Bukan sekali, tapi berkali – kali! Bagi jiran-jiran Pakcik Rahim, bunyi bersin sudah menjadi irama biasa yang wajib berkumandang dari rumahnya setiap pagi. Sehinggakan jiran tetangga boleh tahu Pakcik Rahim ada di rumah atau tidak. Kalau tak dengar bunyi bersin, maknanya “dia tak de lah tu”. Jiran – jiran beranggapan itu adalah perkara biasa bila seseorang selalu bersin waktu pagi.
Tetapi untuk kes Pakcik Rahim ni, dia dianggap sudah parah sebab bersin beliau siap dengan ‘pakej’ berair hidung dan mata serta gatal di seluruh muka.
Ada sesetengah orang akan bersin dengan kuat dan mengeluarkan bau yang busuk. Masalah ni bukan saja mengganggu orang disekeliling malah orang yang mengalami masalah ni pun akan mudah rasa rendah diri.
Masalah ni biasanya disebabkan oleh gangguan allergic atau Allergic Rhinitis (AR) yang biasa berlaku di seluruh dunia. Malah di negara Eropah dan Jepun, ia makin menjadi-jadi setiap kali musim bunga dan luruh disebabkan penyebaran debunga.
sumber : sinarharian
Menurut Pakar Bedah Telinga, Hidung, Dan Tekak (ENT), Profesor Dr Prepageran Narayanan, dianggarkan hampir 1.4 bilion penduduk dunia menghidap gangguan alergi dan kejadiannya semakin meningkat, menjadikannya salah satu masalah perubatan kronik yang paling lazim berlaku.
“Rinitis menjejaskan kira-kira 40 peratus penduduk Malaysia. Berdasarkan angka ini, alergi ialah punca utama (80 peratus) rinitis di kalangan pesakit kanak-kanak dan pertengahan usia.
“Bagaimanapun dalam kalangan pesakit yang lebih berumur, hampir separuh menghidap AR manakala selebihnya mengalami gangguan bukan alergi,” katanya.
Dalam artikel kali, apa yang saya akan kongsikan adalah :
-
Apa Itu Alahan Hidung?
-
Apakah Tanda – Tanda dan Simptomnya?
-
Penjagaan Diri
-
Tip – Tip Yang Berguna
-
Rawatan atau Pencegahan
Apakah Itu Alahan Hidung?
Alahan pada hidung juga dikenali sebagai Allergic Rhinitis (AR). Biasanya mereka yang mengalami alahan hidung ni, tak tahan dengan udara seperti debunga, habuk, kulapuk, makanan laut seperti udang, ketam dan sotong, hama dan bulu haiwan (kucing dan anjing).
Bahan alergi ini akan menggalakkan sel darah putih merembeskan histamin ke dalam aliran darah. Ini akan menyebabkan cecair dalam darah keluar ke dalam tisu di rongga hidung dan menyebabkannya hidung tersumbat.
sumber : knowyourmedicine
Apakah Tanda – Tanda dan Simptomnya?
- > Bersin
- > Gatal pada hidung, tekak, telinga dan mulut
- > Selesema
- > Hidung tersumbat
- > Mata merah, berair dan gatal
- > Deria bau dan rasa akan menjadi kurang baik
- > Pengumpulan lendir dalam tekak, menyebabkan batuk
Kebiasaannya simptom alahan ini lebih teruk pada waktu pagi dan dalam keadaan yang sejuk. Bila keadaan sejuk atau semasa angin bertiup kencang, kandungan bahan pencetus alahan seperti habuk dan debunga dari udara lebih banyak. Maka lebih mudah seseorang tu akan bersin.
Bagi sesiapa yang mempunyai alahan hidung, anda lebih mudah untuk mendapat penyakit alahan yang lain seperti asthma (lelah), eczema (radang kulit) atau gatal-gatal kulit.
Penjagaan Diri
Apa yang kita boleh lakukan bila terjadinya alahan ini? Kadang tu kesian melihat pesakit yang bersin setiap pagi tanpa henti. Ada juga yang sampai terkencing bila terlalu kerap bersin. Terutama bagi mereka yang sedang hamil atau wanita yang sudah berusia.
- Jika mata anda gatal, merah dan tidak selesa – Bilas mata anda dengan air sejuk yang bersih atau gunakan cecair saline.
- Cecair saline – Gunakan cecair saline untuk mencuci bahan yang mencetuskan alahan yang terperangkap di dalam hidung.
- Guna tuala kecil – Rendam tuala kecil dalam air suam dan letakkannya pada muka bagi melegakan hidung yang sakit dan tersumbat.
- Dapatkan rehat dan tidur yang cukup – keletihan akan menyebabkan simptom menjadi semakin teruk.
- Kekalkan amalan hidup sihat – lakukan senaman setiap hari, berhenti merokok, elakkan bahan pencemaran dan makanlah makanan seimbang.
Tip – Tip Yang Berguna
- Pastikan alat hawa dingin dan penapisnya sentiasa bersih.
- Elakkan menanam pokok bunga hiasan yang boleh mencetuskan alahan di dalam rumah dan di halaman.
- Pakailah cermin mata hitam pada hari yang berangin bagi melindungi mata daripada bahan pencetus alahan yang terdapat dalam udara seperti asap dan bahan kimia yang meruap.
- Pakailah penutup hidung dan mulut apabila memotong rumput atau membersihkan rumah.
- Bersihkan rumah dengan kerap. Penggunaan kain lembap dan pencuci hampagas adalah lebih baik berbanding penyapu.
- Elakkan menyimpan barang yang boleh mengumpul habuk di dalam rumah seperti karpet, bunga kering dan alas perabot.
- Elakkan haiwan seperti kucing dan anjing berada di dalam rumah.
- Gunakan kelengkapan tidur yang kurang merangsang alahan seperti bantal yang diisi dengan kapas sintetik.
Rawatan atau Pencegahan
Anda boleh mengambil ubat semburan hidung bagi mengurangkan keradangan dalam hidung. Tapi sanggupkah anda setiap hari nak sembur hidung sehingga terasa pedih di batang hidung? Oleh itu, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Amalkan pemakanan yang seimbang dan mengambil suplemen semulajadi setiap hari untuk mengurangkan masalah selalu bersin waktu pagi.
Terus terang saya katakan…
Saya memang menggalakkan anda mengambil Vitamin C dan Alfalfa setiap hari. Kenapa saya syorkan anda mengambil 2 suplemen ini?
Saya dan keluarga saya sendiri mengamalkan suplemen ini dari tahun 2010. Adik saya salah seorang yang selalu bersin waktu pagi. Sekarang ni dia masih lagi belajar di IPTA. Cuba anda bayangkan hampir setiap hari dia “berperang” dengan masalahnya.
Tekanan lagi memuncak bila tiba waktu peperiksaan ataupun semasa didalam Lab. Bersin dah jadi mainan untuk dia. Hilang segala fokus dia. Nak jawab peperiksaan pun susah.
Tak cukup dengan itu, ada lagi masalah yang adik saya hadapi. Kalau dulu, setiap kali solat subuh mesti bersin sehingga keluar bau busuk dan berhingus! Belum selesai beri salam, dia terpaksa memulakan solat lagi sekali kerana bersin yang teruk.
Tetapi…
Dengan adanya Sustained Release Vitamin C 500mg dan Alfalfa, segalanya berubah. Dia lebih fokus dan gembira sekarang ni. Nak solat subuh pun senang. Happy tak terkata adik saya. Dah kurang bersin kan? 😉
Apa hebatnya 2 suplemen ni?
1 ) Sustained Release Vitamin C 500mg
“Bekerja” dengan sel – sel tubuh kita untuk meningkatkan sistem imun dan meningkatkan fungsi – fungsi sel dalam badan kita. Tugas Vitamin C juga adalah untuk melindungi sel tubuh kita daripada radikal bebas. Lagi banyak kita terdedah dengan radikal bebas ni, makin keraplah kita akan dijangkiti pelbagai penyakit dan alahan.
Tahukah anda badan kita memerlukan 500mg Vitamin C setiap hari untuk mencapai tahap kesihatan yang baik? Jika anda seorang PEROKOK, anda WAJIB mengambil Vitamin C 2 biji sehari. Kenapa saya kata wajib, ini kerana Vitamin C hanya ada dalam sel darah manusia selama 12 jam sahaja. Anda seorang perokok? Ditambah pula mempunyai alahan hidung? Berapa banyak radikal bebas berada di dalam badan anda?
Oleh itu..katakan TAKNAK sekarang juga!
2 ) Alfalfa
Raja segala tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat. Selain dapat mengurangkan alahan, resdung dan gatal – gatal, ia juga dapat mengurangkan keputihan dan bertindak sebagai kacip fatimah. Amat bagus dalam hubungan suami isteri. Malah Alfalfa juga sangat bagus untuk membersihkan darah dan detox badan kita.
Perkara paling penting yang perlu anda tahu, kedua – dua vitamin ni adalah vitamin semulajadi, selamat dan berkesan. Sudah 58 tahun berada dipasaran.
Testimoni Pengguna Yang Selalu Bersin Waktu Pagi
Testimoni : “en suami yang rajin consume ESP + Alfalfa. Dalam masa 2 bulan, boleh nampak perubahan, kulit yang dulu berminyak semakin gebu. Parut jerawat yang ala2 kawah bulan dah semakin berkurangan, kalau tak pagi2 je dia dah bersin sampai bergegar rumah.. hihi.. bila ditanya, en suami mengaku badan semakin bertenaga, stamina bertambah”
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Anda Mengambil Suplemen Ini?
SEKARANG juga! Jangan berlengah lagi. Mungkin bagi anda, bersin diwaktu pagi sesuatu yang menyeronokkan. Bagaimana dengan keluarga anda? Bagaimana dengan kesihatan anda? BERTINDAKLAH SEKARANG!
Pastikan suplemen yang anda ambil diketahui keberkesanannya. Pastikan ianya adalah semulajadi. Jangan memilih suplemen yang diragui kesahihannya. Berfikirlah dengan bijak. Bak kata pepatah “sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya”.
Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 atau klik sahaja icon di bawah.
ATAU
Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.
Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
Dilla Jalil (Facebook)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
COD : KFC Medan Gopeng
bagus sungguh khasiat alfalfa nih, memang terbaik rawatan redung shaklee
Dila menulis…6 Makanan Yang Buat Anda Jadi Letih Dan Mengantuk