerana badan anda sedang melawan dengan jangkitan tersebut. Sekiranya anda demam ringan (tidak melebihi 38 darjah C) anda tidak perlu risau. Badan anda telah mengeluarkan antibodi sendiri untuk melawan penyakit. Pengambilan paracetamol (pcm) bukanlah untuk membunuh virus tersebut, tetapi ia hanya bertindak sebagai menurunkan suhu dan mengurangkan sakit – sakit sendi ketika demam.

Cara Terbaik Untuk Cepat Sembuh Daripada Demam

1) Pantau Suhu Badan Anda 

Suhu badan manusia akan berubah – ubah mengikut keadaan badan. Oleh itu pastikan termometer sentiasa ada untuk menyukat suhu. Disarankan anda memilih termometer digital, ini kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatan nya sedikit berkurangan.

Suhu badan biasa : 36 – 37.4 darjah C

Demam ringan : 37.5 – 38.4 darjah C

Demam biasa : 38.5 – 39.9 darjah C

Demam tinggi 40 – 41.4 darjah C

 

2) Minum Banyak Air 

Pastikan badan tidak mengalami kehilangan cecair sehingga dehidrasi. Air amat penting ketika anda sedang menghadapi demam. Badan yang terhidrat dapat membantu menghapuskan toksin yang dihasilkan oleh sel – sel mati dan membantu melawan virus demam. Bagi memudahkan anda, anda boleh letak sebotol air di tepi katil.

Jika anak masih kecil, ibubapa perlu memberi anak minum sedikit – sedikit dengan lebih kerap. Untuk menambah air dalam badan, anda boleh juga mengabil makanan seperti sup, bubur dan lain – lain.

Tahap hidrasi bagi kanak – kanak melalui tanda – tanda seperti :

Dehidrasi ringan : Aktif, jumlah air kencing dan kekerapan macam biasa, air mata ada ketika menangis

Dehidrasi ringan : Merengek, bibir merekah dan mulut kering, air kencing kurang banyak 1 – 2 kali sehari, berwarna kuning pekat, mata cengkung ke dalam dari biasa, tiada atau sedikit air mata ketika menangis.

Dehidrasi teruk : Lembik, tidak mampu membuka mata atau melihat kembali, tidak kencing langsung dalam masa 24 jam, terbaring sepanjang masa dan tidak bermaian, kaki dan tangan sangat sejuk, bernafas dengan laju, nadi lemah dan cepat, kulit kering dan berkedut.

jika anda mengalami dehidrasi sederhana atau teruk, cepat – cepat berjumpa dengan doktor atau terus ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

 

3) “Sponging” atau Jelum 

Bagi yang mempunyai anak kecil boleh mengamalkan cara ini. Bagi yang dewasa, banyakkan mandi pada siang hari.

  1. Sedikan air suam dan tuala kecil
  2. Rendam tuala dan perahkan
  3. Lap pada kepala anak dan biarkan tuala tersebut di atas kepala
  4. Lap dibahagian pelipat seperti ketiak dan celah peha.
  5. Ulangi selama 30 minit.

 

4) Berpakaian Nipis

Supaya haba panas mudah untuk keluar. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak – anak. Pilih pakaian yang diperbuat daripada kain kapas.

 

5) Berikan Paracetamon Mengikut Dos

Ubat paracetamol atau panadol merupakan ubat melegakan demam, menahan sakit dan mengurankan radang. Pastikan anda tidak mengambil melebihi daripada dos yang dibenarkan.

 

6) Banyakkan Berdoa 

Setiap apa yang terjadi tentu akan ada hikmah disebalik kejadian. Sebagai hambaNya, adalah lebih baik berdoa dan minta keampunan kepada Yang Maha Esa. Sekiranya anak anda sedang demam, elakkan bersedih bila berhadapan dengan mereka. Berikan semangat dan tunjukkan kasih sayang supaya mereka cepat sembuh.

Tetapi jika anda tidak suka untuk mengharungi demam ini dan ingin mencegah daripada demam. Anda boleh mengamalkan cara natural dan selamat daripada Shaklee. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

 

Demam Nutriferon

Nutriferon Shaklee (klik sini) berupaya untuk Meningkatkan Sistem Imun pada tubuh badan manusia secara semulajadi. Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu meransang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh : T-cells, B-cells dan makrofag. Malah ia juga dapat mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan perncemaran udara, melindungi daripada virus, mikrob, selsema, alergi, inflamasi dan influenza.

Sangat digalakkan diambil bagi mereka yang mempunyai masalah antibodi yang lemah, senang sakit, dan bila sakit agak lambat untuk recover. 

Beberapa testimoni pengguna yang menggunakan Nutriferon Shaklee

Nutriferon Testimoni 3

Nutriferon testi demam 1

Nutriferon testi 2

 

Kesihatan kita adalah tanggungjawab kita sendiri. Badan sihat tentunya kehidupan harian kita akan lebih ceria. Sekiranya anda merasakan badan tidak sihat seperti nak demam atau anda sedang mengalami selsema. Amalkan Nutriferon Shaklee setiap hari.

Berminat untuk mendapatkan barangan Shaklee, anda boleh hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 atau klik sahaja icon di bawah.

 

order-sekarang-juga

ATAU

Pengedar Shaklee dan Cod Shaklee Ipoh

 

 

Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

COD : KFC Medan Gopeng

 

NUTRIFERON SHAKLEE BERTINDAK SEPERTI PERISAI? (KLIK DISINI) 

 

 

 

Tagged with →  
Share →

8 Responses to Cara Terbaik Untuk Cepat Sembuh Daripada Demam

  1. Faiz Saaid says:

    Makan pisang bagi tenaga ok tak ?

  2. Selalu buat jelum dekat anak kalau demam tengah malam.

  3. ieda dayah says:

    tips yang bermanfaat untuk semua ibubapa diluar sana, terutama yang baru bergelar ibubapa.. boleh juga menggunakan air perahan daun bunga raya sebagai air jerlum kepala untuk menurunkan suhu badan..

  4. Dah lama tak kena demam teruk..Kdg2 rasa nak demam,terus telan nutriferon..Alhamdulilah..Demam tak jadi..Stok untuk Nutriferon mesti ada kat rmh

  5. SuryaBaizura says:

    mama, nutriferon mmg terbaik. Tu yang 1 Malaya dah x de stok buat masa ni kan.
    http://www.lovesihat.com

  6. Effa says:

    Dah lama takmakan panadol..alhamdulillah sbb jumpa shaklee.hihi

    http://ourlovebonding.com

  7. Bagus info ni puan. Saya pun tengah melakar draft nak buat artikel pasal demam ni. Sbb ramai ibu-ibu yang gabra bila anak demam.. tak tahu nak buat apa. Thanks for the good info 🙂

  8. admin,,saya takpernah demam denggi Alhamdulillah,tapi yang buat saya risau,saya dari kecil lagi mempunyai demam yang ganjil.Setiap sebulan saya wajib demam(kebersihan dijaga).Cuma sejak akhir2 ini saya akan demam 2 kali sebulan dan setiap 2 kali saya demam,Saya akan demam panas,sekejap turun,sekejap tinggi.Saya menggigil tak kira siang/malam.Mata kabut,selalu rasa nak pitam. Tulang belakang saya sangat sakit,sendi2 pun berbisa.Bila saya refer doktor,beliau kata itu demam normal.Tapi saya sudah 5 hari demam berturut2.Sakit sangat,macam2 saya cuba(doa redakan demam,sembuh penyakit).Saya sendiri takut nak sentuh keluarga.Saya tak nak la berjangkit.Cara jalan terhuyung-hayang,pakai butang yang 6 biji tu je dh dekat 2,3 minit.Lagipun 2 hari je lagi nak exam.Saya kena bawak motor dari Batu Muda ke KV ERT Setapak(Sebelah puspakom)manakala ayah pula pagi2 dah pergi kerja memang tak boleh hantar.Ada cara mujarab tak untuk sembuhkan demam dan kurangkan kekerapan saya untuk demam lagi?����

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge