Bercuti memang menyeronokkan. Lagi-lagi musim cuti sekolah. Dah semestinya kita nak bawa anak-anak kita melancong. Bagi sesiapa yang mempunyai keluarga yang besar tentunya akan mencari homestay untuk bermalam betul tak? Pendapat saya lah kan..lagi jimat duit 😉
Masalahnya, homestay yang macam mana yang kita nak? Ok saya nak kongsi kisah saya bermalam di Homestay Sungai Petani, Kedah yang Murah, Cantik, Bersih dan Sangat – Sangat Berbaloi untuk anda sewa!
Hari Sabtu 27hb dan Ahad 28hb Disember yang lepas saya ada Seminar Shaklee di Golf Club Bertam, Kepala Batas. Disebabkan lambat booking hotel, so semua hotel dan homestay yang berhampiran dah penuh. Akhirnya saya pun memilih untuk bermalam di Sungai Petani.
Nasiblah lokasi tak berapa jauh. Kepala Batas ni kiranya macam jiran sebelah jelah. Perjalanan dari Homestay yang saya sewa ke Golf Club lebih kurang 22km je.
Kalau anda pertama kali nak booking Homestay, korang boleh cari dekat Airbnb. Ada macam-macam jenis dan cantik-cantik tau.
Harga pun menarik gak, korang boleh klik link bawah ni.
SILA KLIK : NAK BOOKING HOMESTAY
Serba sedikit tentang Ayu Sweet Homestay
Alamat
No 68, Jalan Perdana 9/19,
Bandar Perdana,
08000 Sungai Petani,
Kedah
KemudahanÂ
- TV & Astro
- Radio
- Sofa
- Kipas
- Meja kopi
- Iron & Iron Board
- Peti sejuk
- Mesin basuh
- Meja makan
- Kabinet dapur kering & basah
- Double sinki
- Peralatan memasak
- cerek elektrik
Bilik Tidur
1.   BILIK TIDUR UTAMA
- Katil Queen
- Katil Single
- Air Cond & Kipas
- Almari Baju
- Meja Solek
- Penyidai Tuala
- Sejadah
- Bilik Air
2.   BILIK TIDUR 2
- Katil Single
- Kipas
- Meja Solek
- Rak Baju
- Penyidai Tuala
- Extra Bantal & Toto
3.   BILIK TIDUR 3 (atas)
- Katil Queen
- Kipas
- Meja Solek
- Almari Baju
- Penyidai Tuala
Bayaran
- RM160
Ni beberapa maklumat lah tentang Homestay yang saya sekeluarga sewa.
Saya sewa 4 hari 3 malam so dapatlah diskaun. Tuan empunye ambil RM150 je untuk semalam. Alhamdulillah semoga bertambah murah rezeki beliau.
Mula – mula masa google, tengok dalam gambar. Dalam hati berkata – kata.. “banyaknye bunga rumah orang ni” hehee. Tapi bila dan masuk dalam rumah, Alhamdulillah semuanye ok, rumah ni pun selesa, sejuk dan bersih.
Masuk – masuk je Hasya dah buat macam rumah sendiri 😉
Bab bersih tu yang paling pentinglah kan..tak kan nak duduk rumah yang penuh dengan sampah dan terbiar pula.
Ni gambar bilik utama dan bilik no 2. Tengoklah Qaireen bukan main suka lagi dapat tilam.
Yang ni bilik no 3, kami tak guna pun sebab dekat atas. Cuma Hasya je yang asyik main naik turun tangga 😉
Dapur pun agak selesa, especially kalau yang datang lebih dari 3 family. So kalau nak masak tak lah sesak dekat dapur. Lagi pun ada dapur basah dan dapur kering.
Tempat penyidai baju pun ada dekat belakang. Dah alang – alang duduk sampai 4 hari. Baju mestilah nak kena basuh. Senang bila balik rumah, semua dah siap basuh dan berlipat.
Tips Nak Dapat Trevel Kredit Daripada Airbnb.
1. Daftar airbnb DI SINI
Selepas mendaftar, anda akan mendapat Diskaun Penginapan sebanyak RM120 jika membuat tempahan homestay bersamaan/melebihi RM290.
2. Kongsikan link Airbnb anda kepada rakan-rakan atau family.
3. Makin ramai yang register menggunakan link anda (dan dengan syarat mereka membuat tempahan penginapan) anda akan dapat komisen Travel Kredit dari Aribnb.
Bestkan? Bolehlah bercuti sambil berjimat.
Good luck!Â
Tapi kalau nak cari Barangan Shaklee boleh hubungi saya (sempat lagi nak promote diri sendiri..hehee)Â Dilla Jalil 017-5657552
ATAU
Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.
Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
dillajalil@gmail.com (e-mail)
COD : Medan Gopeng, St. 18, Pekan Ipoh.
Anda nak buat berbisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)
Kakak nih cantik sangat.. Kakak artis ke?
Kak Kep menulis…Tips Memilih Hadiah Hari Lahir : 4 Kesilapan Yang Sering Suami Lakukan
Cantik ke? alahaiiii, TQ Kak Kep..Kak Kep pun apa kurangnye. Mantop gittew~~
Lor awat tak habaq nak bermalam kat kedag?
Kalau tak rumah kami, boleh ditadahkan buat bermalam.
Dekat dah dengan umah kami nie.
Aisehhh.
Azeni Ahmad menulis…Parut Demam Campak Boleh Hilang Dalam Masa Sebulan!