Setiap ibubapa mahukan yang terbaik untuk setiap anak. Anak yang bijak dan sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang kita mahukan. Malangnya tak semua yang kita impikan akan kita dapat. Dengan Teknologi yang ada sekarang agak sukar untuk kita mengawal pembelajaran anak-anak. Mereka lebih gemar menghabiskan masa dengan menonton televisyen, melayari internet dan bermain.
Sebagai ibubapa, apa yang harus anda lakukan?
Sebenarnya pendidikan awal untuk kanak – kanak bermula dari dalam kandungan lagi. Ibu yang mengandung perlu menjaga setiap apa yang dilakukan, seperti
- Jaga tingkah laku
- Jangan tinggal solat
- Banyakkan berdoa dan membaca ayat2 suci al-quran
- Menjaga pemakanan harian
- Dan macam – macam lagi.
Selain itu juga, bila anak sudah dilahirkan di dunia. Kita sebagai ibu bapa lah yang mencorak tingkah laku mereka. Tetapi malangnya mereka masih tak nak dengar dengan apa yang kita katakan.
Apa perlu buat sekarang ni?
Tahukah anda dengan menjaga amalan rohani dan pemakanan yang seimbang, anak – anak lebih mudah untuk menerima segala yang diajar oleh guru. Bila badan cergas, minda cerdas. Kita juga sebagai orang Islam perlu meminta pertolongan dan berdoa dengan Allah. Bagi yang bukan Islam, anda boleh mengamalkan cara yang terbaik mengikut kepercayaan agama anda.
Saya akan berikan beberapa doa untuk ibu bapa praktikkan setiap hari serta amalan pemakanan yang harus diberikan untuk anak – anak yang ingin mengambil peperiksaan.
1) Doa – Doa Daripada Ibubapa Yang Perlu Diamalkan Untuk Anak Sedang Hadapi Peperiksaan
Ketika anak – anak sedang menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama ibubapa boleh melakukan amalan berikut :
- Ambil Wuduk
- Mengadap Kiblat
- Membaca Kalimah Syahadah (3 kali)
- Membaca Surah Al-Fatihah (10 kali)
- Membaca Surah 3 Qul (1 kali)
- Membaca Surah Insyirah (1 kali)
- Membaca Selawat (10 kali)
- Membaca Surah Yaasin (1 kali)
- Membaca Surah Insyarah (100 kali)
- Niatkan dalam hati supaya Allah SWT mempermudahkan anak2 menjawab semua soalan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna.
Amalan ini anda boleh lakukan di rumah atau di tempat kerja atau di mana sahaja ketika anak – anak sedang berada di dewan peperiksaan. InsyaAllah, segalanya dipermudahkan dengan izin Allah. Doa dari ibu adalah yang terbaik untuk anak kita.
2) Pemakanan Yang Memberi Khasiat Kepada Minda Budak Sekolah
Tiada ibubapa pun mahukan anak – anak gagal dalam peperiksaan, Oleh itu salah satu cara terbaik untuk meransang minda budak sekolah adalah dengan memberi makanan yang mengandungi Omega 3
Kenapa Omega 3?
Omega 3 sangat berkesan untuk Fungsi Otak setiap manusia. Tambahan pula untuk anak – anak yang sedang belajar dan mengambil peperiksaan sekolah.
Mengapa Omega 3 Dikatakan Brain Booster?
Sebahagian besar otak manusia terdiri daripada lemak “baik” atau dikenali sebagai asid lemak. Kebanyakan lemak baik ini adalah Omega 3. Kajian membuktikan yang diet yang kaya dengan Omega 3 dapat :
- meningkatkan keupayaan belajar,
- kemahiran menyelesaikan masalah,
- daya tumpuan,
- daya ingatan
- kemahiran berkomunikasi.
Omega 3 juga terbukti mampu memberikan mood positif dan keseimbangan emosi dan dapat mengekalkan kesihatan mental selari dengan usia.
Bagaimana Omega 3 Membantu Fungsi Otak?
Di dalam otak kita terdapat banyak neuron (sel yang menghantar mesej) dari otak ke bahagian tubuh lain. Dinding neuron inilah yang terdiri daripada lemak “baik” ini. Bagi memastikan neuron – neuron ini dapat berkomunikasi dengan baik, dinding neuron mestilah cukup fleksibel untuk membenarkan molekul – molekul penting menembusinya.
Faktor – faktor seperti penuaan, diet yang tinggi kolestrol dan lemak tepu akan menjadikan dinding neuron ini mengeras. Ini mengakibatkan molekul – molekul penting tidak dapat menembusi dinding neuron dengan baik dan akibatnya berlakulah :
- Ketidakseimbangan emosi
- Kesukaran untuk belajar
- Daya ingtan menjadi tumpul
- Pelbagai kemunduran fungsi otak
Dengan menambah Omega 3 dalam diet harian, kita akan dapat memulihkan sifat lentur dan fleksibel dinding neuron dalam otak, seterusnya meningkatkan komunikasi sel dan fungsi otak.
Selain itu juga, khasiat Omega 3 juga adalah untuk mencairkan darah di mana lebih banyak oksigen dapat disalurkan kepada otak dengan lebih baik, seterusnya meningkatkan fungsi otak itu sendiri.
Saksikan video ini, anda PASTI TERUJA!
Bagaimana perasaan anda? Terujakan? Saya juga teruja dengan perkembangan hebat Elliot. Sekiranya anda ingan mendapatkan Omega 3, shaklee juga mempunyai produk yang menghasilkan Omega 3. Tetapi dikenali sebagai Omega Guard Shaklee.
Berbanding dengan produk lain di pasaran, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
Satu Sajian Omega Guard Shaklee dapat membekalkan hampir 1000mg asid-lemak omega-3 EPA dan DHA
Untuk kebaikan dan kelebihan Omega Guard Shaklee anda boleh KLIK DISINI
Dunia sekarang semuanya maju dan cepat, sampaikan anak – anak yang dapat 90/100 dianggap biasa sahaja. Kalau begitu bagaimana pula kalau anak – anak yang dapat 70/100?
Penat anak – anak kita belajar setiap hari. Pastikan anak anda mendapat makanan yang seimbang untuk keperluan tenaga, kesihatan dan pembelajaran mereka.
Ingin mendapatkan produk shaklee yang hebat ni? Jangan buang masa lagi, bertindak dengan cepat. Hubungi saya SEKARANG JUGA! Dilla Jalil 017-5657552 atau klik sahaja icon di bawah.
ATAU
Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.
Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
COD : KFC Medan Gopeng
>> MAHUKAN ANAK SIHAT DAN BIJAK, (SILA KLIK)
>> NUTRISI TINGKATKAN DAYA INGATAN INGATAN YANG KUAT (SILA KLIK)
>> OMEGA 3 BAGUS UNTUK MINDA, JANTUNG DAN KESIHATAN (SILA KLIK)
mmg betul puan..sepupu kecil sy aritu mmg slow sikit dlm belajar.. mak dia menangis.. mmg slow2 sgt .. pegang pensel pun terketar2.. mmg kene sabar nak didik dia .. tp alhamdulilah .. bile dh amal omega kosisten … 360% bertukar .. dari malas jd rajin nk g tuisyen .. suke g ngaji .. alhamdulilah sgt2 …. boleh fokus dlm kelas
Alhamdulillah sepupu puan menjadi rajin selepas mengamalkan omega, doa saya semoga sepupu puan menjadi bijak dan anak yang soleh.