Sejak akhir – akhir ni isu berkaitan dengan Boikot Shaklee masih berleluasa dan masih panas. Hampir setiap minggu ada sahaja pertanyaan berkenaan dengan isu Boikot Shaklee. Sehinggakan saya “penat” untuk membicarakan isu ini berulang kali. Maka saya huraikan serba sedikit dan beri beberapa penjelasan berkenaan Shaklee, Yahudi dan Israel ni.
Saya bukanlah terlalu taksub dengan Shaklee sehingga tidak menggunakan produk lain. Produk lain juga ada keistimewaan tersendiri. Cumanya saya tidak tahu apa keistimewaan produk lain kerana saya lebih banyak belajar dan membaca berkenaan produk yang saya makan dan jual sahaja.
Berkenaan dengan isu Boikot Shaklee atau Anti Shaklee ni pastinya tidak akan terhenti dengan sendirinya. Ini kerana bagi mereka yang anti, sakit hati, benci dan tak puas hati akan terus dengan perasaan tersebut. Bukan cara saya untuk memburukkan jenama lain atau menjatuhkan bisnes orang lain. Siapa saya untuk menjatuhkan orang lain? Saya menjalankan bisnes kerana Allah untuk mendapatkan rezeki yang halal. Patutkan saya menjatuhkan orang lain pula?
Apakah Tujuan Atau Agenda Anda Untuk Mempersoalkan Tentang Shaklee?
Jawapan tersebut hanya anda sahaja yang dapat menjawab. Tanya isi hati anda sendiri? Apa yang anda fikirkan dan apa yang anda mahukan? Bagi pendapat saya, sebelum membuat sesuatu keputusan adalah lebih baik anda berfikir, mengkaji, membaca dan menyelidik terlebih dahulu. Jangan terlalu “rakus” untuk menyebarkan berita yang anda sendiri tidak pasti.
Ingat! hati manusia Allah yang pegang, mungkin hari ni anda benci, tetapi dikemudian hari anda pula yang akan jatuh cinta.
Saya kongsikan bersama apa yang sahabat saya Kaklong Nuzula katakan berkenaan dengan isu Boikot Shaklee.
SANDARAN YANG PERTAMA
Saya berasandarkan kpd kenyataan Ustaz Zaharuddin dlm blog beliau (zaharuddin.net)
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/572-hukum-mcdonald-kfc-maxis-a-syarikat-yahudi.html
1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menrut syarat jual beli Islam.
2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan ‘direct’ kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya.
3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-
a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam.
b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.
Syarat Sebelum Sebaran
Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.
Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-
أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )
Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu’alam.
SANDARAN YANG KEDUA
Dr.MAZA mengatakan kita tidak memboikot produk Yahudi, tapi produk Israel atau yg menyumbang pd Israel.
“Kita tidak anti setiap individu Yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya,” katanya.”
http://www.sinarharian.com.my/semasa/boikot-produk-israel-bukan-produk-yahudi-1.299245
Boleh juga baca:
http://drmaza.com/home/?p=1818
SANDARAN YANG KETIGA
AQSA SYARIF sendiri mengatakan kita tidak memboikot company/ produk US tapi kita boikot mereka yg jelas menyumbang pd Israel. Umpamanya McD kita boikot sbb JELAS menyumbang pd negara haram Israel.
FB Aqsa Syarif: https://www.facebook.com/aqsa.syarif
SANDARAN YANG KEEMPAT
Shaklee tak ada dalam list Inminds, produk/ company yg kena boikot. Malah, bisnes Roger Barnett yg lain selain Shaklee -Burberry dan Beauty.com pun TIDAK ADA DISENARAIKAN dlm senarai yg kena boikot.
http://www.inminds.com/
http://www.inminds.co.uk/
SANDARAN YANG KELIMA
Pengakuan Roger Barnett sendiri & company statement sebelum ini mengatakan Shaklee tidak menyokong keganasan, tidak terlibat dgn politik dan TIDAK MENYUMBANG PADA ISRAEL ZIONIS.
Video pengakuan Roger Barnett:
SANDARAN YANG KEENAM
Petunjuk drp Allah melalui solat hajat, istikharah, doa & keberserahan yg TOTAL kpd Allah SWT & hanya kepada Allah SWT. Allah jua sebaik2 penunjuk jalan.
Semoga Allah tunjuk kita di atas jalan kebenaran dan kebaikan. Amin. InsyaAllah.
Sekiranya berminat, anda boleh hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 atau klik sahaja icon di bawah.
ATAU
Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.
Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
COD : KFC Medan Gopeng
good info..saya setuju…kita kena memahami dan mengkaji sesuatu sebelum apa-apa tindakan diambil termasuklah memboikot..
kadang2 kesian dengan mereka yg suka membuat tindakan melulu tanpa usul periksa..hmmmmm….
Sesetengah orang suka bertindak melulu asal nama US je mesti Israel..
Pemahaman tentang boikot tue tidak jelas..
Tue yang jadi kes boikot sekejap pastu tak boikot pulak..
Hehehehe..
Azeni Ahmad menulis…Bedung Bayi : Kaki Bayi Akan Pengkar Jika Tidak Dibedung?
sekarang ni bila lalu dekat McD dah ramai orang islam yang membeli..opssss!