Musim raya ni semua orang nak cantikkan rumah. Tapi masalah saya ialah..saya tak tahan dengan karpet. Dah lah berhabuk, kalau duduk lama2 nanti akan naik bintik2 dekat kulit ni. Tu belum lagi siap dengan pakej gatal2 satu badan. Ohhh, tak tahan woo..
So jalan terbaik nak cantikkan rumah, saya guna karpet patchwork untuk ruang tamu rumah saya. Baru lah cantik dan selesa untuk lepak2.
Actually saya ni memang ada eczema, bukan je karpet yang saya tak tahan. Malah habuk pun boleh buat saya gatal2 dan sampai demam. Paling teruk sekali saya pernah kena sesak nafas lepas bersihkan rumah.
Masa tu memang saya mencuci all out lah, segala sawang bagai semua saya cuci. Tak cukup dengan vacuum saya lap lagi dengan Basic H. Pastu menggaru satu badan 😉
Biasanya saya akan ambil Vitamin C dan Alfalfa untuk kurangkan alahan. Sebabnye gabungan 2 ni memang terbaiklah. Kalau dah teruk sangat saya akan tambah dengan Nurtriferon.
InsyaAllah lepas beberapa jam tiada lagi bersin2 atau gatal2. Tapi kalau dah teruk sangat saya akan ke klinik juga. Biasanya doctor akan bagi ubat gatal dan alahan. Atau paling teruk injection (kalau saya terlebih ambil udang).
Orang yang ada eczema dan alahan ni memang banyak benda nak kena jaga. Antaranya ialah :
- tak boleh ada habuk
- selalu kena salin cadar tempat tidur
- tak tahan dengan pasir / rumput
- cuaca panas
- berpeluh
- makanan (biasanya makanan laut)
- serbuk pencuci
- sabun
- dan sebagainya
Kalau anda ada dalam ketegori yang saya sebutkan dia atas, maknanya anda boleh lah “geng” dengan saya..heee.
Ohhh ye, bercerita balik pasal karpet patchwork ni, karpet ni sesuai juga kalau anda ada anak kecil tau. Sebabnya tak berat, mudah dibasuh, dijemur dan selesa untuk anak tidur.
Kalau kotor terkena makanan, anak2 conteng atau tertumpah apa2..kita boleh basuh dengan mudah.
Dibahagian bawah karpet ni pula siap ada “anti slip” supaya karpet ni tidak bergerak dan kita tak terjatuh bila berjalan di atas karpet tersebut.
Bestkan? Sebab tu saya pun dah tergoda habis.
Sebelum ni saya akan letak toto kecil depan tv kalau Hasya nak tidur. Sejak dah ada karpet patchwork ni, lepas menyusukan Hasya, saya biar je di tidur disitu.
Lihatlah..bukan main lena dan selesanya dia tidur kan? Lagi pun tak sejuk dan tak panas. Sangat selesa gittew.
So sape2 yang tak tahan dengan karpet berbulu atau yang jenis kumpul habuk tu. Eloklah dapatkan karpet patchwork ni. Kalau beli sarung tilam dan bantal pun best juga tau. Sejuk dan sangat selesa untuk tidur.
Selamat bershopping 🙂
*************
Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.
Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!
Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
Dilla Jalil (facebook)
COD : KFC Medan Gopeng
Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)